9「Aliyana」

113 6 0
                                    

Seusai tamatnya hari pekerjaan Azrul, Azrul pun datang menjemput anak buahnya daripada tempat asuhan. Layar langit sudah mula menjadi jingga keungguan, menanda senja tidak lama lagi mendatang. Tangan kecil Hidayah dipegang erat oleh Azrul, takut-takut anak buahnya itu pergi ke tempat lain pulak. 

Hidayah pada masa itu sedang khusyuk menceritakan semua yang berlaku semasa di tempat asuhan syarikat tempat kerja Azrul itu, dengan teliti dan penuh bergaya. Bukan main lagi tangannya bergerak, raut wajahnya yang dinamik, serta suaranya yang teruja.

Tengah-tengah mereka hendak berjalan ke tempat pakir motorsikal Azrul, terserempak pula dia dengan Aliyana yang sedang bercakap dengan... Eh, kenapa macam kenal je lelaki itu. Tinggi, berkulit sawo matang, dan rambutnya agak panjang... Eh, itu bukan Abang Mukminin ke?

Terbeliak mata Azrul, mulutnya terbuka luas melihat kelibat Mukminin bersama Aliyana. Apa yang Mukminin buat kat sini, lebih-lebih lagi dengan Aliyana. Eh, kenapa engkau gelabah semacam ni, Azrul! Adoi! Lantas, Azrul dengan menarik Hidayah bersama menyembunyikan diri daripada tertangkap. Nasib ada tiang cukup lebar untuk menyembunyikan si Azrul dengan anak buahnya, kalau tak nahas juga dia. Mulut Hidayah dikecup, takut-takut dia pula mengantoikan tempat bersembunyiannya.

Dia curi-curi mendengar.

"Abang buat apa dekat sini, kan Yana kata Yana akan balik guna bas awam," Aliyana membentak, tidak puas hati manakala kedengaran Mukminin hanya tergelak sama. "Apa ni bang!"

Seketika kemudian, apabila tawaan Mukminin mula reda, "Abang kan sayangkan Yana, mestilah abang risau kalau Yana naik bas awam." Sayang, mata Azrul membutang. "Dah, dahlah tu. Meh abang tumpangkan Yana." Adakah... Adakah Aliyana kekasih hati Mukminin.

Tapi dia tak tahu pun Aliyana sudah berpunya, dan daripada pergaulan mereka, bukan main mesra mereka berdua berbual sama sendiri. Sungguhpun niatnya bukanlah nak berpacaran dengan Abang Minin, tapi dapat tahu yang Mukminin tidak lagi bujang meretakkan hatinya yang sudah banyak luka disebabkan lelaki yang sama.

"Anjang," tiba-tiba baju Azrul ditarik lembut oleh sepasang tangan kecil, Azrul tersedar daripada lamunannya apabila anak buahnya naik risau dengan Azrul. Tanpa disedari, air mata sudah lama mengalir dan membasahi muka si Azrul. "Anjang okay?"

Azrul hanya menganggukkan kepalanya sebelum mengesatkan air matanya, "Okay je, Dayah, meh kita balik," Ajak Azrul lalu mengangkat anak buahnya itu. "Amboi, makin berat ye Dayah!" Gurau Azrul lalu dipalu lembut oleh anak buahnya, yang tidak puas hati dengan gurauan si Azrul.

"Anjang jahat lah!"

"Mana ada!"

"Ada!"

"Tapi anjang sayang Dayah!" kata Azrul lalu memeluk erat anak buahnya. Hidayah hanya terdiam, melihat wajah anjangnya itu. "Kenapa ni, Dayah?" Soal Azrul apabila anak buahnya mula mendiam.

Tangan Dayah mencapai pipinya, pipinya yang masih basah tadi diusap dengan penuh kasih sayang. "Jangan nangis, anjang." Katanya lembut, matanya berkaca. Aduhai, kenapa dengan budak ni, tersenyum Azrul dibuatnya. "Kalau anjang menangis, Dayah pun rasa nak nangis!"

"Eh!" Azrul menahan tawa, "Janganlah gitu, anjang okay tau!"

Dayah menggelengkan kepalanya, "Jangan tipu!" Dayah menyilang lengannya, masih tidak menerima jawapan anjangnya itu. Mahu tak mahu, Azrul hanya mengalah dengan gelagat si Dayah sambil mengangkat jari kelinkingnya. "Apa?"

"Anjang janji takkan nangis lagi," Janjinya, semata-mata untuk meredakan Dayah.

"Janji!" Dayah herdik. 

"Janji!" Dan mereka pun berjabat kelingking, janji manis Azrul kepada anak buah kesayangannya itu.

Tidak jauh daripada mereka sedang berborak sakan tidak hiraukan dunia, Mukminin yang pada asalnya berbual bersama Aliyana mula berfokus kepada gegalat ayah saudara dengan anak saudaranya. "Tak sangka, dah besar engkau Azrul," gumannya keseorangan, mendapat perhatian Aliyana.

