15 ; It's only me

10 1 6
                                    

.

.

.

.

"Cepatlah dudukk nak buat team" Panggil Aliyah, macam mak-mak panggil anak yang degil balik pula gayanya. Memang degil pun semua

Dengan itu mereka pun mula berkumpul di bawah pondok yang terdapat meja batu

"Macam mana nak buat team nya cikgu?" Amsyar menyoal sambil menyelitkan usikan

"Satu dua satu dua lah" Balas Raisya

"1"

"2"

"1"

"2"

 Dan begitulah seterusnya sehingga cukup 10 orang 

"Dah, duduk ah dengan team korang" Kata Aliyah yang menjadi moderator tak berbayar

1 ; Azhar , Razif , Amsyar , Jihan , Aliyah

2 ; Hilmi , Khairil , Raisya , Hani , Haurah

"Mana aci kumpulan tu ada Khairil dengan Hilmi sekali" Rungut Jihan, melihat kumpulan 2 membolot kedua-dua manusia 'sempurna' itu

 "Kau ingat kau function sangat ke?" Soal Azhar dengan jelingan

"Aku nak tukar kumpulan boleh tak? Aku tak suka lah dia ni"

"Siapa nak? Hani , Raisya, Haurah?" Aliyah menyoal

Hani dan Raisya awal-awal menggeleng. Dah ada duo terhebat, tak nak lah tukar. Harapan Azhar hancur untuk sekumpulan dengan Hani . Kalah lagi dengan Hilmi

"Haurahh" Tangan Haurah dicuit-cuit oleh Jihan

"Bolehlah, tak kisah" Kata Haurah, cool sahaja

"Yes!" Jihan cepat-cepat menukar tempat duduk dengan Haurah 

"Okay so.. puas hati dengan kumpulan masing-masing?" 

"Kalau macam tu aku pun nak tukar seh" Kata Azhar

Khairil dan Hilmi serta-merta berjabat tangan

"Good luck do. Dah lama tak perform" Kata Hilmi

Khairil bersetuju dengan Hilmi bermaksud mereka tidak mahu menukar kumpulan

Azhar perhatikan mereka berdua ni kecik je. Kalau tumbuk agak-agak si Hilmi ni pengsan atau hanya pejamkan mata sahaja?

"Group kita pun pro lah. Ada pemain negara kot" Kata Amsyar ingin menyedapkan hati mereka

Kumpulan itu pun mula mengumpul semangat masing-masing

.

.

Mereka menyewa jaring untuk bola tampar dan dirikannya dekat dengan pantai

"Aku tak pandai main" Raisya tiba-tiba membuat pengakuan

"Aku pun tak pandai" Kata Jihan 

Azhar di sebelah sana gelak besar . Tadi bukan main

"Kau?" Hilmi menyoal Hani

Hani  mengangguk yakin

"Aku masuk team volleyball masa dekat college dulu" Kata Hani

Khairil mengangkat ibu jari untuk Hani 

"Korang jangan risau la. Kita main suka-suka je" Pesan Hilmi pada Raisya dan Jihan

Selepas membuat sorakan ringkas , dua kumpulan ini mula bermain

Yang Sempurnakanku [OG]Where stories live. Discover now