12 ; Cantik

10 1 9
                                    

.
.
.
.
.

Mata Hilmi tak lepas memandang Hani sehinggalah Hani hilang dari pentas runway itu

Dia rasa bangga melihat Hani

Tiba-tiba matanya terpandang Dato Ilhan yang duduk bertentangan dengannya dari zone tetamu di sebelah sana

Ayah tiri kepada Hani itu memandangnya dengan wajah yang penuh soalan

Amboi bukan main pandang anak orang

Riak wajah Dato Ilhan seperti mengatakan begitu

Senyuman Hilmi terus pucat. Kantoi pula

.
.

Sudah cecah pukul 10 malam..

Show runway sudah tamat, Hani pun sudah siap mengganti pakaian

Hani keluar dan berjalan ke arah kereta yang diparkir di tepi jalan

Semua ahli keluarganya sedang menunggu dia siap mengganti pakaian dan briefing untuk kali terakhir dengan team pementasan 

Lehernya dipeluk oleh Ariz, sepupu dari Mak Ngahnya

"Beratlah!" Hani cuba menolak namun Ariz kekal begitu

"Dah ada duit sendiri ni, malam ni Hani belanja kitorang dinner ke" Soal Ariz

Ketika itu semua keluarga memandang Hani dengan senyuman. Bangga

"Ey ni baru satu show abang. Tunggula dah setahun nanti baru satu restaurant tu Hani boleh reserve untuk family kita"

"Eleh. Satu tiket nak masuk show tadi tu cukup makan 3 4 orang tau"

"Hehe.. Nak ke Hani belanja?" Hani menyoal

"Tak nak. Gurau jela" Rambut Hani dirosakkan dan akhirnya Hani dilepaskan

"Tak dapat nak tegur tadi!" Datin Zurin seperti biasalah, teruja sungguh

"Congrats sayang.." Dia memeluk Hani

"Thank you aunty"

Hani membalas pelukan Datin Zurin

"Zurin ni, mengalahkan ibu dia pula" Kata Puan Raha, berugurau

"Hey I bukan apa.. Ini first time I tengok orang yang I kenal buat huge debut macam ni dekat usia muda tau" 

Puan Raha hanya ketawa kecil. Dia pun bangga dengan anaknya. Baguslah kalau orang sehebat Datin Zurin turut berbangga dengan anaknya

"Ni berdiri lama lama kat sini, tanak gerak restaurant ke?" Soal Dato Ilhan

"Tunggu kereta Wan ni ha.. Sebab kita dua ada kereta je sekarang kat sini" Kata Mak Long

"Takpela ma,, mama dengan aunty aunty naik je kereta. Kitorang boleh jalan"

"Sejuk-sejuk macam ni boleh ke jalan?" Soal Mak Ngah

Suhu sekarang ialah 2 darjah celcius memandangkan hari pun dah hampir lewat malam, kalau siang mungkin 9 atau 10

"Sebab sejuklah boleh jalan mak ngah, lagipun kitorang boleh tengok-tengok kedai-kedai dekat sini kan sebelum sampai hotel tu"

"Ha.. Yelah. Tapi jangan lambat sangat eh.. We estimate you guys sampai at least 30-45 minutes after we arrive there. Dah korang kata nak jalan-jalan. Takkan nak halang"

Pak Long steady sahaja setuju dengan cadangan Yuhanis

"Atok tahu, dia tu sebenarnya nak vlog vlog je tu" Usik Tan Sri Khalid

Yang Sempurnakanku [OG]Where stories live. Discover now