12 | Kenapa Aku?

32 9 1
                                    

"Jika seseorang sudah pun diam tatkala dia disakiti, itu bermaksud dia sudah betul-betul penat, walaupun hanya mahu mengatakan satu kata iaitu KECEWA."

Malam semakin larut namun ianya tidak menghentikan Seokjin yang sedang memandu keretanya ke sana sini mencari keberadaan Soobin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Malam semakin larut namun ianya tidak menghentikan Seokjin yang sedang memandu keretanya ke sana sini mencari keberadaan Soobin. Jejaka itu sempat mengamuk kepada Jimin dan Chaera kerana membiarkan Soobin pergi begitu sahaja bersendirian. Matanya kini beralih menatap blazzer dan kasut milik anaknya yang berada di tempat duduk sebelah pemandu.

Sungguh, dia sangat risaukan Soobin kerana anak lelakinya itu masih lagi dalam keadaan sakit.

Seokjin putus asa. Dia menyandarkan tubuhnya dan memejamkan mata sesaat. Tidak lama kemudian, ada sebuah panggilan telefon membuatkan Seokjin mengangkatnya.

"Ya?"

"Tuan, Soobin dah sampai kat rumah."

Seokjin tidak mengatakan apa-apa lagi setelah mengucapkan terima kasih. Jejaka itu menekan pedal minyak dan mempercepat kelajuan menuju ke rumahnya.

Sebaik sahaja Seokjin memasuki area rumahnya, dia dapat melihat sosok anak lelakinya sedang duduk di tangga rumah dengan sepasang jaket besar yang entah dari mana remaja itu dapat.

Dengan terburu-buru, Seokjin keluar dari kereta bahkan pintu kereta dibanting begitu sahaja menuju ke arah Soobin.

Soobin mendongak. Dia sudah menyedari kehadiran sang ayah sedari tadi. Remaja itu hanya menatap mata sang ayah dan Seokjin tidak dapat meneka apa yang tersirat di sebalik tatapan itu.

Belum sempat Seokjin mengatakan apa-apa, Soobin telahpun bangun terlebih dahulu. Jaket yang tersarung pada bahunya terlepas begitu sahaja jatuh ke tanah.

Air mata yang sedari Soobin tahan, akhirnya luluh jua. Remaja itu menangis dan melangkah cepat menuju ke arah sang ayah serta memeluk tubuh itu dengan erat.

Sementara itu, Seokjin cukup terkejut dengan tindakan Soobin. Tanpa dia sedar, air matanya turut menitis begitu sahaja. Sesekali Seokjin ingin bertanya tentang keadaan Soobin, dan apa yang membuatkan remaja itu menghilangkan ego dan berlari ke arahnya dengan pelukan yang erat.

Tapi, Seokjin cukup tahu, dengan pertanyaan akan membuatkan mood anaknya itu bertambah buruk. Jadi, dia memilih untuk diam sembari memeluk sang anak dengan erat.

Tidak lama kemudian, dengan perlahan Soobin melepaskan pelukannya dari Seokjin dan memundurkan dirinya sebanyak dua langkah. Dia menundukkan kepalanya, tidak mahu pandangan mata Seokjin menghiasi matanya.

Seokjin menunduk, melihat stokin milik Soobin yang terlihat begitu kotor dan terkoyak kecil. Memperlihatkan betapa jauh anaknya itu pulang ke rumah dengan berjalan kaki. Jejaka itu memimpin sang anak masuk ke dalam rumah seraya mendudukkannya di sofa.

Seokjin melepaskan stokin yang berbeza warna tersarung pada kedua kaki Soobin dengan penuh hati-hati. Kaki remaja itu tampak memerah dan ada sedikit luka pada bahagian bawah buku lali.

A Meaning Of Life Where stories live. Discover now