Bab 4:

0 0 0
                                    

13:30 p.m. :

  "Baiklah, semua boleh kemaskan barang-barang korang untuk pulang. Kita akan bercuti selama seminggu bermula esok, ya. Jangan tinggal apa-apa dibawah meja", Puan Laisara membebel macam mak-mak dah.

  Kami semua beredar setelah bersalaman dengannya. Dia menepuk bahuku perlahan. Ya, Puan Laisara mengetahui nasib yang menimpa aku selama ini cuma dia tidak mampu menolongku. Mission aku bakal bermula sebentar lagi. Stay strong, Ereen.

  Driver daddy sudah menunggu kepulanganku dihadapan pagar sekolah dengan segak. Siapa lagi kalau bukan Uncle Izra. Uncle Izra memandu Nissa GTR yang baru sahaja daddy beli mungkin. Dia membukakan pintu kepadaku dan memakaikan tali pinggang secara berhati-hati. Ada yang mengambil gambar dan sebagainya.

  Aku akui Uncle Izra terlihat begitu tampan. Berumur 22 tahun haruslah mempunyai badan yang tegap dan berkarisma. Uncle Izra mula memetik jarinya didepan mataku.

  "Maaf, Uncle. Ereen tak sengaja pandang Uncle lama-lama", aku menunduk malu.

  "Hahahahaha... Chill la, Miss. Saya okey je takde segan pon. Kalau orang lain buat macam tu saya bakal mengamuklah tapi kalau Miss saya tak kesah", dia mula memandu ke Mall.

  "Tak perlulah panggil saya 'Miss' sebab saya tak selesa. Panggilan tu buat saya rimas. Ermmm... Saya boleh tunjukkan perangai sebenar saya dekat uncle?", aku bertanya polos kepadanya.

  "Takkanlah saya nak panggil Miss dengan nama kut? Mahu kena pelengkung dengan Tuan nanti. Kalau Miss selesa tunjukkan je setakat jaga Miss saya tak rasa susah lagipun Miss dah umur 14 tahun", Uncle Izra tersenyum manis kepadaku.

  "Ereen sebenarnya lapar. Ermmm... Abang sempat bagi berapa suap je nasi kelmarin sebab mama balik cepat. Saya boleh minta apa-apa makanan dengan Uncle?", aku meramas tangan kerana malu sudah berkata sedemikian.

  "Okey, Uncle bawa Miss makan dalam Mall sekejap lagi. Nanti pesan je jangan risau daddy Miss dah bagi black card dia dekat uncle untuk berbelanja baby girl dia ni. Daddy Miss betul-betul sayangkan Miss", Uncle menyuruh aku keluar daripada kereta dan dia menyuruh guard untuk parkingkan kereta kami.

   "Jom. First, kita pergi butik adik daddy Miss dulu sebab kena tukar baju tak elok orang tengok Miss pakai baju sekolah macam ni. Second, baru kita pergi makan. Jom, baby girl Tuan Mikhael", uncle memegang erat tanganku.

  Aku menarik lengan uncle Izra setelah dia berhenti disebuah butik mewah. Uncle mula menarik lenganku untuk masuk ke dalam butik itu. Ramai pelanggan yang memandang kerana aku  sedang memakai baju sekolah Mikha's Highschool. Kelihatan seorang wanita anggun berjalan menghampiri kami berdua.

  "Biy, kenapa you tak cakap nak datang sini? I miss you, you know. Wait... Jangan cakap ni anak Mikha tu? Wahhhhh, hey baby. Pipi you tembam ermmmm. Eeeeee, you i geramlah tengok pipi pau dia. I cubit, boleh?", Uncle menggeleng tidak boleh.

  "Sayang, you jangan nak mengada-ngada. You tahukan abang you tu macam mana. Abang you tak pernah care dengan sesiapa yang takde pertalian darah dengan dia sebelum ni. Srs talk, I terkejut gila masa dia bagitahu Ereen ni bakal Miss kami semua", uncle melihat aku yang sedang melihat polos kepada mereka.

  "Baby, come ikut mama pergi tukar baju dulu. After this, bolehlah baby pinjam tunang mama. Make sure baby panggil dia, papa. Bye, you", uncle hanya mengangguk.

