7「Melihat Dari Jauh Sahaja」

164 12 4
                                    

Rancangan Azrul begini; Dia akan jemput anak buahnya balik daripada Tadika setiap hari, sambil-sambil menjaga jarak antara dirinya dan Mukminin. Dia berhasrat untuk datang ambil Hidayah, tengok-tengok Mukminin daripada jauh, lepas tu blah.

Nasib baiklah Kak Hanis tak banyak soal pasal permintaannya yang tiba-tiba itu. Abang Jannah pula makin suka. "Taklah engkau sibuk nak ambil Hidayah dan hiraukan hal sekolah." Katanya, dengan senyuman yang lebar penuh kesyukuran.

Bagus juga dia tolong jemput Hidayah pulang, taklah Kak Hanis perlu fikirkan banyak kerja. Abang Jannah pula yang boleh jemputkan Wahyu balik. Jadi Kak Hanis boleh buat kerja dia tanpa beban sampingan manakala Azrul dan Jannah tolong tengok-tengokan Hidayah dan Wahyu.

Tapi, rasa bersalah jugak Azrul. Dia sedang ambil kesempatan terhadap Hidayah semata-mata nak tengok Mukminin. Ah, terpaksa dia beli barang kegemaran Hidayah atau tidak rasa bersalahnya memakan dirinya dalam senyap.

"Aih, mana kau pergi senyum-senyum ni?" Alvin tiba-tiba bertanya apabila Azrul sedang bergerak hendak keluar. Sejak semalam, wajah Azrul ni bersinar-sinar pulak, tidak seperti pagi hari yang sama bila Azrul kenampakan seperti orang tak cukup tidur. Apa yang lebih merisaukan ialah Azrul bersenandung dengan lanunan yang riang.

"Eh, jemput anak buah akulah!" Dia lalu mengambil topi keledarnya dan topi keledar anak buahnya. Sebelum balik ke pejabat, sempat juga dia beli topi keledar khas untuk anak buahnya. Anak buahnya memilih topi keledar kura-kura bercorakan itik, berwarna kuning dengan muncungnya kejinggaan. Comel pulak si Hidayah ni, senyum Azrul melihat topi keledar Hidayah. Kelak belikan untuk Wahyu pula.

Alvin memandang Azrul keliru, jelas di riak wajahnya. "Selalunya bila kakak kau suruh baru kau jemput." Alvin menggaru dagunya, memikirkan sesuatu. "Kenapa tiba-tiba beria sangat nak jemput?"

"Tak, akak aku tu sibuk, jadi aku en untuk jemput anak dia." Azrul tersenyum lebar, tetapi sebab teringat pasal Mukminin. "Tambahan, ada tempat asuhan di syarikat kita, boleh je aku hantar anak buah aku ke sana sambil menanti masa ofis tutup."

"Hmm... Yelah tu." Lalu pintu lif terbuka dan Azrul pun keluar. Sebelum pintu lif tutup semula, Alvin tiba-tiba memanggil Azrul. Azrul menoleh ke belakang, keliru mengapa teman serumahnya memanggilnya. "Ni sebab budak yang kau mimpikan?" Kata Alvin, riak wajahnya tidak menunjukkan apa-apa emosi, poker dan kaku.

Mendengar perkara itu, wajah Azrul merona kemerahan. Eh, dia tahu ke? 

Dia menggelengkan kepalanya lalu tidak endahkan hal itu. Kelak-kelaklah dia berbincang dengan si Alvin tu.

Setibanya Azrul di tadika Hidayah, jam menunjukkan 11.05 pagi. Tidak hairanlah jika persekitaran tadika tersebut dibanjiri dengan ibu bapa yang mendampingi anak-anak mereka serta jalan raya sesak dengan kenderaan mereka. Suasana bising dan riuh rendah apabila ibu bapa bermanja dengan anak mereka dan anak-anak mereka pula menceritakan apa yang berlaku sepanjang hari.

Azrul mencari-cari Hidayah, mana tahu dia sudah keluar dan tiba-tiba dia terasa lengannya ditarik. Dia menoleh ke bawah dan kelihatan Hidayah melihatnya juga. "Ah, Dayah rupanya." Azrul lalu mencangkul hingga ke paras Hidayah, rambut anak buahnya itu dikusut manja. "Eh, apahal ni?" Azrul mencapai pipi Hidayah, kekotoran diusapnya dengan jari ibu. Mungkin disebabkan sos.

"Tu mesti disebabkan hot dog tadi." Tiba-tiba sampuk seseorang, menyebabkan Azrul untuk cepat-cepat menoleh ke atas. 

"A-abang Minin!" Azrul terkaku, mulutnya tercungap-cungap, seolah-olah ingin mengatakan sesuatu.

"Azrul lagi jemput Hidayah?" Senyuman yang menawankan hati itu (sekurang-kurangnya hati si Azrul) dilontarkan kepada Azrul yang tidak tergerak. "Selalunya Kak Hanis yang ambil, tak pun Jannah." Senyuman yang manis tadi bertukar sinis, jelas kenakalan Mukminin di sebaliknya. "Kenapa tidak mereka yang jemput?"

Si Pengasuh dan Si PengasihWhere stories live. Discover now