"Baby, bangunlah. Baby bersiap cepat sekarang dah pukul 06:30 a.m. nanti lewat sekolah. Faster, baby", aku mengumam sahaja.
Aku mengabaikan panggilan papa sehingga suara papa tiada. Tiba-tiba, terasa sesuatu merayap dimukaku. Aku mengabaikannya pada mulanya tetapi semakin mengabaikan semakin rimas.
Badanku diangkat ala-ala bridal style oleh seseorang. Aku terus membuka mataku cepat. Terkejut aku melihat Edward yang mengangkatku manakala papa hanya tersenyum nipis kepadaku sebelum berlalu ke dapur. Aku meronta-ronta untuk dilepaskan tetapi Edward mengugutku marah.
"Kau nak duduk diam sampai aku masukkan dalam bilik mandi atau kau nak aku buat sesuatu?", aku memilih untuk berdiam diri.
Edward menurunkanku setelah masuk ke dalam bilik air. Dia berkata sinis;
"Badan kecik tapi berat macam gajah. Makan batu betul. Mandi and bersiap cepat sebelum aku yang siapkan kau, Ereen Felicia. Lain kali tidur jangan pakai seksi-seksi sebab dalam rumah ni ramai lelaki".
Dia berlalu pergi setelah selesai berkata sedemikian. Aku menyumpah seranah dirinya di dalam hati. Dasar pervertttttt. Paboya namja. Arghhhhhh.
Pintu bilikku diketuk oleh seseorang. Lantas, aku berpaling untuk melihat siapakah orang itu dan ternyata bibik daddy mahu menghantarkan uniform sekolahku yang baru. Setelah meletakkan bajuku ditempat yang sesuai, dia menundukkan badan sedikit sebelum berlalu pergi.
"Cantik. But why daddy nak suruh pakai uniform baru? Uniform lama elok lagi. Haishhhh, daddy kalau tak membazir memang bukan daddy", aku merungut kesal.
Melihatkan uniform ini tersarung cantik ditubuhku telah membuatkan diriku terasa begitu menjengkelkan. Untuk apa berdandan cantik hanya ke sekolah? Aku hanya memilih untuk memakai liptint sahaja kerana bibirku terlihat pucat.
Aku menghubungi Luke kerana jam sudah menunjukkan angka 07:15 pagi. Tiga kali aku menghubungi Luke tetapi hanya wanita yang menyakitkan hati menjawabnya. Aku mahu merajuk dengannya.
Setelah selesai, aku turun dengan muka masam mencuka. Kalau bukan sebab mamat pervert tu dan Luke takdenya nak turun dengan muka buruk ni ha. Kalau tak musnahkan mood orang tak boleh budak tu. Papa hanya mampu tersenyum tipis sebelum mengusap bahuku perlahan.
"Good morning, Baby. Harini, nak daddy teman atau tak?", aku hanya menggeleng bersama senyuman tipis.
"Baby? Ada masalah yang nak share dekat daddy?".
"Daddy, meh Ereen kiss sebab Ereen nak pergi sekolah dah. Ereen breakfast sekali dengan kawan-kawan Ereen, okey. Papa, jomlah", aku mencium pipi daddy dan berlalu pergi.
"Dah kenapa budak kecik tu? Ada something yang tak kena?", aku bertanya tegas kepada Izra.
"Maaf, Tuan mungkin Ereen ada masalah peribadi?", Izra berkata perlahan.
"Atau kau yang buat Ereen macamtu Edward?", aku mencerlung tajam ke arahnya.
Deringan telefon Izra menarik perhatian kami bertiga. Disaat dia mahu bercakap secara biasa aku menyuruhnya untuk membuat loudspeaker.
Pada mulanya, dia kelihatan teragak-agak tetapi mahu atau tidak dia perlu menuruti permintaanku.
"Papa, apa yang daddy nak tahu sangat tu tak perlulah bagitahu nanti Ed kena marah pula. Ereen taknak daddy mengamuk je. Ed tak salah pun tadi tapi Ereen yang salah sebab abaikan panggilan papa. So now, please jauhkan diri papa sebelum daddy korek rahsia Ereen....", kata-kata Ereen aku sampuk cepat.
"Ouh, sebab Ed yea Baby abaikan daddy. How dare you, Baby. Balik sekolah nanti jumpa daddy dipejabat kalau lambat seminit daddy denda lebih daripada sepatutnya", belum sempat dia bersuara aku terus menamatkan panggilan.
Izra menunduk sedikit sebelum berlalu keluar ke garaj. Aku memandang Edward tajam sebelum berlalu pergi bersama Leo.
Edward pov:
WTF.... Haishhhh, that girl. Uncle Mikha apehal dho nak backup budak yang tah daripada mana. Apehal aku tengok family ni semua dah tahu daripada awal lagi rancangan uncle Mikha.
Apa yang diorang semua sorokkan daripa aku sebenarnya? Alarm jam tanganku mulai berdetik nyaring ketika tepat pukul 07:40 pagi. Aku mengambil segala keperluan dengan cepat sebelum berlalu keluar ke arah keretaku.
"Just wait and see, Ereen Felicia".
Aku memecut laju ke sekolah kerana hari ini aku bertugas untuk meronda blok sekolah. Aku tahu mereka belum bangun kerana tepat pukul 04:30 pagi baru mereka semua tertidur.
Aaaa, patutlah budak kecik tu pergi dengan Uncle Izra harini. Luke lambat datang ya? Ahahahahaha, padan muka.
End Edward pov.