Bab 1 :

0 0 0
                                    

   Carl Erman merupakan seorang CEO syarikat terkenal. Beliau merupakan ayah kandungku. Ibu tiriku pula bernama Mazrina Everyn. Dia mempunyai butik persendirian iaitu MS Collection. Oleh kerana, aku seorang yang introvert jadi aku meminta Ayah untuk merahsiakan kewujudanku sebagai anak kandungnya dan jelas terlihat Ayah lebih senang begitu.

   Aku sudah kehilangan ibuku sewaktu berumur 10 tahun. Ayah berkhawin baru setelah aku berusia 12 tahun. Pada mulanya, semua berjalan lancar seperti biasa tetapi setelah Ayah sering ke luar negara menguruskan hal syarikat ibuku mula menunjukkan belangnya. Sekarang umurku sudah masuk 14 tahun jadi sudah 2 tahun lebih ibu tiriku mendera aku dari segi mental dan fizikal. Ibu tiriku merupakan seorang janda beranak dua.

   Aku dilahirkan di London dan membesar disana tetapi selepas kematian ibu, Ayah terus mengajak aku pulang ke Malaysia kerana Ayah sudah berkhawin. Ayah ingin aku merasakan budaya Melayu pula kerana sudah lama kami menetap disini. Ya, kami bukan Islam tetapi Ayah menegaskan aku untuk menjaga tingkah-laku dan menghormati budaya lain dengan baik.

  "Hanya sebab kita bukan Islam jangan pernah nak burukkan agama mereka".

  Itulah pesanan yang selalu bermain dikepalaku. Ayah sering memanjaiku dahulu, namun segalanya berubah sekarang. Pada mulanya, semua yang aku biasa lakukan sekarang adalah perkara yang amat susah. Belajar bahasa Melayu supaya petah berbicara dan belajar berdikari tanpa meminta bantuan. Semuanya susah tetapi berkat usaha dan tidak mengalah aku berjaya lakukannya sehingga rakan sekelasku tidak percaya bahawa aku bukan beragama Islam, dilahirkan di London dan dibesarkan di London. Aku mengabaikan apa sahaja yang aku terima selama ini kerana sikapku adalah;

   "selagi aku tahu aku mampu tiada sebab untuk memohon bantuan sesiapa".

    Aku lebih selesa melihat daripada berbicara dan kelihatan Ayah lebih bahagia bersama dua orang anak tirinya berbanding diriku jadi tiada sebab untuk aku menagih simpati.
 
  Anak sulungnya ialah Hans Raymond. Abang Ray berumur 15 tahun. Abang Ray seorang yang dingin dan tegas kepada orang luar dan berlainan apabila denganku. Dia juga merupakan hotstuff sekolah dan atlet bagi acara sukan sekolah. Berketinggian 170 cm dan mempunyai berat badan ideal cukup untuk mengatakan bahawa dia seorang yang tampan dan tegap. Berlesung pipit dan manis ketika tersenyum.

  Anak keduanya ialah Mia Erysa yang berumur 13 tahun. Ratu gedik Mikha's Highschool diusia muda. Bermewah-mewahan dan keluar dengan bermacam jenis lelaki yang ntah pape. Pakaian tak cukup kain. Pembuli sekolah walaupun berumur 13 tahun. Sering keluar-masuk bilik disiplin. Perangai kelaut dan pengadu domba. Aku sering menjadi mangsa amukannya.

   Ayah lebih mempercayai kata-kata tipuan ibu tiriku berbanding diriku anak kandungnya. Malah, Ayah sering membezakan aku dan adikku, Mia. Mia benar-benar menyakitkan hatiku tetapi aku memilih untuk berdiam diri kerana aku juga bakal dipersalahkan walaupun aku tidak melakukan apa-apa kepadanya. Hanya abang tiriku yang sering memberikan aku sesuap nasi ketika tiada sesiapa yang melihatnya. Dia sering mengubati setiap luka yang aku terima daripada ibunya.

  "Adik... I'm so sorry sebab tak mampu nak tolong adik lebih-lebih. Abang sendiri diugut untuk dihantar sambung belajar ke luar negara jika terlihat memanjai adik. Abang tak buat apa-apa selama ni sebab takut abang akan dihantar ke sana dan adik bakal lebih terseksa. Sekurang-kurangnya, jika abang ada di sini adik akan ada orang ubati. Ingat! Abang sayangkan adik abang ni sangat-sangat", Abang Ray berkata lirih.

  Dia memelukku erat dan mencium ubun-ubunku cepat setelah mendengar enjin kereta ibunya pulang.

  "Ray buat apa tadi? Jumpa budak malang?", ibunya menyoal tegas.

  "Ray masuk dapur minum airlah. Mama daripada mana? Dari pagi keluar pukul 20:30 p.m. baru balik?", Ray melirik jam tangannya dan menggeleng.

  "Suka hati i lah you sibuk apa? Jangan memandai nak bagi budak tu makan, eh. Kalau i tahu siap you nanti, Ray".

  "Kenapa? Mama nak hantar Ray belajar dekat Australia? Eh, boleh sangat but make sure Ray boleh bawak Ereen sekali", Ray berkata tenang dan kelihatan muka mamanya merah padam menahan marah.

  "You nak buat apa bawak budak malang tu sekali? I akan pastikan dia dihalau satu hari nanti and you takkan dapat halang. I mama you, Raymond. Keep it in your mind", mama menonyoh kepala Ray dan berlalu menaiki tangga.

  Aku yang mendengar setiap bait bicara Ray dan mama hanya mampu menangis mengenangkan apa pula yang bakal mama lakukan untuk membuatkan Ayah menghalauku nanti. Aku mula berasa risau dan cemas.

  "Adik... Tidurlah, jangan risau pasal mama nanti biar abang yang uruskan. Sekarang abang nak adik tidur nanti mama nampak abang jumpa adik esok makin teruk adik kena. Tidur tau", Ray berlalu pergi dengan kadar segera.

  Mahu atau tidak aku perlu tidur kerana esok aku harus bangun di awal pagi untuk menyediakan sarapan sebelum ke sekolah. Mujur sahaja bajuku, baju Mia dan mama aku telah gosok petang tadi jadi esok kerjaku tidaklah berat sangat.

  Selamat lena, Ereen. Semoga esok kamu tidak terseksa buat sementara.

Bye~

Anak Tuan MikhaelWhere stories live. Discover now