"Daddy", aku berkata ringkas dan berbaring di sofa.
"Baby? kenapa ni?", daddy meletakkan pennya ke bawah dan menuju ke arahku.
Aku memilih untuk berdiam diri dan menutup mata. Daddy mengeluh dan berkata perlahan;
"Tidurlah dulu. Pukul 15:15 p.m. nanti daddy kejut baby. Kita pergi daftarkan nama baby sebagai anak daddy. Petang ni kita jumpa grandma dengan grandpa. Rest well, baby. I love you", daddy mencium ubun-ubunku sekejap sebelum kembali melangkah ke meja kerjanya.
Pada mulanya aku tak selesa mereka memanggilku baby tetapi tidak berguna aku melarang jika akhirnya tetap sama. Aku mula terlelap akibat penat berfikir bukan kerana penat menangis. Air mataku sudah kering untuk mengalir seperti selalu.
15:15 p.m. :
"Baby... Bangun, pergi cuci muka dekat pantri lepastu minum air sekali kasi segar. Sekejap daddy panggilkan PA daddy untuk teman baby", interkom mula disambungkan.
Pintu office daddy terbuka dan kelihatan seorang gadis jelita berumur 20-an melangkah masuk. Dia menunduk ke arah daddy sekejap sebelum beralih kepadaku. Aku yang masih mamai hanya mampu memanggil daddy.
"Daddy....".
"Kenalkan ini Adriana Sofia, PA daddy. Just call her akak Riana sebab dia baru 22 tahun", aku mengangguk perlahan.
"Hi, Miss. Tuan tak pernah bagitahu pun yang Tuan ada anak secomel Miss sebelum ni?", dia ingin menarik pipiku tetapi dihalang oleh daddy
"No, jangan cubit pipi dia. Pau tu bukan untuk ditarik sesuka hati. Dia yang minta dirahsiakan", akak Riana mengumam kecil.
"Dasar Mr.Iceburg".
"Aku dengar tu Riana. Baik kau pergi cepat sebelum aku suruh kau overtime", kalut akak Riana menggeleng.
Aku yang masih mamai melihat pergaduhan itu sambil menahan kantuk. Kemudian, aku memilih untuk memanggil daddy bagi mengingati bahawa aku masih berdiri dalam keadaan separuh sedar.
"Dadyyyyyy!", daddy kelihatan terkejut dan berkata tegas.
"Adriana akan teman baby. Pergi cuci muka lepastu makan apa yang ada dekat pantri tu. Kalau cari papa baby... Papa you takde sebab mama you pinjam. Now dengar arahan daddy. Cuci muka sekarang, baby", aku berlalu pergi sambil mencebik.
"Mummy... Ereen taknak milo suam. Ereen nak tea o ais, boleh?", akak Riana terus kaku mendengar panggilanku kepadanya.
"Errrrr... Sekejap akak buatkan. Miss nak apa-apa lagi?", aku hanya tersenyum manis melihat wajah berbahang malunya.
"Tuan Mikhael tak pernah beritahu media yang dia dah pernah khawin sebelum ni tu yang akak terkejut waktu Miss sampai", akak Riana mula bercerita kepadaku.
"Mummy yang minta daddy sorokkan semua ni sebab mummy tak selesa jadi tumpuan ramai. Sekarang Ereen yang minta tapi daddy cakap Ereen dan 14 tahun takkan taknak umumkan lagi beside mummy pun dah takde lama. Sebelum ni keluarga angkat yang jaga Ereen dan semua tu atas permintaan Ereen sendiri. Ereen introvert sebelum ni sebenarnya. Hehehe", aku tak tahu kenapa aku memilih untuk berkata sedemikian.
"Here air, Miss. Jom, akak hantar masuk bilik Tuan. Kang mengamuk baby dia keluar lama-lama", aku tergelak kecil mendengar bicaranya.
"Dadyyyyyy!!!!", aku menjerit suka.
"Baby... Janganlah buat macam tu terkejut daddy. Happy-happy ni dah kenapa?", dia mula mengangkat keningnya.
"Saya keluar dulu, Tuan dan Miss", kami hanya mengangguk.
"Ereen nak balik. Daddy berhentilah buat kerja. Ereen nak mandi nak tidur. Penat tahu", aku mula membebel kecil.
"Ye-ye, sabar jap daddy kemaskan meja lepastu kita daftarkan nama baby baru kita balik", tangannya lincah mengemas meja yang berselerak dengan kertas kerjanya.
Aku hanya memerhatikannya dari sofa. Membantu? Huh, makin menyelerakkan adalah.
"Dah siap. Jom, kita pergi sekarang sebab grandma dengan grandpa dah tunggu baby kat rumah", daddy memimpin tanganku keluar.
"Mummy, Ereen balik dulu. Bye-bye I love you. Muah-muah. Hahahahahaha. Daddy say bye-bye dekat Mummy cepat. Daddyyyyyyyy...", aku mula bertindak nakal.
Daddy memandangku pelik kerana mendengar panggilan 'Mummy'. Aku hanya tersenyum suka melihat wajah kalut akak Riana dan dahi berkerut daddy.
"Tuan... Tuan, salah faham ni. Ereen tak sengaja panggil saya Mum... Mummy tadi tu...", daddy memintas percakapan akak Riana.
"Since when baby nakal? Kenapa panggil Riana Mummy?", daddy memandang anak mataku tajam.
"Ouh come on, guys. Even Ereen kecik tapi Ereen tahu sorang tu nak jadi mummy Ereen, sorang tu pulak malu-malu kucing nak mengaku yang dia mahu", mereka berdua tergamam mendengar patah-patah perkataan yang aku suarakan.
Daddy menggaru belakang lehernya segan sebelum berkata;
"Ermmm.... Aku balik dulu. Make sure kau tak balik lewat sebab sekarang macam-macam yang boleh terjadi. Aku suruh anak buah aku follow kau nanti so hati-hati", telinga daddy mula memerah.
"Mummy dengar tau arahan daddy tu sebab mana tau boleh jadi mummy Ereen yang betul nanti. Ha-ha, hehehe", kepalaku diluku oleh daddy.
"Baby.... Tak perlu nak mengusik daddy. Jom balik, baby", daddy menarikku ke lif dengan cepat.
Haih, daddy. Dah berkenan tapi taknak ambil langkah pula. Aku tengok akak Riana tu lawa, sopan, baik, caring dan penyayang kut. One day, you bakal jadi mummy I. Trust me.