.
.
.
.
.Hari ini hari isnin. Bermula cuti penggal selama dua minggu
Sejak hari sukan lepas. Tiada langsung mesej daripada sesiapa masuk ke dalam peti mesejnya
Hani mula berasa kosong
Dia tidak mahu membuka handphone sejak hari itu.
Orang lain pulang sahaja dari hari sukan, mereka dijemput oleh ibu bapa, keluar pergi makan dan sebagainya
Dia pula ditinggalkan sendirian
Puan Raha dan Dato Ilhan telah bertolak ke Pulau Pinang kerana ada Dato Ilhan perlu hadir ke sebuah majlis pembukaan sehinggalah penutup untuk satu program ini
Sudah tiga hari sendirian di rumah, bosan juga
Hani turun ke tingkat bawah dan melangkah ke dapur
Sakitnya kepala dia apabila melihat jam baru menunjukkan pukul 11 pagi
"Hai Cik Lin.." Hani menyapa pembantu rumah yang sedang memasak di dapur basah yang digunakan untuk masak
"Ya Hani.. " Cik Lin yang berusia lebih kurang 60an itu hanya memandang Hani sekilas kerana sedang memasak
"Ey? Murung je?" Tegur Cik Lin
"Pernah ke saya nampak happy Cik Lin.." Balas Hani
"Apanya. Hani lah penyeri hidup Cik Lin dalam rumah ni tau. Sebelum ni duduk dengan Dato je, tak pernah langsung Cik Lin rasa seronok dekat rumah ni. Cik Lin tak tahu macam mana nak guna tv ke, radio ke. Ni, radio Hani kasi ni lah jadi peneman Cik Lin hari hari "
Hani ketawa kecil mendengar Cik Lin membebel
"Lagi lagi lepas Hani ajar macam mana nak guna youtube dekat tv bilik tu. Kalau boleh, Cik Lin nak je tidur sini hari hari tengok tv tau"
"Ceh, kalau Hani tak ajar tu, maksudnya dari segi benda lain Hani tak serikan hidup Cik Lin lah?" Hani cuba bergurau
Cik Lin hanya tersenyum
"Saja je cakap macam tu.. Tengok Hani macam down je.. Mana Cik Lin tahan"
"Bagitau.. Apa yang buat Hani sedih macam ni"
Cik Lin berpaling memandang Hani
Hani mengangkat keningnya. Tertunggu tunggu kalau Cik Lin ada apa apa yang hendak dicakapkan
"Kalau kalau Hani bosan duduk rumah, apa kata Hani pergi rumah bonda. Dia tu suka shopping tau"
"Uish Cik Lin ni. Nak suruh Hani jadi pisau cukur ke?" Soal Hani lalu ketawa
"Bukanlah. Maksud Cik Lin pergi temankan bonda tu. Hani ni pun cucu dia. Cik Lin tengok dia macam suka je ada Hani. Maklumlah cucu dia semua banyak lelaki je"
"Ouh.." Hani mengangguk faham
"Ada pun cucu perempuan semua dah kahwin"
Hani mengangguk lagi
"Bonda tu pun kan pengkritik fashion. Kalau Hani belajar sikit sikit dari dia pun tak rugi tau"
"Wow.." Hani berasa sedikit kagum
Maksudnya keturunan Dato' Ilhan ni memang bukan biasa biasalah dah kalau bonda sendiri pun ada karier
"Kalau Hani nak pergi rumah dia, bagitau Pak Said. Nanti dia hantarkan"
"Eh takpe ke Cik Lin.. Seganlah Hani dengan bonda"
"Aish.. Hani tu budak lagi, takyah fikir pasal segan segan. Bonda tu okay je"
YOU ARE READING
Yang Sempurnakanku [OG]
Romance"Kau yang terlalu sempurna atau aku yang terlalu kurang" -Hani