9 ; Surprise

3 1 2
                                    

.
.
.
.

Hilmi merebahkan dirinya di atas katil

Senyuman tak lekang di bibir. Senang hati kan

"Nanti bawalah mama Hilmi jumpa aunty pulak. Boleh kenal kenal"

Hilmi memejamkan mata seakan lega

"Kalau dah ibu dia yang ajak jumpa..heheh"

Dia bangkit dari pembaringannya dan berjalan ke tingkap

"Mana pulak lah mama ni pergi. Orang nak cakap pun susah"

.
.
.
.

"Kau pandai apa. Kau gagal sebab kau main main je kan. Lepasni janganlah main-main" Kata Jihan, cuba menasihat

"Tak, kau faham tak aku pressured. Semua orang banding-bandingkan aku dengan abang aku"

Azhar jujur memberitahu sambil tangan melontarkan bola ke dalam jaring

Bibirnya mengoyakkan sedikit senyuman apabila Hani berlari untuk mendapatkan bola itu

"Ehh!!" Azhar gelabah melihat Hani hendak menendang bola itu

"Hahahah takut.."

"Aku tumbuk muka kau" Ugut Azhar dalam keadaan ketawa

"Haih.. Kau pun satu hal lah. Kau nak pilih haluan hidup, tapi minta seminggu je. Orang lain nak pilih baju raya pun pilih sampai tiga bulan tau" Bebel Jihan

"Tu lagi satu masalah" Keluh lelaki itu

Mereka bertiga berdiri di tengah tengah court bola keranjang sambil termenung.

"Kau balik daripada Sweden nanti kau jadi apa Hani?"

Hani terkejut apabila soalan itu diajukan

"Em.. Aku pergi sana untuk course fashion, balik sini.. Entahlah. Aku tak tau kalau nenek aku betul betul tu.. Aku tak boleh berharap sangat. Sebab dia ada cucu kandung kan"

"Maksud kau?"

Hani mengangkat keningnya

"Apa apa jelah yang kau boleh fikir pasal fashion.. Kalau aku cakap sekarang, tapi tiba tiba tak jadi nanti buat malu je" Kata Hani

"Ek eleh.."

" Kau Jihan?"

"Aku nak jadi pramugari la"

"Hah??"

Hani dan Azhar sama sama terkejut mendengar

"Mak bapak kau dua dua doktor pakar bedah kot. Takkan kau nak jadi pramugari je?" Soal Azhar

"Sebab tu lah aku nak jadi pramugari. Diorang bukannya nak duit aku pun. Paling paling diorang suruh aku kerja untuk belajar cari duit sendiri. Kan best jadi pramugari. Sambil sambil aku cari duit, boleh pergi sana sini"

"Wah.." Mata Hani seakan bersinar melihat Jihan. Baru sedar rakannya ini cool orangnya. Selama berkawan dengan Jihan, dia tidak pernah rasa kekurangan atau membandingkan dirinya dengan Jihan kerana rakannya ini sangat sangat rendah diri

"Kau kenapa?" Soal Jihan seraya ketawa kecil

"Tak lah.. Selama ni aku ingat kau masuk kelas sains sebab nak jadi macam mak ayah kau "

"Uish.. Takdenya. Tak kuasa aku"

Rasa risau semakin menggunung di hati Azhar

Rakan-rakannya tampak seperti sudah ada jalan hidup masing-masing. Sedangkan dia masih terkial-kial hendak memilih

Yang Sempurnakanku [OG]Where stories live. Discover now