8「Alvin」

133 7 1
                                    

Rumah pangsapurinya gelap-gelita setibanya Azrul di sana selepas menghantar anak buahnya balik (berserta membelanjakannya manisan untuk Hidayah dan Wahyu). Lampu depan pun tidak dibuka. "Mana pulak si Alvin ni, takkan belum balik lagi." Monolognya lalu membuka pagar rumahnya.

Pelan-pelan mangga pagar dibuka sebelum tombol pintu dinyahkunci. Biarpun dia sudah besar panjang, dia masih takutkan akan kegelapan. Dia sebenarnya trauma akibat satu mimpi ngeri ni masa dia kecil, itulah dia tidak keruan bila diletakkan dalam tempat yang gelap. Tapi ketakutannya tidaklah seteruk semasanya masih kecil.

"Alvin?" Nama teman serumahnya diungkap sebelum dia melangkah masuk. Manalah tahu si Alvin sebenarnya ada je dalam rumah tapi tidak menghidupkan lampu. Apabila panggilan Azrul tidak terbalas,  Azrul lalu menghidupkan suis lampu di ruang laluan (hallway) rumahnya. Sekurang-kurangnya dia boleh bergerak dengan selamat.

Bilik demi bilik dia hidupkan lampu, dan bilik demi bilik juga dia mencari kelibat Alvin. Akhirnya, dia menjumpai temannya itu di ruang tamu.

"Eh!" Terkejut dia melihat Alvin yang sedang nyenyak tidur di atas sofa. Apa ke jadah dia tidur sini, fikir Azrul. Kalau Alvin ni berniat nak tidur, tak pernah dia tertidur kat sofa. Selalunya dia ke bilik terus. Tapi kadang-kadang seperti sekarang, mesti dia tidak sengaja tertidur. Barangkali menunggu Azrul untuk balik.

Teman serumahnya itu didekati, lalu Azrul berjongkok di sebelahnya. Wajah Alvin ditatap dengan teliti. Tanpa dia sedari, senyuman terukir di bibirnya. "Comel pulak engko tidur ya, Alvin." Bisik Azrul lembut lalu mengalihkan untaian rambut yang melekat pada dahinya. 

Bahu Alvin digoncang lembut, cukup untuk menggerakan Alvin bangun.

Bingkas Alvin daripada tidurnya, terduduk di atas sofa. Azrul terus mengambil tempat bersebalahan dengan kemudian mengeluh lelah manakala Alvin menggosok-gosok matanya, cuba untuk membuang mamai tidurnya. "Wat pe tunggu sini, tunggu aku eyh?" gurau Azrul, kedua-dua sikunya berehat di atas kepala sofa, kepalanya sendiri mendongak ke siling.

Alvin terdiam buat seketika, terfikir akan sesuatu lalu teringat apa yang dia ingin katakan kepada Azrul. "Mukminin tu, dia kerja dekat tadika anak buah engkau, kan?"

Kebijaksanaan Alvin memang menakutkan, Azrul keluh dalam hatinya. Nak tak nak, dia perlu jujur dengan rakan akrabnya itu atau tidak, entah apa yang dia boleh lakukan semata-mata ingin tahu akan sesuatu. Dengan lesunya, Azrul menganggukkan kepalanya.

"Jadi betul lah kata Aliyana, mimpi-mimpi kau tu pertanda." Gumamnya, lalu menggaru dagu dengan wajah yang agak suram. Hal ini menyebabkan Azrul untuk mengangkat kepalanya, melihat rakannya. 

Selalunya, Alvin selalu nampak konfiden dengan senyuman sinisnya terutama apabila dapat merungkai misteri hati Azrul, tetapi kenapa dia nampak Alvin yang jauh termenung, mulutnya memuncung seolah-olah sedang bersedih. "Ey, kau renung apa tuh?" Azrul mula risau, tangannya lalu mencapai kepalanya untuk diusap.

"Eh, okey je ni." Balas Alvin, lantas berangkat. "Aku penat ni, selamat malam." Ucapnya lalu meninggalkan Azrul keseorangan dalam ruang tamu. 

"Pelik..." Ungkap Azrul, tetapi tidak menekankan perkara itu lagi. Dia penat, lebih baik selesaikannya esok.

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

Sedar-sedar, Azrul tertidur di sofa. Eh, sejak bila, entahlah. Azrul menggosok matanya.

Apabila sudah separa sedar daripada lenanya, Azrul berangkat ke dapur. Selalunya masa ini Alvin akan sibuk makan tetapi setibanya dia di dapur, sunyi pula tambahan tiada sosok Alvin duduk di meja makan. Terdapat satu bungkusan terletak di atas meja dengan secebis nota.

Si Pengasuh dan Si PengasihWhere stories live. Discover now