"Apakah kamu pernah berasa selesa dan takut jika kehilangannya untuk pertama kali?"
Kereta yang dipandu Yoongi berhenti tepat di depan rumah Seokjin. Tujuannya adalah untuk menghantar Soobin setelah selesai bermain bola keranjang bersama petang tadi.Yoongi dan Taehyun sudahpun keluar dari kereta namun tidak bagi Soobin. Remaja itu masih berada di dalam perut kereta dan hal itu membuatkan Yoongi berasa hairan seiring matanya menatap ke arah Taehyun.
"Ada apa? Kenapa Soobin tak keluar lagi?"
Taehyun hanya mengangkat bahu menandakan dia juga tidak tahu kenapa Soobin belum keluar dari dalam kereta.
Yoongi menghela nafas seketika sebelum mula membuka pintu belakang, tempat di mana Soobin yang masih lagi terdiam. Kelihatan Soobin hanya menunduk sembari mengenggam telefon miliknya dengan erat.
"Soobin?"
Soobin sedikit tersentak membuatkan Yoongi dapat mengagak bahawa remaja itu baru sahaja mengelamun tanpa sedar. Soobin hanya tersenyum kaku sebelum keluar dari kereta.
"Ada apa-apa yang terjadi?"
Soobin hanya menggeleng kecil dan mengajak Taehyun dan Yoongi masuk ke dalam rumahnya.
Sebaik sahaja Soobin membuka pintu, suara tinggi Seokjin menerpa gegendang telinganya.
"Kenapa kau kurang ajar sangat, Soobin?"
Soobin hanya menghela nafas lelah dengan matanya hanya menatap ke arah sepasang mata tajam milik Seokjin.
Sementara itu, Yoongi membatu di belakang Soobin. Tangan kanannya menahan Taehyun supaya tidak masuk dan melihat pertengkaran antara ayah dan anak itu.
"Taehyun, masuk dalam kereta sekarang."
Arahan sang ayah dituruti oleh Taehyun tanpa banyak soal meskipun dia sendiri agak terkejut dengan jeritan tadi.
Yoongi kembali menatap ke arah dua beranak itu tanpa melakukan apa-apa. Dia hanya diam kerana mahu mengetahui masalah yang menimpa kepada kedua mereka sebelum bertindak.
"Siapa yang izinkan kau bawak masuk orang luar dalam rumah? Ayah suruh kau masuk bilik tadi kan? Bukannya keluar!" Tanpa berlengah, Seokjin melangkah ke arah Soobin. Jika amarahnya kemuncak, Seokjin tidak akan segan silu untuk menukar panggilan nama anaknya kepada 'kau'.
Soobin hanya tersenyum sinis mendengar bentakkan daripada Seokjin.
"Kenapa ayah benci dekat auntie Jisoo? Kenapa ayah tak suka dia?" Tanya Soobin dengan sedikit bergetar.
"Buat apa Soobin tanya? Ayah buat semua ini untuk kebaikan Soobin!"
"Untuk kebaikan Soobin? Auntie Jisoo orang yang baik, ayah. Dia berikan apa yang Soobin tak pernah dapat dari ayah."
YOU ARE READING
A Meaning Of Life
Fanfiction"Kesalahan masa lalu, adalah yang lalu. Meskipun terlalu banyak luka yang membekas, tetapi tidak bermakna yang kita tidak boleh menghadirkan rasa bahagia, bukan?" Kim Seokjin merupakan seorang artis yang sangat popular. Bagi semua orang, jejaka itu...