.
.
.
.Hani mendirikan ketiga-tiga bagasinya di tepi pintu
Di Sweden sekarang merupakan musim panas. Tetapi suhu paling panas di sana takkan cecah sampai 25 darjah pun, jadi untuk pertama kali datang, dia mungkin akan kesejukan
Dia berbaring di atas katil sambil memandang ke arah siling
Ketika ini timbul sedikit rasa menyesal kerana membuat keputusan untuk ke Sweden
Mesti dia akan rindukan ibu dan rakan-rakannya yang selama ini berada di setiap situasi yang dia lalui
Mesti rindu nak lepak di mamak selepas sekolah, pergi ke arcade, sambut hari lahir sama-sama. Pasti banyak yang dia akan terlepas
Yang paling penting, dia tidak dapat berada di Malaysia ketika ibunya melahirkan
"Haish.."
Setitik air mata mengalir dari mata kirinya cepat-cepat ditepis apabila seseorang mengetuk pintu biliknya yang tak tertutup
"Dah siap?" Dato Ilhan menyoal
Hani yang sudah duduk mengangguk
"Dah"
Hani mencapai blazernya yang digantung di kerusi dan menarik ketiga-tiga bagasinya
"Sini"
Dato Ilhan mengambil dua daripada bagasi Hani untuk dibawa ke bawah
"Er uncle.."
"Ya?"
Hani terkuis kuis sebelum berkta-kata
"Terima kasih sebab baik dengan ibu, baik dengan Hani"
"Aih.. Tak ada apa lah"
"Emm lepastu.."
Dato Ilhan menunggu Hani menyambung ayatnya
"Hani minta maaf sebab selalu layan uncle tak baik.."
"Mana ada. Hani layan uncle baik lah. Tak pernah melawan ke, melenting. Siapa cakap Hani layan tak baik?"
Dato Ilhan mengusap belakang Hani
Hani semakin tersentuh. Terasa lapang hati mendengar Dato Ilhan berkata begitu
Dato Ilhan hanya tersenyum
"Jom.. Bonda dah sampai dah"
Hani akur kata Dato Ilhan dan mengikut langkahnya
.
.Yang akan menemani Hani ke Sweden nanti ialah Puan Sri Hasnah dan Tan Sri Khalid
Walaupun sudah berusia, namun mereka berdua sahaja sudah cukup untuk membantu pendaftaran Hani di sana nanti. Tambahan pula kerana Puan Sri Hasnah sendiri yang pernah menetap di sana beberapa tahun sebelum pulang ke Malaysia dan menjadi pengkritik fashion yang kaya raya
Puan Raha dan Dato Ilhan hanya akan menemaninya sehingga di lapangan terbang sahaja
Penerbangan mereka adalah pada pukul 8 malam nanti. Sekarang sudah pukul 5:50 petang, wajarlah mereka bergerak sekarang
.
.Tiba di lapangan terbang, kelihatan keluarga Hilmi sudah berada di sana
Maklumlah, ayah Hilmi yang memberi peluang ini. Jadi mereka akan di sini sebagai tanda harmoni antara dua keluarga ini
Hani dan Hilmi bertukar senyuman
Para ibu mula menyapa satu sama lain
Datin Zurin kemudian mengalih perhatian pada Hani
YOU ARE READING
Yang Sempurnakanku [OG]
Romansa"Kau yang terlalu sempurna atau aku yang terlalu kurang" -Hani