04 | Tak Ada Satu Pun

50 10 21
                                    

"Seseorang tidak akan pernah memahami orang lain kerana kerana satu sebab, iaitu ego."

Hoseok berlari dengan agak tergesa ke arah pintu bilik disiplin yang baru sahaja ditunjukkan oleh salah seorang pelajar yang dia tidak sengaja terserempak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hoseok berlari dengan agak tergesa ke arah pintu bilik disiplin yang baru sahaja ditunjukkan oleh salah seorang pelajar yang dia tidak sengaja terserempak.

Sebaik sahaja dia membuka pintu, dia melihat sosok Park Jimin bersama seorang guru wanita, yang merupakan guru kelas Soobin.

Hoseok membongkok sopan dan pandanganya jatuh kepada dua remaja yang duduk bersebelahan di ruangan itu.

Eunwoo terlihat sedikit menundukkan kepala manakala Soobin menatap tepat ke arahnya dengan tatapan yang sulit untuk ditebak.

Keadaan Soobin? Tampaknya agak teruk. Dia dapat melihat dengan jelas lebam yang membiru di kedua belah pipi kiri dan kanan Soobin. Bahagian sudut mata sebelah kanan dan bibir sebelah kiri ditambah goresan kecil yang menyisakan darah kering. Bajunya sangat kotor dengan beberapa butang baju yang telah pun tercabut entah ke mana.

Sementara Eunwoo, hanya dua lebam di sudut bibir dan pipi sebelah kanan.

Hoseok lagi-lagi dibuat pening melihat rambut Soobin yang sudah diwarna dengan warna biru. Kelihatan sangat mencolok dan melanggar peraturan sekolah.

"Hoseok, duduklah." Hoseok mengangguk lalu duduk di salah satu dari dua kerusi yang ada di hadapan meja Jimin.

"Mak dan ayah Eunwoo terus balik dari Busan lepas kami telefon. Jadi kita tunggu sekejap lagi,"

Hoseok kembali mengangguk lalu melirik ke arah Soobin yang sedang tertunduk dengan wajah yang sendu.

"Jimin, Tuan Hoseok, saya minta diri ke ruang tengah untuk ambil surat keputusan." guru wanita itu keluar dari ruangan itu, menyisakan empat lelaki di dalamnya.

Hoseok menghembus nafas kasar. "Jim, aku rasa Soobin tak akan terlepas lagi kali ni."

Jimin menganggukkan kepalanya dua kali lalu berbisik pelan pada Hoseok. "Aku pun tak tahu kenapa Soobin jadi macam ni,"

Sementara itu, Soobin mengigit bibir bawahnya. Perkataan Jimin tadi membuatkan dia melihat bagaimana pedulinya kedua ibubapa Eunwoo yang langsung pulang dari Busan ke sekolah semata-mata untuk sang anak. Bukankah itu kedengaran sangat menyentuh dan manis?

Sementara dirinya? Dia hanya dapat lihat dengan jelas Hoseok berada di sana yang bertindak sebagai penjaganya, menggantikan Seokjin yang mungkin sedang menikmati keindahan Pulau Jeju yang dia sendiri belum pernah ke sana.

Rasanya Soobin mahu mentertawakan dirinya sendiri, kerana terlalu berharap bahawa dia akan menjadi keutamaan Seokjin.

"Soobin ah, kamu ada apa-apa nak cerita dekat pakcik?"

Soobin menatap netra Hoseok yang kini berjongkok sambil mengusap bahunya lembut.

"Pasal apa, pakcik?"

A Meaning Of Life Where stories live. Discover now