.
.
.
."Korang tau... Ibu aku mengandung" Kata Hani
Ketika ini mereka sedang berada di dewan untuk pendidikan jasmani
Semua ada di situ ketika ini
Hani sedang bermain badminton bersama Jihan
Jihan yang terkejut biarkan sahaja bola tangkis jatuh
Hani terus meletakkan raketnya dan mencapai botol air
"Wahh, kau nak jadi kakak ! "
"Tahniah wehh"
Kata Aliyah dan Raisya
"Mak kau berapa tahun ?" Tegur Hilmi
"3..7?" Kata Hani teragak agak
Maklumlah, dia ingat ibunya lahir pada tahun 1984. Tapi setiap kali umur ibunya disoal, dia selalu keliru
"Uih.. muda jugak mak kau"
"Haah.. dia kahwin muda" Balas Hani
Semua yang di situ mengangguk faham . Baru tahu...
"Kau? Tak nak kahwin muda?" Soal Razif
Hani yang sedang meneguk air hampir tersedak
"Gila eh?" Habis cemberut wajah Hani
Mereka semua tergelak
"Aku boyfriend pun susah nak dapat"
Hani mengetap bibir. Dia memang tak ada luck dalam bab bab mendapatkan lelaki. Mana semua lelaki ni???
"Depan mata ada, kau tak nak" Kata Hilmi
"Korang ke?"
"Ehh, aku memang taklah. Cuba tanya diorang" Usik Hilmi
"Aku lempang kau pakai raket ni.." Ugut Hani
Menyakitkan hati ya lawak dia
"Dah sambung ah. Dua lawan dua" Kata Razif
Jihan dan Razif ambil posisi di sebelah sana, manakala Khairil dan Haurah di sebelah satu lagi
Hani ambil kerusi yang tadi diduduki oleh Razif
Kerusi itu terletak di sebelah Azhar
Azhar memandang Hani
Hani menoleh pada Azhar
Keningnya diangkat "Kenapa?"
"Kau nak boyfriend ke?" Soal lelaki itu
"Lahh kau ni dah kenapa?" Soal Hani terketawa
"Takde ah. Cara kau cakap tadi"
"Macam nak, tapi macam malas pulak. Tak boleh bayang aku nak kena mesej panjang panjang. Call lama lama. Aku takut aku rimas" Kata Hani
Itulah toxic traitnya. Nak rasa bercinta, tapi malas
Azhar mengangguk
Dah boleh agak jawapan Hani.
Bukan kali pertama Hani jawab begitu
"Kau acah acah macam aku tak pernah cakap pasal ni pulak" Hani menjeling
"Kau fikir aku ada masa nak ingat semua benda kau cakap?" Balas Azhar
"Ceh.."
"Hah tu boyfriend kau"
Azhar memuncung ke arah Rafi yang sedang berjalan ke arah mereka
Ketika ini Hani hendak sahaja carut pada Azhar
YOU ARE READING
Yang Sempurnakanku [OG]
Romance"Kau yang terlalu sempurna atau aku yang terlalu kurang" -Hani