Dua minggu berlalu setelah kejadian itu berlaku
Akhirnya nama Hani dapat dibersihkan sebersihnya kerana rekod-rekod laporan tak berasas semua telah dibuang
Namun dia masih terkesan kerana, andai kata Dato Ilhan bukan ayah tirinya, pasti dia akan terus diinjak-injak kan?
Tapi, tak apa lah. Perkara dah berlalu. Sekarang dia patut bersyukur je sebab ada ayah tiri baik sebegitu
17 Januari ,
Hani Aliyah Haurah dan Jihan pergi ke rumah Raisya untuk sleepover sempena hari kelahiran kembar berdua itu
Bukan mereka sahaja, kumpulan lelaki itu turut ada
Untuk kali pertama mereka membuat sleepover serentak di rumah Raisya dan Razif untuk menyambut hari lahir mereka
"Cantik do dia malam ni" Kata Amsyar kepada Hani.
Amsyar memuji Raisya
"Raisya hari hari cantik" Kata Hani
"Memang laa tapi malam ni extra extra cantik "
"Kau.. kita kat rumah keluarga dia tau. Aku bagitau ayah dia kang" Hani cuba bergurau
"Uish jangan ah gila! Awal betul kau nak suruh bapak dia benci aku" Rungut Amsyar
"Tahu pun. Cover la sikit" Hani memberi amaran
Dahla dengan ramai tetamu. Kalau ada orang dengar, Amsyar juga yang tak tau nak tutup muka dekat mana nanti
"Eish kau ni"
Kebetulan mereka baru selesai berkelahi, Khairil mengambil tempat di meja yang sama dengan mereka
"Sikit kau makan?" Tegur Amsyar
"Aku segan ah. Ramai orang" Balas Khairil
"Kau nak segan apa? Memang makanan semua untuk tetamu makan" Kata Hani
Khairil atau nama glamour nya, Khai hanya menggeleng sambil senyum
"Takpe biar aku amikkan"
Hani meletakkan telefonnya di atas meja kemudian terus bangun dan pergi mengambil makanan
Selepas Hani pergi, seorang demi seorang rakan mereka mula mengisi meja yang memuatkan 10 orang itu
Khai pula yang menjadi risau. Takut Hani harus pindah ke meja lain
Dia kemudian bangun untuk mengambil kerusi di meja sebelah
Tetapi matanya menangkap sesuatu
Dia ternampak Hani sedang berbual dengan seseorang di sebelah kolam renang
Faiq
Captain bola tampar TKA
Khai tidak menunggu lama dah terus mendekati mereka
Faiq senyum kepada Khairil sambil menghulurkan fist bump kepadanya
"Abang libero" Kata Faiq
Khairil menunjukkan riak wajah biasa
Dia membalas fist bump Faiq
"Korang kenal each other ke?" Khairil menyoal
"Oh, kitorang jumpa masa kem kepimpinan haritu. Satu group" Jelas Hani
Faiq mengangguk mengiyakan kata kata Hani
"Eh awak ingat Zalikha kan? Dia ada kat sana, jom?" Pelawa Faiq
"Oh ye ke? Boleh jugak"
Hani kelihatan teruja
Khairil pantas menghalang Hani
YOU ARE READING
Yang Sempurnakanku [OG]
Romance"Kau yang terlalu sempurna atau aku yang terlalu kurang" -Hani