Bab 3:

0 0 0
                                    

08:30 a.m. :

Kami dipanggil ke dewan utama sekolah kerana hari ini merupakan perhimpunan mengejut. Aku belum siap menyalin nota yang diberikan oleh cikgu sudah kalut. Seorang gadis menyapa aku perlahan;

"Ereen, salin nanti masuk kelas balik takpe. Kita dah lewat ni nanti cikgu disiplin tulis nama pula. Marilah kita pergi sama-sama".

Aku hanya mengangguk dan tersenyum tipis kepadanya. Kami berjalan sambil berbual mesra. Ternyata mempunyai kawan itu bahagia ya tetapi aku tetap tidak yakin kerana aku pernah ada kawan toxic dan perkara itu tidak akan aku ulanginya. Sekadar berbasa-basi dengannya sahaja kerana tidak mahu dikatakan sombong sahaja.

"Baiklah, semua murid diminta duduk dengan sopan. Selepas ini kita bakal menyambut tetamu ternama. Tolonglah tunjukkan sikap dan abad yang baik. Jangan pernah malukan nama baik sekolah dengan perangai tak semangah kamu semua. Faham?", Puan Maisarah berpesan tegas selaku ketua disiplin sekolah.

"Faham, Teacher!!!", kami menjerit serentak.

Tiba-tiba ada yang menyepak pencil caseku hingga ke laluan tengah tetamu. Aku hanya pasrah dibuli sedemikian kerana itulah rutin harianku tidak kira disekolah atau dirumah tetap sama kerana orang yang membuliku adalah Mia, adikku sendiri. Aku sudah lali dengan apa yang dilakukan olehnya dan ibunya kepadaku. Pernah sampai satu tahap maksud dan rasa sakit itu sudah tiada dalam kamus hidupku. Dicaci, dipukul dan dilayan seperti hamba sudah terbiasa.

Sewaktu ingin mengambil pencil caseku ada tangan kekar lain yang mengambilnya. Ya Allah, berkilatnya kasut kulit dia. Comfirm-comfirm mahal ni. Terkaku terus aku sewaktu melihat siapakah gerangan tersebut.

"Pakcik???", mujur sahaja aku tidak menjerit kuat.

Dia hanya tersenyum sebelum menghulurkan pencil caseku. Aku hanya mampu menunduk setelah terperasan ramai mata yang memandang. Pakcik itu menggosok kepalaku dan membetulkan ikatan rambut yang hampir terurai. Semua yang melihatnya tercengang.

Tiba-tiba, orang kanan pakcik tu menghulurkan sebungkus nasi dan air kepadaku. Aku hanya melihatnya dengan pandangan bingung. Sejujurnya, aku tidak mengerti mengapa menghulurkannya kepadaku.

"Ambillah. Aku suruh dia belikan untuk kau. Aku tahu kau lupa nak bawak bekal kau tu yang aku suruh uncle Izra belikan. Make sure kau makan, okey? Jangan ingkar arahan aku. Kalau ada yang buli kau bagitahu pengetua jangan buat tak tahu je. Faham???", dia berbisik tegas membuatkan aku kecut.

Mahu atau tidak aku harus mengambilnya. Aku hanya mengabaikan mata-mata yang memandang walaupun aku tahu sekejap lagi aku bakal diserang. Mataku bertembung dengan mata abang Ray dan terus sahaja aku mengalihkannya. Aku tahu dia akan jumpa aku sorok-sorok untuk bertanya siapa pakcik tu.

"Baiklah, semua sila beri perhatian kepada apa yang saya mahu ucapkan sekarang", pengetua mula menarik perhatian semua daripada terus melihatku.

Bagus, segala zombie tu dah tak pandang aku. Pakcik tu mula berjalan pergi ke arah barisan guru-guru dengan muka dinginnya. Pelik? Ya, aku pelik kerana sewaktu dirinya bersamaku dia hanya tersenyum manis tiada riak dingin.

Bla.... Bla..... Bla....

"Baiklah, sekarang dipersilakan Tuan Mikhael untuk menyampaikan sepatah dua kata. Sebenarnya, perhimpunan pagi kita hari ini adalah permintaan daripada Tuan Mikael sendiri. Kamu semua sendiri tahu kan siapa Tuan Mikhael jadi diminta berikan perhatian yang baik, ya", pengetua menghulurkan mikrofon kepada Tuan Mikhael.

Aaaa... Pakcik tu nama Tuan Mikhael. Kenapa dengan dia, eh? Dia famous sangat ke? Atau aku yang cetek sangat? Errrrr, ntah taknak kesah.

"Ehermmm... Baiklah semua, saya tidak mahu bercakap banyak kerana saya bukan orang yang suka berceloteh panjang. Disini saya akan menegaskan peraturan baru untuk Mikha's Highschool. Sesiapa yang sudah rosak rekodnya bakal berakhir dengan pertukaran atau pemberhentian sekolah. Masalah buli pula akan digantung sekolah selama 2 minggu. Selama ini, saya hanya berdiam diri dalam semua segi masalah tetapi hari ini saya benar-benar tegaskan apa yang baru saya ucapkan. Saya mahu berjumpa dengan Mia Erysa, Hans Raymond dan Ereen Felicia sekarang di bilik pengetua. Kalian bertiga sila bergerak sekarang. Sekian, terima kasih", dia menuruni tangga dan berlalu pergi tanpa pamitan kepada guru kami.

Anak Tuan MikhaelWhere stories live. Discover now