4「Selamat Tinggal」

175 13 0
                                    

Terbangun Azrul daripada lena tidurnya apabila kedengaran pinggan mangkuk daripada dapur, menandakan yang Ummi dan Walinya sedang menyediakan makan malam. Dia mencapai telefon yang terletak rapi bersebelahan dengan bantalnya, jam sudah menunjukkan lewat ke pukul tujuh. Lama jugak dia tertidur.

Dia mengeliat untuk menggerakan badannya sebelum dia berangkat ke bilik mandi untuk membasuh muka. Sedar dan segar, lalu dia membawa diri ke dapur.

Hendak dia ke dapur, dia terjumpa Wali sedang membawa kotak kek daripada luar. "Oh, sudah bangun ya, Azrul." Tegur Walinya, senyuman besar dia lontarkan kepada satu-satunya anak lelakinya. "Tahniah, banyak engkau dapat tahun ni. Memang itulah anak wali!"

"Itu pun berkat kasih sayang dan doa wali dan ummi." Azrul merendah diri. Dia mendekati Walinya dan tolong membawa kotak tersebut. "Wali dan ummi banyak ajar Azrul, sememangnya Azrul akan berjaya!"

"Suka bodek eh, Azrul wali ni?" Ketawa Wali lalu mengusap rambutnya lembut. "Dah, dah, meh makan." Lalu Wali pun bergerak ke dapur. Sebelum dia masuk ke dapur, dia menoleh ke belakang dan memberitahu Azrul akan sesuatu. "Minin pun ada tau, jangan lari." 

Azrul terkaku mendengar nama lelaki yang dia cintakan itu ada di rumahnya. Sudah beberapa bulan Mukminin berhenti kerja dengan keluarganya, apa yang dia sedang lakukan di rumahnya lagi? 

Azrul mahu sahaja balik ke bilik dan bersembunyi, tetapi dia sedang membawa kotak kek tadi. Mahu atau tidak, terpaksa dia berhadapan dengan situasi ini.

Di dapur, Wali sedang membancuh air oren untuk makan malam kelak manakala Ummi sedang sibuk menyediakan buah-buahan sebagai pencuci mulut. Abang Minin pula sedang mengacau lauk yang sedang di masak. 

Sudah lama Azrul tidak berjumpa Abang Minin. Berbulan lamanya, dan setiap saat wajah Abang Minin tiada di hadapannya, setiap saatlah hatinya terasa robek dan koyak. Memang salahnya kerana telah menolak Abang Minin keluar hingga Abang Minin berhenti kerja.

Azrul meletakkan kotak kek yang dibawanya di atas meja. Dia fikir yang dia mahu terus ke bilik, tetapi dia sudah menyusahkan ibu bapanya untuk ambil hadiah. Dia hanya akur dengan permintaan ibu bapanya biarpun terpaksa bersemuka dengan Mukminin kelak.

"Oh, sudah terbangun anak Ummi!" Ummi lalu mendekati anaknya sebelum menariknya dalam pelukan. "Tahniah anak Ummi!" Ucapnya, rambutnya dibelai dengan penuh kasih dan sayang.

Mendengar percakapan Ummi, Mukminin menoleh ke belakang dan mata Azrul dan Mukminin bertemu seketika. Azrul fikir yang wajah Mukminin akan malap selepas melihatnya. Tak salah juga, kerana dia sudah menolak Mukminin daripada hidupnya, memutuskan persahabatan mereka, dan berkelakuan dingin dengan Abang Minin.

Tapi dia tidak sangka yang setelah semua itu, Abang Minin hanya tersenyum melihat Azrul. Abang Minin kenampakan lebih bersinar selepas itu, senyumannya lebih manis. Azrul merindui Abang Minin, tetapi dia tidak sanggup untuk terus bersamanya biarpun sebagai kawan.

Azrul sakit disebabkan Mukminin, biarpun Mukminin tidak bersalah pun.

Selepas makan malam, Mukminin meminta diri. Ummi dan Azrul menemaninya ke pintu.

"Terima kasih, Mukminin, kerana telah masak dan tolong Ummi sediakan makan malam." Ummi ucapkan, senyuman keibuannya dilontarkan kepada Mukminin. Melihat wajah Ummi, hati Mukminin berbunga. "Dan tahniah, kirim salam dengan bonda engkau tau."

"Baik, ummi." Mukminin hanya menganggukkan kepalanya.

Tumpuannya lalu kepada Azrul.