  "Ermmm... Ma... Mama, boleh Ereen pilih sendiri?", aku meminta perlahan kerana yang dipilih oleh aunty Mikayla bukan calang-calang.

  "No, baby. Daddy you dah warning I awal-awal lagi. Sorry, baby", dia tersenyum manis.

  Aku terpaksa memakai pakaian yang dipilih oleh aunty... maksudku mama. Ya, dia mamaku yang baharu. Haih... semuanya berlaku dengan pantas.

  "Uncle... Erm, papa", uncle kelihatan terkejut dengan panggilanku.

  "Ya, princess?", aku hanya menunduk segan.

   "Ereen dah siap. Mama, Ereen pinjam papa sekejap tau. Lapar, hehehehe", ya, aku mula selesa dengan mereka.

  "Sayang, I pergi dulu. Apa-apa you roger I. I love you. Take care, sayang", kami melambai kepadanya dan berlalu pergi.

  "Princess papa nak pergi makan dekat mana? Bagitahu je nanti papa tunaikan", aku tersenyum suka.

  "Ereen nak makan nasi goreng pattaya, mcd, tealive dengan cadbury. Boleh,kan?", aku mengelipkan mata simpati.

  "Kiranya Ray belikan apa yang Ereen minta senyap-senyaplah?", aku hanya mengangguk sambil mata bersinar memandang sebuah restoran yang memikat hatiku.

  Papa menarik tanganku untuk masuk ke dalamnya. Sewaktu aku ingin makan terlihat abang Ray tersenyum manis kepadaku sebelum meminta maaf. Aku hanya mengangguk memahami niatnya. Setelah abang Ray selesai aku mengajaknya makan sekali tetapi dia menolak kerana bimbang semua ini bakal gagal. Selama satu jam, berada di Mall papa mengajakku pulang.

  "Papa, tunggu Baby dekat rumah jiran sebelah tau. Apa-apa yang jadi papa nak baby kuat. Please stay strong untuk daddy. Dia perlukan baby. Ingat tu", aku hanya mengangguk.

  Perjalanan kami hanya ditemani oleh dj radio sahaja. Tiada topik yang mahu dibicarakan oleh kami berdua.

15 minit kemudian...

  "I love you, baby. Abang dah chat papa and dia dah tolong kemaskan barang-barang penting baby sebelum semua balik tadi. Barang-barang baby semua anak buah daddy dah ambilkan. Tunggu baby keluar dan acah-acah tak bersalah je. G.luck, baby", papa mencium ubun-ubunku sekejap.

  Aku melangkah keluar dengan perasaan gugup. Sewaktu pintu pagar automatik itu terbuka kelihatan Ayah sedang bercekak pinggang memandang diriku. Abang Ray terpaksa menayangkan senyuman sinis kepadaku. Mia mula membelek kukunya dan mama hanya tersenyum senget.

  "Apa kau buat kat Mall tadi?!!! Tak cukup ke apa aku bagi dekat kau selama ni sampai kau nak ada sugar daddy bagai?!!! Kau memang memalukan keluarga dan keturunan aku selama ni. Mulai hari ini kau bukan lagi anak aku dan jangan pernah kau anggap yang kau kenal keluarga Carl Erman lagi. Semua dah berakhir kau boleh berambus dan jangan pernah kembali", sejurus selesai berkata sedemikian Mia melemparkan beg pakaianku.

  "Good bye, loser. See you later, budak malang", dia menonyoh kepalaku dan berlalu bersama mama.

  Abang hanya menyuruhku pergi kerana bimbang keluarga ini bakal hilang kawalan. Ayah sedang menahan amarahnya oleh itu dia berlalu pergi dengan segera. Aku melambai kepadanya perlahan sebelum berlalu memasuki kereta papa.

  "Chill, princess. Semua bakal okey. Sekarang kita pergi office daddy", aku mengangguk.

  Tiada rasa untuk bercakap dan mukaku hanya menayangkan riak kosong sahaja. Empangan mataku masih kering dan tiada tanda-tanda bahawa ia bakal menjadi aliran sungai walaupun sekarang hatiku sedang memberontak untuk menangis.

 

Anak Tuan MikhaelWhere stories live. Discover now