6「Anak Buah Penemu Takdir」

178 10 0
                                    

Bergegas Azrul keluar pejabatnya, lambat sudah untuk menjemput anak buahnya. Sepatutnya dia jemput budak tu dalam pukul 11 tetapi akibat kerja yang melambak disebabkan ralat (terima kasih kepada Encik Zakwan, terpaksa jabatan pemasaran mengkaji semula projek) dalam projeknya. 

"Azrul, ke mana engkau tergesa-gesa ni?" Terserempak pula Azrul dengan Alvin, yang dalam perjalanan untuk memantau jabatan pemasaran. Azrul terhenti sebentar, ingin sahaja menjelaskan apa yang berlaku tetapi dia bertindak untuk tidak endahkan rakannya itu. Rumah nanti aku bagitau, bisiknya dalam hati sebelum meninggalkan Alvin.

Tanpa melengahkan masa, dia terus membonceng motosikalnya dan membawa bersamanya topi keledar Alvin yang dia pinjam tanpa kebenaran. Ah, tidak ada masa lagi ni. "Patutnya aku beli topi keledar lebih." Pesannya kepada dirinya sendiri, tangannya sibuk mengatur pengikat lalu menghidupkan enjin motosikalnya.

Pantasnya motonya menyusur lebuh raya, tidak mahu memanjangkan lagi penungguan anak buahnya itu.

Mujurlah tadika Hidayah tidaklah jauh sangat daripada pejabat syarikatnya. Kalau dengan kaki pun, setengah jam sampai. Dengan kenderaan pula ambil masa 10 minit. Nasib baik, kalau tak naik baran ketua jabatannya kelak.

Setibanya dia di tadika Hidayah, suasana kawasan tersebut senyap dan sunyi sepi. Kenampakan tiada lagi pelajar yang menunggu ibu bapa mereka, dan barangkali hanya tinggal Hidayah seorang di sini. Dia memakir di hadapan tadika, berdekatan dengan pagar masuk bangunan tersebut.

"Aduhai, kesian pulak aku dengan Dayah." Dia ujar bersendirian, rasa bersalah kerana telah terlupa untuk menjemput anak buahnya lebih awal. "Eloklah aku beli dia aiskrim, pakai pujuk." Dia terfikir.

Sungguhpun Hidayah bukanlah seseorang kanak-kanak yang cepat merajuk, dia pasti Hidayah rasa sedih dan keseorangan di tadika. "Mesti dia suka!" Senyuman terukir di wajah Azrul.

Bangunan tadika tersebut didekati Azrul, pintunya yang tertutup diketuk lalu Azrul pun memanggil Hidayah. "Hidayah, Dayah ada kat dalam ke?"

"Ada ni, ha, masuk-masuk. Pintu tak berkunci." Suara seorang lelaki pula yang menyambut, bukan kepunyaan Hidayah, Azrul sedar. Azrul menanggalkan kasutnya lalu memusing tombol pintu dengan berhati-hati.

Sesudahnya dia memasuki bangunan itu, dia nampak Hidayah sedang lena tidur dengan berbantalkan peha seorang lelaki, lelaki yang sama mengajaknya masuk. Barangkali pengasuhnya, Azrul terfikir lalu mendekati Hidayah. 

Azrul mendekati budak yang terlena itu lalu duduk di hadapan mereka. "Alahai, maafkan Cik Azrul ya, Dayah." Azrul mengusap rambut Dayah dengan lembut, rasa bersalahnya terhadap anak buahnya membuak-buak.

Budak terlena itu didekati lalu Azrul kemudian dia melutut dihadapannya. Tangannya mencapai rambut anak buahnya sebelum rambut itu dielus-elus olehnya. "Alahai, maafkan Anjang ya, Dayah." Ucapnya, rasa bersalah atas kelewatannya.

"Azrul?" Namanya tiba-tiba disebut oleh pengasuh Hidayah. Eh, macam pernah dengar je suara ni, Azrul terfikir sejenak lalu mengangkat wajahnya kepada wajah pengasuh Hidayah itu.

Mata Azrul membulat apabila dia melihat wajah pengasuh Hidayah. Wajahnya memang mirip dengan lelaki itu, Azrul memang tak silap lagi. Kulit sawo matangnya, senyuman terkenalnya, dan suara merdunya. Dia itu tidak lagi dan tidak bukan Abang Minin!

"A-abang Minin!" Azrul ungkap nama lelaki itu, yang sudah lama tidak menjamah bibir Azrul. Azrul melenting dan melangkah kebelakang kerana terkejut. Tak mungkin, apa yang Abang Minin buat di sini.

"Azrul." Nama Azrul disebut oleh Mukminin pula, satu senyuman manis terukir di bibirnya hinggakan matanya tertutup sama. Wajah itu sudah lama Azrul tidak menatap, dan wajah itu jugalah yang Azrul rindui selama ini. "Apa khabar."

Si Pengasuh dan Si PengasihWhere stories live. Discover now