"Disebabkan seseorang terlalu memikirkan sakit yang dia alami, tanpa sedar ada orang lain yang berada di sekitarnya turut merasai hal yang sama."
Seokjin sudahpun bersiap sedia dengan memakai coat tebal berwarna coklat. Dia menunggu Soobin dengan sabar sambil memegang sehelai syal di hadapan pintu rumah.
Tidak lama kemudian, sosok Soobin muncul dengan memakai hoodie berserta coat pendek. Tampak elegen seperti dirinya.
"Soobin suka?" tanya Seokjin sebaik sahaja Soobin berada tepat di hadapannya.
"Mestilah,"
"Pakai ni," Seokjin melilitkan syal pada leher Soobin.
"Ibu Soobin yang buatkan syal ni untuk ayah dulu. Ayah rasa kalau Soobin pakai ia tampak sesuai,"
"Betul ke? Syal ni dari ibu?"
Seokjin tersenyum. "Hadiah Anniversary pertama,"
Soobin berasa senang kerana Seokjin tampak nyaman menceritakan topik yang sudah berbelas tahun dia hindari.
"Ayah pula bagi apa dekat ibu?"
Wajah Seokjin sedikit bersemu merah. "Eum, stokin warna tebal."
"Aik? Kenapa stokin?"
Seokjin tertawa canggung. "Dulu, stokin Ibu selalu hilang sebelah. Jadi, ayah belikan je la...."
Tiba-tiba Soobin teringat kebiasaannya yang selalu memakai stokin berbeza warna. Ternyata ia diwarisi oleh kebiasaan sang ibu.
"Jom,"
Soobin mengangguk lalu masuk ke dalam kereta. Dia duduk di kerusi depan sementara sang ayah di kerusi pemandu.
Sepanjang perjalanan, Soobin tidak habis-habis menatap persekitaran melalui kaca tingkap kereta yang sengaja dia buka seluasnya. Seokjin pula tidak masalah kerana dia tahu anaknya itu sedang bahagia.
"Dah lama kita tak jalan sama-sama, kan?"
Soobin menyetujui kata-kata Seokjin. "Ayah tak pakai apa-apa untuk sembunyikan diri?"
"Tak apa, begini pun dah okey."
"Nanti ada rumor macam mana? Oh, lupa Soobin kan adik ayah."
Seokjin tersenyum kecut. "Maafkan ayah,"
"Tak apa, lagipun ayah memang cukup muda untuk jadi abang Soobin."
YOU ARE READING
A Meaning Of Life
Fanfiction"Kesalahan masa lalu, adalah yang lalu. Meskipun terlalu banyak luka yang membekas, tetapi tidak bermakna yang kita tidak boleh menghadirkan rasa bahagia, bukan?" Kim Seokjin merupakan seorang artis yang sangat popular. Bagi semua orang, jejaka itu...