05:30 a.m. :Jam locengku sudah berbunyi bermakna waktu untuk aku bangun mandi dan menyiapkan sarapan sudah bermula. Selesai memakai pakaian tertutup, terus sahaja aku ke dapur untuk menyediakan sarapan kepada mereka. Selama 25 minit di dapur, aku terus mencuci tangan dan berlalu ke dalam bilikku untuk memakai seragam sekolah dan berlalu cepat kerana bimbang akan terserempak dengan ibu singa.
"Adik... Makanlah dulu. Jangan risau budak Mia tu tak bangun lagi. Mama memang takkan bangun lagi waktu macam ni. Mehlah, makan sekali dengan abang", Abang Ray melambaikan tangannya ke arahku.
Aku hanya menggeleng. Dengan langkah yang cepat aku mencium pipinya sekilas. Dia bangun dan mencium ubun-ubunku perlahan. Ya, begitulah rutin hariannya kepadaku jika tiada yang melihat kami berdua.
"Pergi sekolah hati-hati. Abang sayang adik jadi belajar pandai-pandai, okey", Abang Ray mengemaskan ikatan rambutku dan menepuk bahuku perlahan.
Aku melangkah keluar daripada dapur dengan segera setelah angka jam menunjukkan pukul 06:45 pagi. Aku terus berjalan keluar daripada perkarangan rumah dengan berjalan kaki. Aku dah lambat ni. Baik aku pecut sekarang kalau tak mungkin pukul 07:00 pagi baru aku sampai sekolah. Pukul 07:00 pagi ialah waktu yang amat dibenci olehku kerana ramai yang bersesak untuk ke kelas atau sebagainya.
Sewaktu ayah di rumah sahaja aku dibenarkan menaiki basikal jika tidak aku harus berjalan kaki seperti sekarang. Perjalanan dari rumah ke sekolah memakan masa 10 minit juga. Aku terlupa membawa bekal dan air. Aku tak boleh penat teruk macam ni nanti aku bakal pengsan. Antibodi aku memang lemah daripada dulu lagi.
Seorang lelaki bersuit menghulurkan air mineralnya kepadaku. Pada mulanya, aku teragak-agak untuk mengambilnya.
"Ambil. Aku tahu kau penat. Rumah kau bukan dekat kena berjalan sampai macam tu. Minumlah dan jangan risau aku tak letak apa-apa".
"Terima kasih, pakcik. Saya hargainya. Sekali lagi terima kasih", aku menunduk kepadanya dan melambai sebelum berlalu pergi.
Someone pov:
"Sekejap je lagi, baby. Just wait for me, okey. Baby Girl daddy kuat. After semua selesai, daddy ambil baby daripada diorang. Diorang layan baby teruk dan daddy tak suka semua tu. Tunggu masa je baby. Take a good care of yourself, baby", aku berbisik perlahan sambil tersenyum sinis.
"Izra, nanti kau bakal jaga budak kecik tadi. Make sure dia takkan terluka walaupun sedikit. Kalau aku tahu kau lalai kau faham maksud aku kan? Aku tahu kau cukup kenal aku, Izra", aku berkata tegas sambil mata melihat ke arah budak kecil itu memasuki pagar sekolahnya.
"Maaf bertanya, Tuan. Tapi siapakah dia kepada Tuan sehingga Tuan bertegas sedemikian?", kedengaran suara Izra gugup.
"Dia bakal jadi Miss korang nanti. Dia anak aku".
Izra kelihatan tergamam. Belum sempat dia bersuara aku terus memotong percakapannya.
"Dia bakal jadi anak angkat aku nanti. Bermula hari ini dia ialah Miss kau dan kau bakal jadi bodyguard dia bermula selepas dia tamat waktu persekolahan nanti. Dia terlampau terseksa dengan keluarga kandungnya sekarang dan aku bakal ubah segala-galanya nanti. Sedikit sahaja lagi masa yang aku perlukan dan kamu semua bakal mendapat 'Miss'. Jadi bagitahu kepada semua supaya berhati-hati dalam berkata-kata. Make sure semua anak buah aku ada gambar princess. Faham?", aku menoleh ke arah Izra sebentar dan dia hanya mengangguk.
"Tuan, mari kita ke pejabat sementara menunggu perhimpunan pada pukul 08:30 pagi nanti. Tuan perlu berehat sebentar kerana saya yakin Tuan masih jetlag. Perjalanan daripada London ke Malaysia bukan sekejap jadi Tuan berehat sebentar, ya. Saya nak keluar beli breakfast Tuan sekejap", Izra mula membebel dan itu membuatkan aku mengeluh malas.
"Beli breakfast tu tiga. Aku sure budak kecik tu lupa bawa bekal dia macam selalu sebab tadi cari botol air tak jumpa. Beli yang kita berdua macam biasa tapi budak tu kau beli nasi ayam dengan tea o ais. Cepat sikit!", itulah aku hermmm.
"Nampaknya Tuan dah pasang spy lama. Semua pasal dia ada dalam ingatan Tuan. Semoga berjaya. Saya yakin dia bakal jadi 'Miss' yang terbaik buat kami", Izra menunduk dan berlalu pergi meninggalkan aku di hadapan tempat guard sekolah.
Aku melangkah masuk tanpa menghiraukan pandangan murid mahupun guru-guru disini. Bagiku semua memandang harta sahaja.
Ereen Felicia...
Budak ini benar-benar menarik perhatianku. Aku bakal jadikan kau baby girl aku, baby. Wait for me, ya. Srs talk... Aku dah lama nak ada anak angkat tetapi semuanya memandang harta dan gedik. Perangai ntah pape je semua. Satgi bukan jadi anak tapi jadi ulat bulu. Haihhhh... Seram je.Sesampai di dalam bilik pengetua, aku hanya duduk disofa sambil menutup mata. Mujur saja Izra sudah memberitahu mereka untuk mengosongkan bilik pengetua kepadaku jika tidak akan ada bala yang menimpa.
End someone pov.