09 | Hubungan

49 11 11
                                    

"Semua orang mempunyai hubungan yang sukar. Tetapi, apa akan ada orang yang dapat keluar dari kesukaran itu?"

Seokjin tidak menjemputnya di hospital hari ini kerana sudah pun kembali kepada kerjayanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seokjin tidak menjemputnya di hospital hari ini kerana sudah pun kembali kepada kerjayanya. Dan Hoseok lah yang menjadi pengganti sang ayah untuk membawa dia pulang ke rumah. Soobin sudahpun terbiasa dengan hal itu. Berbandingkan kerja, Soobin rasanya dia berada di turutan kedua.

Hoseok memandu kereta dengan kadar kecepatan yang sederhana, sementara Soobin menatap permandangan ke luar tingkap kereta.

"Soobin bergaduh lagi dengan ayah?" soal Hoseok, memecahkan kesunyian suasana kereta itu setelah hampir 20 minit berlalu.

"Kalau dah tahu, kenapa tanya?"

"Aigo, kasar betul. Haih, datang dari mana ya agaknya sifat tu."

Soobin menatap ke arah Hoseok dengan agak kesal.

"Dari ayah, mungkin. Kalau sifat Soobin macam ni mesti dari sifat ayah."

"Hum, betul jugak. Korang berdua memang sama. Bapak borek anak rintik."

Soobin mendengus kasar. Dia berpaling semula ke arah luar tingkap.

"Yah, Soobin marah? Pakcik gurau je lah."

"Tahu. Tapi gurauan pakcik tu tak kelakar,"

Hoseok belum tahu apa yang terjadi kepada dua beranak itu. Padahal baru semalam dia melihat kemesraan antara kedua-duanya. Ya, baik Seokjin ataupun Soobin kedua mereka memang susah untuk difahami. Sekejap okey, sekejap tidak okey. Hari ini berbaik, keesokkan kembali semula qkepada pergaduhan.

Selalu sahaja begitu.

Hoseok menatap ke arah Soobin. Dia mahu bertanyakan apa yang telah berlaku antara remaja itu dengan Seokjin. Namun dia membatalkan sahaja niatnya apabila melihat Soobin yang sedang menatap layar telefon.

Soobin sibuk menscroll gambar Jisoo yang dia temui di internet. Sosok seorang Bae Jisoo itu sangatlah sempurna dan telah meraih pelbagai penghargaan.

Soobin berasa kagum melihat kerjaya wanita itu termasuk sifatnya yang sangat lembut. Bukankah Seokjin harus gembira kerana dia akan berkerja di agensi besar milik wanita itu?

"Ha, siapa tu? Someone special ke?" usik Hoseok meskipun dia tidak melihat terlalu jelas, dia tahu itu adalah gambar seorang wanita.

"Soobin bukan macam Hueningkai,"

"Hei, Hueningkai mana ada girlfriend!" bantah Hoseok. Sudah tentu jejaka itu lebih tahu perihal anaknya.

"Eleh, pakcik mana tahu. Hueningkai tu banyak kawan perempuan."

"Kim Soobin. Pakcik tanya pasal Soobin. Bukan Hueningkai,"

Soobin menghela nafasnya. Betul kata Hoseok. Sekarang, Hoseok sudahpun menghentikan kereta di hadapan rumahnya.

A Meaning Of Life Where stories live. Discover now