"Azrul... Suka Abang Minin..."
Kepala Azrul menunduk, mengelak daripada pandangan Mukminin yang terpolong mendengar kata-kata yang terzahir daripada bibir Azrul.
Mereka sedang lepak di pondok yang berada di taman sains, sambil-sambil makan bekalan masing-masing. Sudah menjadi rutin untuk Azrul dan Mukminin bersama-sama rehat, sama ada hanya berdua atau bersama rakan-rakan lainnya.
(boleh katakan beginilah pondok yang Azrul dan Mukminin berada)
Persahabatan Azrul dan Mukminin pada awalnya bersifat bekerjaya atau profesional. Mukminin diupah oleh ummi Azrul untuk menjaga Azrul semasa ibu bapanya bekerja. Kakak Azrul tidak dapat menjaganya lagi memandangkan dia mendapat tawaran menyambung pelajaran. Azrul pula masih berusia 13 tahun manakala Mukminin sudahpun berusia 14 tahun.
Sungguhpun usia mereka tidak jauh beza, Mukminin memang pandai menjadi pengasuh yang berkaliber. Di samping pandai melayan anak-anak, Mukminin juga pandai memasak dan mengemas rumah. Menyedari Mukminin boleh mengkapitalkan bakatnya dalam kesurirumahan, Mukminin sentiasa meuar-uarkan perkhidmatan asuhannya.
Dari situlah dia berjumpa dengan Azrul.
Dan pada mulanya juga, Mukminin perlu menjaga Azrul sehingga ibu bapanya boleh mengupah bibik rumah. Apabila ibu bapa Azrul mengetahui yang Mukminin serba boleh dalam menjaga rumah, Mukminin dijadikan penjaga rumah dengan tambahan gaji.
Mukminin tak kisah sangat sebab dia pun mendapat duit, lagilah dia suka!
Lama-kelamaan menjaga Azrul, persahabatan berputik antara mereka. Azrul mula kerap bermain dengan Mukminin manakala Mukminin mula memanjakan Azrul seperti adiknya sendiri. Perhubungan Abang-Adik antara Azrul dan Mukminin berakar dengan lebih kuat apabila mengetahui yang mereka berdua mengaji di sekolah yang sama.
Azrul dan Mukminin menjadi lebih akrab, lebih rapat, hinggakan mereka berdua selesa meluahkan permasalahan yang masing-masing sedang hadapi, menangis apabila tidak sanggup menahan air mata, atau tidur berpelukan apabila malam terasa amat ngeri. Itulah hubungan antara Azrul dan Mukminin, dua orang sahabat menyayangi antara satu sama yang lain.
Itulah yang difikirkan oleh Mukminin, tetapi Azrul lain pula perasaannya.
"Abang pun suka Azrul." Kata Mukminin, tidak mengetahui apa yang benar-benar dimaksudkan oleh Azrul. "Abang suka melepak dengan Azrul dan berkawan dengan Azrul!"
Azrul mengangkat kepalanya dan melihat wajah Mukminin. Matanya membutang manakala mulutnya terbuka sedikit, seakan-akan tidak percaya apa yang Mukminin katakan.
Azrul menggelengkan kepalanya. "Bukan itu Azrul maksudkan, Bang." Azrul cuba menyusun semula ayatnya. "Azrul suka abang, lebih dari kawan."
Mukminin terkaku lagi, kali ini agak terkesan dengan kata-kata Azrul. Dia suka aku, ujar Mukminin dalam benak fikiran. Tak boleh ni, Mukminin menggelengkan kepala.
Dia mengeluh kuat sebelum menyatakan jawapannya kepada Azrul.
"Azrul." Dia bermula, matanya memandang ke arah Azrul. "Dengar sini, abang tak marah Azrul tapi abang rasa kita tak patut bercinta sesama sendiri." Mukminin terhenti seketika apabila mata Azrul mula mengkaca. Tapi, dia perlu memastikan yang Azrul sedar. "Tambahan, tidakkah salah untuk lelaki bercinta sama lelaki?"
Dengan itu, Azrul tidak mengatakan apa-apa lagi. Kepalanya ditunduk, sengaja mengelakkan pandangan Mukminin.
Mukminin rasa bersalah apabila melihat Azrul. "Azrul." Tangannya bergerak untuk membelai rambut adik angkatnya itu tetapi ditepis oleh Azrul. "Azrul!" Suaranya ditinggikan apabila Azrul terus meninggalkan Mukminin tanpa berkata apa-apa lagi. Wajahnya dia sengaja elak daripada mata Mukminin.
