"Baby, where are you?!", Luke kedengaran seperti menahan diri daripada memarahiku.
"I"m so sorry, Luke. Ereen tahu Ereen salah sebab ingkar arahan Luke. Now, datang dekat toilet je hantar hoodie then kita jumpa daddy sama-sama", dia mendengus perlahan.
"Sabar kejap. Later, aku nak bercakap dengan kau. I will make sure that you got punishment from me, baby", aku hanya senyap mendengar ucapannya.
5 minit kemudian, Luke menghantar hoodienya di depan toilet dengan muka masam.
"Aku bagi kau 5 minit sebelum aku masuk heret kau keluar", aku menjelingnya tajam.
Cukup-cukup 5 minit, aku keluar daripada toilet. Luke menjeling dan menarik pergelangan tanganku untuk berjumpa daddy. Aku terpandang Edward yang memandangku tajam tetapi aku mengabaikannya. Srs talk, aku tak faham apa yang Edward nak sebenarnya. Semua yang aku buat semua tak kena dimatanya. Idk what to say.
Kami berdua berdiri disamping daddy dan papa yang berbual mesra dengan clientnya. Aku memeluk lengan Luke erat sambil bermain Iphonenya. Luke seperti Ray oleh itu aku selesa bermanja dengannya. Papa menepuk tanganku yang erat memeluk lengan Luke. Aku menoleh sekilas ke arahnya dan berbuat seperti biasa.
Luke tak marah jadi takde sebab untuk aku lepas. Werkkkkkk... Sorry ladies, I win. Huehuehuehue... Luke okey so do I. Hanya dengan Luke aku bermanja. Cousin-cousin yang lain pun aku tak bertegur sapa sebab tak selesa even girl. Luke memeluk bahuku erat.
"Lepaskan, Luke Zachary", daddy mencerlung tajam ke arahnya.
"Chill ah, daddy. I'm your son, okey. Baby okey je daddy lak risau. Luke takkan buat lebih daripada seorang abang kepada adik. I'm just a protective person", papa menggeleng perlahan.
Daddy tersenyum sinis mendengar penjelasan Luke. Papa berbisik kepadaku;
"Papa tak rasa Luke akan anggap baby sebagai adik je nanti. Papa sure dia bakal sayang baby lebih daripada tu. Tak percaya dengar apa yang bakal daddy jawab sekejap lagi".
"I don't think so, Luke Zachary. Aku lelaki dan kau lelaki. Aku pernah remaja dan kau sekarang juga remaja. Aku makan asam garam dulu sebelum kau jadi aku tahu apa yang bakal terjadi nanti. Make sure kata-kata kau tu kau kabulkan, ya", daddy tersenyum sinis dan berlalu pergi.
Luke masih memeluk bahuku erat. Kata-kata daddy itu buatkan aku takut. Aku tahu bukan aku yang bakal jatuh cinta kepadanya nanti tetapi dirinya yang bakal kecundangan dahulu.
Ereen pov:
"Ibu nak bila Ereen besar please be a heartless person. Jangan mudah kalah dengan godaan lelaki. Buat lelaki kecundang tapi jangan buat kamu yang kecundang dengan perangkap sendiri", ayat Ibu itu yang membuatkan diriku sebegini sekarang.
Sewaktu dihina, dipukul atau dituduh aku tidak berbicara malah tersenyum suka kerana aku tahu bahawa jika sudah benci tiada yang bakal diingati. Oleh itu, aku lebih selesa menjadi introvert.
Aku juga bukan seperti budak nerd lain. Aku masih mempunyai sesuatu yang disembunyikan daripada pengetahuan sesiapa sahaja. Aku mahir dalam seni pertahanan diri dan aku juga ialah seorang perisik. Perisik tersembunyi tanpa diketahui oleh sesiapa. Memang aku tidak keluar kemana-mana kecuali rumah dan sekolah tetapi sebenarnya aku keluar tepat pukul 3 pagi dan pulang ada pukul 5 pagi.
Aku menjadi perisik setelah Ayah berkhawin lain. Pada mulanya, agensi ini tidak mahu menerimaku tetapi aku berkeras untuk memohon. Aku menunjukkan segala kemampuan yang aku mampu kepada mereka. Agensi ini tiada anak buah perempuan dan akulah yang pertama memasuki agensi ini.
Nama agensiku? Biarlah, rahsia untuk waktu ini. Pengarahnya dipanggil Master sahaja. Oleh kerana, aku seorang sahaja perempuan mereka mahu melayan aku seperti seorang perempuan tetapi aku berkeras mahu dilayan sama seperti mereka. Aku belajar daripada agensi ini untuk menjadi wanita tabah tanpa pertolongan lelaki.
Edward ialah masalah utamaku buat masa sekarang. Edward seperti mengetahui bahawa identiti nerdku sebelum ini adalah satu muslihat untuk terlihat lemah dan tidak berdaya. Aku perlu berhati-hati dengan pandangan Edward. Dia benar-benar merisaukanku.
End Ereen pov.
"Baby, come kita balik", aku tersedar daripada lamunan panjangku.
Aku hanya mengikuti Luke.
"Awak kena kuat, Luke. Jangan pernah jatuh cinta dengan saya kerana saya bukan perempuan yang awak sangkakan selama ini. Saya amat berbahaya jika indentiti saya yang sebenar terbongkar", aku berbisik perlahan cukup sekadar aku yang mendengarnya.
Perjalanan kami ditemani bunyi dj radio yang rancak berbicara. Aku memandang Luke sekilas. Luke hanya fokus kepada pemanduannya.