14 ; Menyampah

6 1 10
                                    

.

.

.

.

"Aku bagi nombor kau dekat dia eh"

"Janganlah.. dia tak ada nombor aku pun aku dah rasa rimas la. Jihan kau kenapa support dia sangat ni?" Soal Hani.

Tujuan dia telefon Jihan, dengan harapan Jihan boleh bagi cadangan untuk menajuhi  Azhar

Aktiviti menjemur bajunya terhenti untuk 'marah' Jihan yang di loud speaker kan itu

"Aku nak korang kawan balik laa.. Aku rindu lepak bertiga macam dulu"

Muram sahaja wajah Hani mendengar sambil itu tangannya tetap bekerja 

"Aku pun rindu.. Tapi masalahnya dia dah tak nak anggap aku ni kawan dia. Lagi pun nanti kalau lepak, kau tinggalkan aku lagi macam haritu. Kau pakat dengan dia jugak . Tak nak aku" 

"Eh tu sorry sikit. Azhar tak tau apa-apa pun pasal aku tinggalkan korang tu. Aku tinggalkan supaya korang berbaik. Manalah aku tahu dia nak confess dekat kau"

Hah tengok tu, back-up back-up

"Apa-apa pun aku tak nak lah Jihan.. Dia sendiri cakap aku tak payah balas perasaan dia. Dia cuma nak lapangkan dada sebab dia dah lama rahsiakan benda tu"

"Tapi kan aku cakap aku akan cuba dapatkan kau jugak"

"Ahh!!'

Hani hampir sahaja terjatuh kerana suara di belakangnya tiba-tiba menyapa begitu

"Kau?? Kau masuk macam mana??"

"Bibik kau la buka pintu. Apa? Muka aku ada macam orang pecah rumah ke?"

Hani sedang menyidai  baju di taman di tepi rumah mereka, tidak perasan pula ada bunyi motosikal ke apa

Tiba-tiba Hani teringatkan Jihan. Dia bergegas mencapai telefonnya dan memeriksa

"Ji-"

"Sorry Jihan kacau kau, nombor telefon dia tak jadi lah. Aku cari cara aku sendiri nanti" Azhar menyampuk sebelum Hani sempat berkata apa-apa

"Aku end dulu lah Jihan.. Nanti apa-apa aku mesej kau" 

Akhirnya perbualan mereka tamat

Hani mengelak daripada memandang Azhar, namun matanya terpandang jambakan bunga yang Azhar pegang

"Ni untuk ibu kau. Mana dia?"

Hani seakan tidak percaya. Walaupun dia menyampah dengan kehadiran Azhar, tapi ada lah terdetik sedikit dalam hatinya memikirkan yang bunga itu untuk dia. Heh bukan rupanya. Perasan diri betul

"Kat dalam" Ringkas sahaja balasan Hani

"Okay" 

Azhar terus meninggalkannya dan berjalan pergi ke pintu depan 

"Ni yang tak suka ni.."

Mesti ibu yang jemput dia datang sini

Tangannya kasar sahaja mengibas baju kerana geram

.

.

Hani sengaja je duduk di luar rumah untuk elakkan bertembung dengan Puan Raha. Takut ibunya itu ajak dia makan sekali bersama. 

Namun usahanya sia-sia kerana ini sudah masuk kali ke dua bibik datang kepadanya untuk makan sekali dengan mereka

Tiba di meja makan, Hani cuba mengawal ekspresi wajahnya kerana tak nak dia dianggap biadap dengan tetamu

Yang Sempurnakanku [OG]Where stories live. Discover now