"Nanti kat rumah tu, eloklah tu." Mukminin hanya boleh berharap, menanggukkan kepalanya sebelum menyimpan bekalnya dan bekal Azrul yang Azrul tinggalkan tanpa sedar.
≿━━━━༺❀༻━━━━≾
Tangan Mukminin dipenuhi dengan plastik-plastik berisi bahan mentah. Salah satunya ada juga plastik yang terkandung kotak kek kecil. "Mesti Azrul suka." Monolog Mukminin, sudah mempunyai rancangan untuk memujuk Azrul.
Azrul dan Mukminin mendiami di sebuah bangunan pangsapuri. Rumah Azrul terletak di tingkat tiga manakala rumah Mukminin di tingkat lima, jadi tak jauh sangat jarak antara rumah mereka. Itu sebab Mukminin suka bekerja bersama keluarga Azrul, tak jauh sangat untuk berjalan.
Mukminin memasukan nombor kekunci di pad rumah Azrul dan pintu berdering menandakan kekunci yang dimasukkan betul. Pintu rumah Azrul terbuka dan Mukminin menjemput dirinya masuk.
"Azrul, dah sampai rumah ke?" Nada Mukminin agak gembira, riak wajahnya pun sama. Dia meletakkan plastik-plastik berisi bahan mentah di kaunter dapur manakala plastik berisi kek dia bawa sekali ke pintuk bilik Azrul.
"Azrul." Mukminin memanggil nama Azrul sekali lagi lalu mengetuk pintu biliknya. "Abang ada bawa makanan manis ni, mari lah makan sementara abang sediakan makanan tengah hari." Pujuk Mukminin, tetapi tidak mendapat jawapan daripada Azrul.
"Azrul?" Pintunya diketuk bagi kali kedua, kali ini lebih kuat daripada sebelumnya. Dahi Mukminin mula berkerut, risau akan Azrul yang tidak menjawap panggilannya.
Mukminin mencapai tombol pintunya dan mujur Azrul lupa mengunci pintunya.
Biliknya gelap-gelita, langsirnya menutupi tingkap dan hanya lampu tidur yang malap menerangi bilik Azrul itu. Azrul jarang sekali membiarkan biliknya gelap kerana Azrul memang takut gelap, tapi kekadang bila Azrul tiada mood, mesti dia biarkan saja.
Dari situlah Mukminin tahu yang Azrul tiada mood.
Dia memandang bilik Azrul sekali imbas dan dapat mengecam Azrul yang sedang baring di atas katilnya, badannya tersembunyi di sebalik selimut.
Mukminin mendekati jasad Azrul, pelan-pelan agar tidak kedengaran sebelum menimpa Azrul dengan badannya. "Hah, kenapa diam je ni!" Sergahnya, suaranya penuh dengan gurau dan jenaka. "Meh makan kek, abang belikan–"
Sebelum apa-apa, Azrul menolak Mukminin daripada badannya, menyebabkan Mukminin tersungkur ke lantai, plastik kek yang dia bawakan juga terpelanting. Terkejut, Mukminin memandang ke arah Azrul. Biarpun biliknya malap, jelas terdapat kesan tangisan di pipinya, matanya kembang manakala hingusnya melilih.
"Dahlah, bang!" Azrul meninggikan suaranya, sambil-sambil suaranya pecah. "Jangan ganggu Azrul!" Lalu Azrul menarik Abang Mukminin untuk angkat daripada lantai dan menolaknya ke luar biliknya. Pintunya dihempas, menyebabkan Mukminin terkejut lagi.
Mukminin menoleh ke arah pintu yang baru dia dipaksa keluar. Terus dia mengetuk pintu Azrul bertulu-tulu. "Azrul, jangan buat abang gini!" Rayu Mukminin, ketukannya tidak terhenti. "Azrul, kita bincang pasal yang rehat tadi, tapi janganlah buat abang gini!" Kata Mukminin, agak terdesak.
Azrul pula tidak mengendahkan rayuan Abang Mukmininnya itu. Dia menyembunyikan diri di dalam selimut, air matanya belinangan deras, sambil-sambil dia menahan esakannya.
Bermulanya pada ketika itu, keakraban Azrul dengan Mukminin berubah kedinginan.
YOU ARE READING
Si Pengasuh dan Si Pengasih
General FictionAkibat mengotakan perasaan sebenar kepada pengasuhnya, keakraban antara Azrul dan Mukminin (yang Azrul sentiasa panggil 'Abang Minin') berubah tegang. Mereka mula jarang bertemu dan akhirnya Mukminin meninggalkan Azrul untuk menyambung pengajian ke...