Bab 8:

0 0 0
                                    

20:30 malam:

   "Baiklah semua, sementara menunggu dessert sampai bolehlah kita berbincang sebentar", grandpa bersuara ceria.

   "Baby, come here right now", aku yang mahu memanggil papa terbantut mendengar suara tegas daddy.

   "Kejap, daddy. Ereen nak bagi phone Ereen dekat papa kejap", aku menyerahkan Iphone X ku kepada papa dan berlari anak ke arah daddy.

   "So, this is Ereen Felicia. Dia anak Mikha. Ereen dah 14 tahun dan esok pengumuman media tentang kehadirannya sebagai anak Tuan Mikhael akan terjawab", aku lihat mereka tercengang mendengarnya.

   "Srsly, Mikhael???", Aunty Erilyn bernada teruja.

   Ramai yang mengucapkan tahniah kepadaku dan daddy dan ada juga yang iri hati. Mereka tidak sedikit pun mahu membuka topik anak angkat itu. Semua orang yang berada disini seperti sudah mengetahuinya daripada awal.

   Aku berjalan keluar daripada restoran untuk ke tandas sebentar. Daddy mahu menemaniku tetapi aku memilih untuk pergi bersendirian. Terasa seperti diekori membuatkan aku terus back flip ke arah belakang. Terasa seperti kakiku dipegang dan hampir jatuh menyembah lantai terus aku berpusing sehingga terlepas kakiku. Hampir sahaja aku menumbuknya ketika aku bangun tetapi semua terhenti setelah menyedari bahawa yang mengekoriku adalah lelaki gatal itu.

   "Aku fikir anak Uncle Mikha lembut dan sopan-santun tetapi ada yang tersembunyi diwajah polos itu ermmm. Kau buat aku kagum Ereen Felicia Carl Erman", aku tersentak mendengar pertuturannya.

   "Awak siapa? Saya tak kenal awak pun jadi jangan follow saya lagi", aku menonong pergi tanpa berpaling lagi.

   Sewaktu ingin memasuki pintu toilet, terasa pinggangku dirangkul erat oleh satu tangan kekar. Mahu menjerit mulut sudah ditekup. Meronta-ronta juga bakal memenatkan sahaja kerana tenaga lelaki dan perempuan berlainan.

   "Shhhhh... Aku just nak bercakap secara sembunyi dengan kau. Jangan pernah terfikir untuk melarikan diri daripada aku", dia meniup belakang leherku sekejap.

   Aku terus terkaku. Ya, aku tidak biasa. Tolonglah, jangan buat aku macam perempuan lain. Aku terus menyiku perutnya dan rangkulannya juga terlepas.

   "Nak bercakap tak perlu pegang-pegang. Cakap cepat sebab saya nak masuk toilet nanti daddy cari", aku memandang kawasan sekeliling kerana bimbang ada yang melihat.

   "Aku akan pastikan kau menyesal sebab pilih uncle Mikha. Kau tu entah daripada asal-usul mana tiba-tiba je jadi anak uncle Mikha. Aku akan selalu perhatikan kau", dia berlalu pergi sejurus habis berkata sedemikian.

  Kau ingat aku ni lemah sangat ke? Air mata aku dah lama keringlah. Takde makna nak nangis atau bercengeng bagai. Aku ada belajar seni mempertahankan diri sewaktu menetap di London cuma aku tidak menunjukkannya. Aku akan gunakan sekiranya terasa seperti diekori atau sebab tertentu.

  Hancur moodku untuk ke toilet. Aku terus berlalu pergi ke restoran semula. Kelihatan ada seorang remaja lelaki yang baru sahaja sampai. Patutlah aku rasa hadiah tu ada yang lebih.

   "Hiii, baby. My name is Luke Zachary", dia memelukku erat.

  "Hi, Luke. Saya Ereen Felicia", aku terpaksa membalasa pelukannya walaupun kelihatan kekok.

   Luke benar-benar seperti Abang Ray. Sikapnya, manjanya dan semua yang ada pada Luke benar-benar hampir sama yang berbeza Luke suka menyakat dan Abang Ray lebih kepada tegas.

