2 ; Anak Dato

12 2 0
                                    

.
.
.
.

Hani hilang kiraan. Ini sudah kali ke berapa dia masuk ke dalam bilik kaunseling

Takdelah banyak sangat. Cuma beberapa orang pelajar perempuan memang tidak puas hati dengan Hani

Dah Hani berkawan dengan lelaki lelaki pujaan sekolah

Tambah dengan kes yang pernah menimpa Hani. Semua orang memang ambil kesempatan atas kes itu habis habisan untuk melepaskan rasa geram setelah melihat Hani dan rakan rakannya dapat meluangkan masa dengan lelaki yang mereka suka

"Cikgu mesti penat kan tengok muka saya je. Hehe" Hani tersengih kekok

Cikgu Zubaidah tidak memberi respon langsung

Dia fokus dengan kertas kertas di hadapannya

Hani menghella nafas berat kerana tidak dilayan

Dia memandang sekeliling bilik kaunseling

Dingin aura yang diberikan oleh Cikgu Zubaidah sampai satu bilik ni rasa seram

"Awak jumpa dengan Arisya tadi?" Soal Cikgu Zubaidah

Hani mengangguk, betul lah tu

"Awak suruh dia jumpa awak.. lepastu ugut untuk pukul dia kalau dia tak putus dengan Rafi?"

Hani manahan tawanya. Apa punya tuduhan ni

"Tak" Sepatah Hani menjawab

Cikgu Zubaidah menggeleng

"Ni hari pertama sekolah tau Sarah Hani. Tak penat ke buat masalah?"

Hani rasa terhimpap. Kan dia kata dia tak buat?

Namun dia hanya mendiamkan diri kerana dia tahu, Arisya sudah berpakat dengan ramai orang semata-mata hendak mendapatkan simpati orang lain dan kononnya Hani cemburu dengan hubungannya

"Macam mana saya nak buktikan saya tak salah?"

Akhirnya Hani cuba untuk membersihkan namanya

"Awak nak buktikan apa? Dah memang awak salah dekat sini. Awak ugut kawan awak. Awak nak pukul dia" Kata Cikgu Zubaidah

Hani mengeluarkan telefonnya

Dia membuka lock kemudian menyerahkan telefon bimbitnya kepada Cikgu Zubaidah

"Cikgu cubalah cari apa apa yang ada kaitan dengan Rafi" Kata Hani

Cikgu Zubaidah terkejut dengan tindakan berani Hani

Handphone Hani diambil dan diperiksa

Ruangan contact diperiksa sama ada Hani menyimpan nombor Rafi atau tidak

Instagram Hani, gallery dan semua apps media sosial diperiksa

Tiada satu pun nama Rafi atau Arisya keluar di situ

Cikgu Zubaidah sedikit malu di sini

"Tapi ni tak boleh buktikan yang awak tak ugut dia"

Hani tersandar lemah.

"Arisya, Rafi.. Keluar" Panggil Cikgu Zubaidah

Lantas Arisya dan Rafi keluar dari satu bilik rehat yang terdapat dalam bilik kaunseling itu

"Sekarang satu je."

"Awak minta maaf dekat Arisya" Kata Cikgu Zubaidah

Hani tersenyum sinis

"Saya minta maaf?"

Hani bangun dan berdiri di hadapan Arisya

Geli hatinya melihat Arisya yang rendah daripadanya. 

Yang Sempurnakanku [OG]Where stories live. Discover now