.
.
.
.Hani mendongakkan kepalanya serta merta melihat ramai orang sedang berdiri di hadapannya
Dia cuba mengcam muka seorang demi seorang dalam keadaan rumah yang tiba tiba terang benderang
"Razif, Raisya?" Dua nama itu disebut kemudian dia melihat wajah rakan rakannya yang lain
Bonda, tok ayah juga ada di sini
Mereka beramai ramai menyanyikan lagu hari jadi untuknya
"Apa nii" Hani memalingkan wajahnya ke arah lain kerana segan
Matanya sudah ditakungi air mata , rakan-rakannya yang perempuan semua mengerumuni Hani, cuba menaikkan semangat
Hani memukul perlahan lengan Haurah yang sedang tersneyum mengejek ke arahnya
Air matanya tidak dapat ditahan lagi
"Happy birthday!!! Woooo!!!!"
Azhar Amsyar dan Razif meletupkan belon di atas kepala Hani menyebabkan gadis itu dihujani dengan confetti
"Korang"
Hani masih tidak percaya dengan apa yang dia lihat sekarang.
Perasaannya tidak dapat ditahan lagi, dia menangis semahu mahunya di situYelah, kena tipu.. Hahahah
"Sorry baby of the group, selalunya kau yang usik orang lain kan. Kalini kau pulak kena" Kata Raisya, lalu memelui Hani seketika
"Hah" Hani terkebil kebil. Tak tahu pula dia selalu usik orang lain
Bunyi video dimainkan telah mengalihkan perhatian Hani
Projector besar tersebut memapakarkan gambar Hani yang diambil dari Instagramnya
Bertambah rasa malunya ketika ini
"Happy birthday Hani"
"Happy birthday Hani"
"Happy birthday Hani"
Kompilasi video ucapan pendek daripada semua rakan rakannya menjadi permulaan video
"Happy birthday Sarah Hani!!!!"
Kemudian video ketika hari sukan mula bermain
Wajah Hilmi terpapar ketika ini. Tampak wajah lelaki itu sedikit berkerut di sebalik senyuman
"Er.. Sorry Hani. Kebetulan Hasif tu kacau kau, so aku amik jelah peluang ni nak sakitkan hati kau. Sorry do" Kata Hilmi di dalam video itu
"Dayus! Dayus! " Rakan rakannya yang lain muncul di dalam video secara spontan untuk memukul Hilmi
Semua di ruang itu tertawa termasuk bonda dan tok ayah melihat gelagat anak anak muda itu
"Sekarang kau dekat bawah.." Di dalam video seterusnya si cantik Raisya mula merakam Hani yang sedang berdiri di padang dengan maskotnya
"Dan kitorang dekat atas makan makanan favourite kau. Aku serba salah tau sebenarnya. Kau yang suka pizza, kitorang makan tak ajak kau. Tengok tu"
Sekali lagi Hani yang sedang menjadi maskot di zoom untuk menjelaskan penglihatan
YOU ARE READING
Yang Sempurnakanku [OG]
Romance"Kau yang terlalu sempurna atau aku yang terlalu kurang" -Hani