  Berbicara tentang Abang Ray aku melilaukan mata mencarinya tetapi tiada bayang-bayang yang terlihat.

  "Miss me, Princess?", aku terus berpaling dan memeluknya erat.

  "Abangggg...", hanya itu yang keluar daripada mulutku.

  Abang menepuk belakangku menandakan dia sesak nafas dipeluk sedemikian. Aku hanya tersenyum sumbing melihat ramai mata yang memandang. Budak gatal itu kelihatan tercengang dengan panggilanku untuk Abang Ray.

  "Abang datang dengan siapa?".

  "Abang datang dengan Luke tadi sebab Edward datang dulu", kelihatan Luke sedang berseronok dengan adiknya.

  "Edward tu siapa, Abang?", dahiku berkerut sedikit dan Abang tertawa melihatnya.

   "Alahai, adik. Tu yang duduk dekat tepi daddy tu la Edward. Nama penuh dia Edward Raykarl", aku hanya mengangguk.

   Baru aku tahu bahawa geng Abang selama ini adalah Luke dan Edward. Patutlah Abang digelar hotstuff sekolah. Well, aku kan tak suka jaga tepi kain orang tu yang tak tahu apa-apa.

   "Abang tolak untuk ke Australia", aku memandangnya terkejut.

   "Abang tolak sebab Abang nak jaga Adik. Walaupun adik ada daddy sekarang tak bermakna adik tak akan diganggu oleh sesiapa. Tawaran tu Abang akan tuntut selepas Abang tamat belajar", dia mencium ubun-ubunku sekejap.

  Luke datang menempel ke arahku dan ditolak jauh oleh Abang. Mode protective on dah. Luke mencebik sedikit dan menayangkan muka simpati kepadaku.

  "Sorrylah pasal Abang tadi. Mehlah, duduk dekat sebelah kiri Ereen", tersenyum lebar budak mencebik tu.

  "Kau jaga adik aku baik-baik, Luke. Luka sikit aku cepuk kau. Pastikan Ereen tak skip makan", Luke mengangguk.
  
   Kami berbual mesra sebelum aku dan daddy memilih untuk pulang terlebih awal kerana bimbang akan terserempak dengan wartawan. Aku tak suka apa yang bakal terjadi esok. Semuanya merimaskanku. Hanya oleh kerana daddy yang berkeras mahu aku diumumkan esok. Mahu atau tidak dia ayah yang harus aku hormati sekarang.

  Perjalanan yang sunyi tanpa suara membuatkan aku bahagia. Aku tahu daddy sengaja berdiam diri tetapi apa aku peduli. Daddy faham aku jadi cukup sampai disitu sahaja. Barang keperluanku yang lain daddy sudah siapkan awal-awal lagi. Aku hanya memerhati kawasan sekeliling perumahan elit ini dengan penuh minat. Berada di dunia luar benar-benar membuatku tidak selesa dan rimas. Haih....

   "Baby... Jom, salam grandma dengan grandpa lepastu you naik mandi then selesaikan apa yang patut kemudian baru tidur lena, okey", daddy menonong ke arah pasangan itu dan meninggalkanku bersama papa.

  Terkebil-kebil aku melihat pemergiannya. Daddy ni mengalahkan anak kecil dia je. Huh.... Papa tergelak kecil melihat wajah cemberutku. Aku memasamkan lagi muka kerana papa sama sahaja dengan daddy.

   "Daddyyyyyyyy!!!", sambil menghentakkan kaki aku menjerit.

   "Baby, stop it. You're too cute so stop it sebelum daddy tarik pipi pau yang bergegar macam ada orang nak telan tu", makin cemberut + berkerutlah wajahku.

  Aku bersalaman dengan grandpa dan grandma sebelum menonong masuk ke dalam rumah kemudian berlalu ke bilikku ditingkat dua. Panggilan daddy dan papa aku abaikan. Huh, nak merajuk. Bye.

  Lusa persekolahan bakal bermula dan esok pengumuman bakal dilakukan. Kusut aku fikir semua ni.

Anak Tuan MikhaelWhere stories live. Discover now