16 ; someone else's embrace

8 1 1
                                        

 macam dah penatlah nak tulis dahla hahahah

dalam kepala ada plot tapi tak tertulis sebab asyik hilang motivasi. baku tu satu hal. phrasing tu takde perubahan langsung ! apa nak jadi  aeri ??

aigu yaaa

.

.

.

.

Hani terpaku apabila terdengar suara itu

Tangan itu tadi melepaskan tangan dari mata Hani

Azhar.

Apa dia buat dekat sini??

Hani tidak memandang Azhar langsung dan meneruskan langkahnya untuk ke perpustakaan

Azhar memotong jalan Hani dan berdiri di hadapannya

"Kenapa kau kat sini?"

"Jumpa kau la. Lama dah tak jumpa kan?"

Terletus tawa sinis Hani

"Kau cakap macam la kita selalu jumpa lepas aku keluar daripada sekolah tu dulu"

Hani melanggar bahu Azhar kasar dan berura-ura ingin meneruskan jalan

"Aku betul-betul minta maaf kali ni"

Azhar sekali lagi menghalang jalannya

Hani menghela nafas berat

"Azhar dah bertahun dah.. Kenapa baru sekarang??"

"Sepanjang aku kawan dengan kau.. Aku tak tahu pulak kau manusia jenis macam ni" Kata Hani. Suaranya kian lemah

"Kau selfish. Self-centered. Ignorant. Hypocrite"

Azhar terdiam seketika kerana salahnya diungkit semula

Hani rasa sangat sesak ketika ini. Angin yang meniup wajahnya membuatkan dia rasa segan kerana mengalirkan air mata

"Aku minta maaf" 

Sekali lagi ayat itu keluar dari mulut Azhar

"Uhh" 

Hani menepis kasar air matanya lalu terus beredar

Kali ini Azhar tidak menghalangnya . Dia rasa bersalah nak tengok Hani dalam keadaaan

.

.

Hani membilas wajahnya dengan kasar kerana dia benci melihat dirinya menangis kerana perkara begini

Setelah beberapa minit menghabiskan masa membasuh wajahnya, Hani akhirnya berhenti menangis

"Minta maaf..?"

Saat-saat ketika hubungan dia dan Jihan retak, Azhar melayannya seperti orang tidak berperasaan mula bermain di fikiran.

Sangat. Menyakitkan hati

.

.

.

.

Keesokan pagi Hani memulakan harinya seperti biasa 

Tepat pukul 7:30 pagi dia sudah bersiap untuk pergi ke universiti untuk membuat persiapan sebelum hari graduasinya

Apabila dia melangkah keluar, dia perasan kakinya terpijak satu jambakan bunga

Bunga itu diangkat untuk melihat siapa pemberinya

'Good luck harini'

"Cih.."

Hani meletakkan bunga itu di atas rak kasut sebelum menutup rapat pintu rumahnya

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Oct 27, 2021 ⏰

Tambah cerita ini ke Pustaka anda untuk dapatkan notifikasi tentang bahagian baharu!

Yang Sempurnakanku [OG]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang