"Esok pukul 06:30 a.m. aku ambil kau lepastu kita breakfast dekat cafe sekolah", aku hanya mengangguk.
Luke mencium ubun-ubunku sekejap dan membuka lock kereta untuk aku keluar. Sekarang sudah pukul 16:45 petang. Haih... Patutlah penat semacam je. Aku melambaikan tangan kepada Luke kerana dia bakal bermalam dirumah parentsnya hari ini.
Aku menekan loceng sekejap. Bibik yang membuka pintu menunduk kepadaku dan aku hanya tersenyum tawar. Aku betul-betul mahukan katilku sahaja sekarang. Daddy dan papa masih sibuk dihotel kerana ramai client mereka terlibat di dalam sidang media tadi.
Telefonku bergetar hebat dan kelihatan Luke yang menelefonku.
"Ya, Luke. I nak rest sekejap you nak offcall tu off je sebab I nak tidur. Penat", aku menguap dan berbaring senang.
"Aku teman kau tidur. Make sure jangan offcall", aku hanya mengumam kecil dan menutup mata.
Luke pov:
Aku tak sayang dia lebih daripada seorang adik. Ereen ialah amanah Ray untuk aku tolong jagakan. Ereen cukup terseksa sebelum ini dan aku perlu membantu Ray untuk membahagiakannya sekarang. Walauapapun yang jadi, Ereen still baby girl aku. Sayang aku tak lebih sebagai abang dan adik.
"Stay strong, pretty", aku berbisik perlahan.
End Luke pov.
18:30 p.m. :
"Erghhhhhh....", aku menguap dan membuka mata.
Terkejut beruk aku melihat jam. Perghhh, aku dahlah tak mandi lagi sedap pulak tidur sampai pukul 6 petang dekat 7 petang. Comfirm orang cakap aku pemalas nanti. Baik aku mandi dan bersiap cepat.
Aku menyanyi kecil ketika keluar daripada bilik mandi. Segar... Aku melihat Iphoneku sekejap. Nama Luke terpapar di skrin Iphone itu memeranjatkanku. Wait... Sejak bila Luke call aku?
"Luke... Are you still there?", aku menyoal perlahan.
"Finally, baby you bangun. Naik boring dah aku membebel sorang-sorang. Pergilah, downstairs dulu nanti kejap lagi aku sampai rumah kau", baru sahaja mahu mematikan panggil Luke berkata tegas.
"Tak perlu tutup call sebab dah 3 jam lebih dah. Pakai baju yang elok sebab kawan-kawan aku nak pergi sana jugak. Ray sampai sekejap lagi bersiap cepat", kedengaran enjin kereta Luke berderum kuat.
Aku memakai hoodie Luke lagi. Luke benar-benar memberikan hoodienya kepadaku. Aku apa lagi hahahahaha.
"Baby, I'm back", aku berlari keluar untuk memeluk daddy.
Papa tersenyum nipis. Senyuman daddy melebar melihat aku memeluknya erat. Namun, senyuman daddy hilang setelah 3 buah kereta mewah masuk ke perkarangan rumah grandma dan grandpa. Grandpa dengan grandma keluar dinner dengan client katanya.
Luke keluar daripada kereta dengan tersenyum sumbing. Kawan-kawannya yang lain mengintai wajahku yang terlindung disebalik tubuh tegap daddy.
"Daddy, Luke nak bawak baby keluar kejap. Boleh yer, daddy", Luke mengedipkan mata berkali-kali.
Pada awalnya, daddy menggeleng tetapi aku mengangguk kepada Luke. Luke tersenyum suka. Aku masih menyorokkan mukaku walaupun muka sebenarku sudah banyak terpapar di media massa.
"Baby...", aku memotong percakapan daddy.
"Chill, daddy. Semua okey sebab Luke ada and Ray pun ada sekali. Apa-apa jadi Ereen call papa", daddy terpaksa mengangguk kepadaku.
"Luke, you tunggu kejap sebab I nak naik atas ambil phone dengan duit".
"Ambil your phone je tak perlu bawa duit bagai. You nak beli apa-apa bagitahu I nanti I belanjakan", daddy menjeling ke arah Luke tajam.
Aku dan yang lain hanya mampu menggeleng melihat Luke dan Daddy. Dua-dua overprotective. Aku naik ke atas untuk mengambil phone dan membawa duit RM100.00 kerana aku tahu aku tidak minat berbelanja seperti yang lain.
Aku mencium pipi daddy dan papa sebelum melangkah ke arah kereta Luke. Ray datang dengan Edward manakala yang lain aku tidak kenal. Aku keluar dengan mereka hanya kerana ada Luke dan Ray sahaja. Jika tidak, aku memang comfirm meraung taknak pergi.
Perjalanan aku dan Luke sunyi dan ditemani oleh dj radio kerana Luke tahu aku tidak suka bersuara seperti murai tercabut ekor. Sekarang pukul 20:30 malam, kami akan tiba di Mall berkemungkinan dalam pukul 21:00 malam kerana jalan agak sesak sekarang.