.
.
.
.Cuti sekolah masih berbaki dua tiga hari lagi. Setelah hampir seminggu lebih Hani tidak berbual dengan rakan-rakannya, akhirnya mereka berjumpa juga untuk menyambut hari lahir Hani iaitu pada 16 Mei
Hani sedikit pun tidak teruja ketika ini. Yang beritahu hari ini mereka akan keluar pun, Jihan
Biasanya rakan rakan orang lain akan berpusu pusu ucap selamat hari lahir pada pukul 12 malam
Hani tidak
Entahlah. Sejak kejadian hari sukan tu semua orang seperti menjauhkan diri daripadanya
"Dah nak keluar dah?" Soal Puan Raha tatkala melihat Hani turun dari tangga
"Haah.. Ibu dah makan?" Soal Hani pula
"Belum. Jom makan sekali? Hani tak lambat kan?"
Hani menggeleng
Mereka berdua sama sama jalan menuju ke meja makan
"Selamat hari jadi!"
Hani hampir saja terjatuh ke belakang apabila diterjah begitu
Kelihatan Cik Lin, bibik Rini , Pak Said dan Dato Ilhan seperti sudah menunggunya di meja makan
Bersinar mata Hani melihat kek dan beberapa manisan sudah ada di meja
"Tiuplah Hani" Kata Cik Lin
Hani cuba menahan sebak kerana,, biasalah.. Sesiapa pun akan tersentuh dengan kejutan seperti ini. Walaupun kecil
"Make a wish!" Ujar bibik Rini sebelum Hani meniup kek
Hani akur dan menutup matanya beberapa saat
Setelah lilin ditiup, semua orang bersorak dan tepuk tangan untuknya
Hani berasa segan sangat ketika ini. Sebelum ini dia hanya sambut dengan ibunya sahaja selain daripada rakan rakannya
"Besar dah anak ibu.." Puan Raha menarik Hani rapat kemudian mencium dahinya
"Jangan cakap macam tu.." Hani yang dari tadi menahan sebak perlahan lahan mula menangis
"Aw.." Cik Lin dan bibik Rini yang melihat turut nangis sama melihat momen ibu dan anak ini
"Happy birthday Hani. May you keep blooming like a flower and grow up being the woman of you are greatly" Kata Dato Ilhan , ikhlas
Hani mengangguk senyum
"Terima kasih uncle"
"Kita amik gambar?"
"Ah ya Dato. Kami amikkan"
Dato Ilhan terus bergerak menuju ke belakang Hani
Gambar mereka bertiga diambil beberapa kali
Hani rasa lain sangat ketika ini. Tidak pernah sepanjang hidupnya, dia menyambut hari lahir di rumah, semeriah ini
"Dah jom makan cepat. Nanti Hani nak keluar" Kata Puan Raha
Hani menekan butang telefonnya. Jam sudah menunjukkan pukul 10:05 minit
Dia janji untuk berjumpa dengan rakan rakannya pukul 10:30
Sempat kot.. Makan 15 minit kemudian terus gerak ke Klang Valley
.
.Hani berlari sesungguhnya menuju ke pintu masuk ice skating dari lift
Matanya melilau membaca sign board
Telefon pula tak henti henti berdering
.
.Semua orang sudah sampai di situ kecuali Hani. Jam sudah menunjukkan pukul 11:15
YOU ARE READING
Yang Sempurnakanku [OG]
Romance"Kau yang terlalu sempurna atau aku yang terlalu kurang" -Hani