『Kenali Watak Fasa 1』

408 14 1
                                    

Hai, selamat sejahtera.

Meh kita kenali watak "Si Pengasuh dan Si Pengasih!"

Mohd. Azrul bin Mohd. Wakil

Merupakan seorang pegawai pemasaran di syarikat Hirupjaya Sdn. Bhd.. Pada permulaan cerita ini, Azrul berumur 16 tahun atau tingkatan empat dan pada masa kini, umurnya sekitar 26 tahun. Azrul ni berkulit agak cerah, berbadan sasa dan tinggi. 

Azrul seorang lelaki yang introvert dan pendiam selalunya, tetapi dengan rakan-rakan, Azrul boleh tahan sikap bohsianya. 

Sejak berumur 13 tahun (bila Azrul pertama kali berjumpa dengan Mukminin), Azrul jatuh hati kepada pengasuhnya itu dan biarpun bertahun tidak bertegur sapa dengan Mukminin, dia tetap ada hati pada lelaki itu.

Awang Mukminin bin Awang Jawi

Mukminin pula merupakan seorang pengasuh di sebuah tadika kemas. Pada permulaan cerita ini, Mukminin berumur 17 tahun dan pada tahun terakhirnya di sekolah menengah. Kini, umurnya 27 tahun. Mukminin mempunyai kulit sawo matang, badannya kurus tetapi tinggi. 

Mukminin, atau lebih dikenali sebagai Abang Minin atau Minin secara mesranya, seorang lelaki yang santai, peramah, dan penyabar. Oleh sebab itu Minin jarang sekali marah terhadap sesiapa terutama terhadap 'adik angkatnya' Azrul.

Selepas kali terakhir dia berjumpa dengan Azrul, dia telah berpindah dan menyambung pelajaran dalam sijil pendidikan awal kanak-kanak.

Amirul Hidayah bin Amirul Jannah

Amirul Hidayah atau lebih dikenali sebagai Dayah merupakan anak buah kepada Azrul dan anak kandung kepada Hanisah dan Amirul Jannah. Umurnya 6 tahun dan kini sedang belajar di tadika kemas yang Mukminin jaga. Seperti kanak-kanak biasa, Hidayah ni seorang yang pemalu dan congek (dalam dialek Sarawak bermaksud cepat nangis).

Apabila Azrul diarahkan untuk menjemput Hidayah, dia berjumpa dengan Mukminin buat pertama kalinya selepas bertahun lamanya.

Biarpun kisah ini lebih kepada Azrul dan Mukminin, Amirul Hidayah akan memainkan peranan penting dalam perhubungan mereka kelak.

Dan inilah barisan watak utama dalam cerita "Si Pengasuh dan Si Pengasih!"

Semoga anda berseronoklah ya!

Si Pengasuh dan Si PengasihWhere stories live. Discover now