05 | Impian?

50 10 17
                                    

"Ayah, cuba bagitahu. Macam mana ya nak bahagia?"

Soobin meletakkan basikalnya lalu berlari ke arah kerumunan orang yang dia yakin itu adalah tempat rakan-rakannya melakukan busking

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Soobin meletakkan basikalnya lalu berlari ke arah kerumunan orang yang dia yakin itu adalah tempat rakan-rakannya melakukan busking. Hampir dua minit bersusah payah menyelusup di celah orang ramai, akhirnya Soobin mendapat tempat duduk.

Jungkook yang sedang mengikuti alur tarian sempat menatap Soobin selama beberapa saat dan tersenyum.

Sungguh Soobin berasa sedikit iri melihat Jungkook yang begitu menyerlah di sana. Ramai orang  menjerit nama mereka satu persatu dengan penuh kagum. Bahkan setelah acara busking selesai, banyak penonton memberi hadiah dan ada yang meminta izin untuk mengambil gambar bersama.

Seperti itu kah yang dirasai oleh ayahnya selama ini? Banyak orang yang suka dan sayang, ianya terdengar sangat seronok. Mengingati kata-kata Hoseok tadi, membuatkan Soobin mengukirkan senyuman. Perlukah dia melakukan yang dia sukai iaitu menari?

Selama in, dia hanya sering berlatih dengan sendiri. Mungkin agak berbeza dengan rakan-rakannya itu kerana menari di studio dance dan dilatih oleh pelatih. Tapi, tak salah kalau dia mencuba bukan?

Kerana asyik mengelamun, dia hampir tidak sedar Taehyun sedang menghampirinya dengan satu minuman tin berperisa soda.

"Nak minum?"

Soobin tersenyum lalu meraih minuman itu daripada Taehyun.

"Korang memang power,"

"Terima kasih, hyung. Lepas ni kiteorang nak pergi makan. Nak ikut?"

Soobin mengangguk. Mungkin ketika itu akan menjadi waktu yang tepat untuk dia menerima tawaran Jungkook.

Mereka masuk ke salah satu kedai makan dan memesan tiga mangkuk bersaiz besar tteoppokki. Mereka berborak tentang pencapaian mereka hari ini dengan penuh semangat.

"Jungkook ah,"

Jungkook yang sedang tertawa riang  itu menatap lekat kepada Soobin yang tampak gugup.

"Kenapa? Kau ada masalah?"

Soobin menggeleng kecil. "Tak. Aku cuma fikir untuk terima ajakan kau masa tu. Itu pun kalau korang tak keberatan,"

"Ah, yang hari tu? Betul ke kau nak join?"

Soobin mengangguk.

"Yah, Soobin! Kalau kau nak cakap pasal tu cakap je! Ha, korang semua setuju tak yang Soobin masuk group kita?"

Lima yang lain bersorak dengan penuh semangat membuatkan Soobin berasa gembira. Sungguh dia berasa sangat bahagia kerana dirinya seakan diterima di sini. Dan mungkin itu membuakan Soobin memiliki sedikit semangat untuk menjalani hari-harinya kedepan.

Jam menunjukkan pukul sembilan malam. Mereka semua sudah terpisah menuju ke rumah masing-masing kecuali Soobin dan Taehyun yang kebetulan rumah mereka berada di arah yang sama.

A Meaning Of Life Where stories live. Discover now