"Kenapa abang?" Tanya Aliyana, lalu dia menoleh ke arah mata abangnya jatuh. "Azrul dengan anak buahnya," Ulas Aliyana atas pemerhatiannya sebelum menoleh kembali ke wajah abangnya itu, "Itukah lelaki yang abang bagitahu Yana beberapa tahun yang lalu?"

"Huh?" Mukminin menandang ke arah Aliyana lalu tersenyum, "Ya, itulah Azrul." Senyumnya tadi menipis, kesedihan mula nampak pada bibirnya. Matanya mula sayu, begitu juga dengan wajahnya. Melankoli, Aliyana fikir. 

Aliyana cuba menceriakan keadaan, "Bukankah abang ada temu janji bersama Azrul?"

Temu janji, frasa itu terngiang-ngiang dalam benak fikiran Mukminin. "Ya lah, pukul 6:30 petang..."

Aliyana pula menyilang lengannya, "Kat mana, mesti romantik kan!"

"Abang tak mahu lah bagi mix signal dekat Azrul, tak sanggup abang," Bantah Mukminin lalu membelakangi Aliyana, "Jum lah Yana, dah senja ni, nanti abang tak sempat nak bersiap!"

"Takut miss date lah tu!"

"Aliyana!!!"

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

Mungkin Aliyana sahabat, rakan akrab, bukan yang difikirkan olehnya? Fikiran Azrul berserabut, bersicegang dengan hubungan antara Aliyana dengan Mukminin. Apakah signifikan mereka berdua? Kenapa mereka berdua berjumpa? Kenapa Aliyana panggil dia abang? Mereka berpacaran, mereka bertunang, mereka berkahwin? Mungkin!

Agh! Azrul keluh berseorangan di ruang tamu rumah pangsapurinya, keseorangan dan bersendirian. Di manakah Alvin apabila dia memerlukannya. Alvin lagi, satu lagi masalah yang Azrul perlu tempuhi lagi. Kenapa Alvin dingin dengannya, apa yang menyebabkan Alvin melayan Azrul sebegitu! Dia ada buat apa-apa salahkah kepada lelaki itu? 

Matanya bertentang dengan jam dinding, dalam dua puluh minit lagi sebelum masa dijanjikan. Adakah sudah terlambat kalau dia mesej Mukminin yang dia tidak dapat berjumpanya petang ni? Adakah itu biadap? "Aku tak mau pulak nak bazirkan masanya," Bingkas dia daripada sofa yang dia baring lalu bersedia untuk temu janji mereka itu.

Setelah mandi, dia memakaikan pakaian kemas dan rapi, kasual, tapi masih smart. Kemeja kasual bercorakkan garis berwarna hitam; seluar slack yang tidak ketak memeluk badan, sopan dan boleh bernafas dan tidak dilupakan kasut sneaker hitam berliskan putih. "Eh, tak nampak formal sangat ke ni?" Kritik Azrul, rasa malu pula mengenakan pakaian sebegini untuk melepak. "Apa kata kalau aku guna jersey?"

"Sudah bagus dah tu," Tiba-tiba kedengaran orang lain berbicara, lantas Azrul berpusing dan kelihatan Alvin sedang bersandar pada bingkai pintu. Dari mana pulak Alvin datang, Azrul tidak tahu. Alvin mendekati Azrul lalu membetulkan kolar bajunya. "Dah, hensem suda!"

Azrul terdiam seketika. Mengapa layanan baik tiba-tiba ni? Alvin dan dia sudah lama bersama, dan dia tak pernah berkelakuan sebegini. Pagi tadi bukan main dingin dia dengan Azrul, tapi sekarang sudah mesra pulak.

Bagaikan dapat memahami apa yang diperkatakan dalam layar minda si Azrul, Alvin mengundurkan diri dan keluar daripada bilik Azrul. "Aku ada beli kek strawberi tadi," katanya sebelum selangkah lagi keluar daripada bilik Azrul, "Jumpa kau nanti." Dan dengan itu, Azrul ditinggal bersendirian lagi di biliknya.

Di bawah nafasnya, Azrul membisik geram. "Bodoh," Azrul membelakangi pintu dan menoleh ke luar tingkapnya, menahan rasa sebak di dada. "Bodoh, kau!"

Tiba-tiba telefonnya berdering, menandakan mesej masuk. Mungkin kah itu Mukminin, Azrul hampir sahaja membuka telefonnya tetapi dia teringat dengan peristiwa tadi. "Siapakah Aliyana kepada engkau, Mukminin," Ujarnya dalam diam. Sungguhpun Aliyana rakan rapatnya, tetapi dia tidak dapat mendiamkan rasa iri hatinya dengan layanan Aliyana terhadap Mukminin. "Siapakah engkau?"

Akhirnya, dia membaca mesejnya daripada Mukminin.

TranquiliTea, Waterfront Mall.


Si Pengasuh dan Si PengasihWhere stories live. Discover now