Rasanya berbulan sudah dia tidak nampak kelibat Azrul. Biarpun mereka bersekolah di tempat yang sama, jarang juga dia nampak Azrul di sekolah. Mungkin Azrul sengaja mengelakkan dirinya daripada bertemu dengan Mukminin, dan itu menyakitkan hati. 

Tapi dia tidak endahkan. Dia tidak kisah bertapa dingin layanan Azrul terhadapnya untuk beberapa bulan ini, yang penting kini dia berdiri di hadapan Azrul dan Azrul masih berdiri di hadapannya.

Seolah-olah mengetahui sesuatu, Ummi meninggalkan mereka berdua. Mungkin untuk memberi privasi agar mereka boleh menyelesaikan masalah mereka, atau mungkin terasa kehadiran Ummi tidak lagi berguna pada ketika itu.

Mereka berdua hanya berdiri di depan pintu, masing-masing tidak mengatakan apa-apa. Kekekokan semakin bertambah semakin bertambah masa mereka berdiam. Akhirnya, Mukminin memecahkan kesunyian mereka itu.

"Azrul." Mukminin mencapai pergelangan tangannya, pergelangan tangan Azrul dipegang erat, takut-takut Azrul akan melarikan diri kelak. "Abang Minin–"

"Baliklah Abang Minin." Azrul terus menyampuk, cuba melepaskan genggaman Mukminin ke atas pergelangan tangannya. Dia tidak mahu mendengar apa-apa yang akan dikatakan Abang Minin, kerana dia tetap akan rasa sakit.

"Tak, Azrul, dengarlah apa yang Abang Minin–"

"Abang Minin baliklah!" Azrul meninggakan suara. Terkejut, genggaman Mukminin lemah, menyebabkan Azrul boleh melepaskan diri. 

Yang kena jerit ialah Mukminin, mengapa pulak si Azrul yang menangis. "Azrul–"

"Sudahlah bang!" Jerit Azrul sambil menolak Mukminin. "Azrul tak mahu tengok muka abang!" Tegasnya, biarpun sebenarnya dia memang rindu untuk menatap wajah Mukminin. "Keluar!" Azrul masih menolak Mukminin, yang tidak tergerakpun. Pertelingkahan antara Azrul dan Mukminin telah menyebabkan Ummi dan Wali untuk keluar, melihat apa yang sedang berlaku.

"Azrul, kenapa ni?" Walinya menyampuk.

"Azrul, kenapa  engkau tolak Abang Minin?" Umminya pula masuk campur.

Dengan kehadiran ibu bapanya, Azrul hanya melarikan diri ke biliknya, meninggalkan Mukminin dan ibu bapanya bertiga.

"Azrul!" Mukminin memanggil nama Azrul, cuba menarik perhatian lelaki yang sedang melarikan diri itu. 

"Azrul!" Sekali lagi dia memanggil, kini lebih terdesak. 

"Azrul!" Dia panggil lagi, buat kali terakhir. Apabila Azrul tidak membalas panggilannya, Mukminin pula yang menangis teresak di hadapan pintu rumah Azrul, di hadapan Ummi dan Wali.

Ummi datang untuk menenangkan Mukminin tetapi Mukminin mengangkat tangannya, menandakan tidak mengapa.

Dia lalu pergi ke luar dan meninggalkan Ummi dan Wali yang keliru.

"Selamat tinggal..." Ujarnya sambil bergerak ke rumahnya, sekali pun tidak menoleh ke belakang. "Selamat tingal... Azrul."

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

Beberapa minggu selepas peristiwa malam itu, Mukminin telah berpindah keluar dan kembali ke pangkuan keluarganya. Di sini, Mukminin sebenarnya tinggal berseorangan dengan kadang-kadang diziarahi oleh bondanya. 

Sememangnya Mukminin ingin teruskan tinggal di sini dan menemani Azrul, tetapi sejak persahabatan mereka rapuh dan runtuh, dia tidak sanggup lagi untuk tinggal di sini. Dia tidak sanggup lagi untuk menunggu bilamana Azrul tidak lagi datang kepadanya.

Namun begitu, dia ingin berjumpa dengan Azrul buat kali terakhir. Pada pagi dia akan berangkat, dia berniat untuk menziarahi Azrul sekeluarga buat kali terakhir dan mengucapkan terima kasih kerana telah mengambilnya kerja dan melayannya seperti sebahagian daripada keluarga mereka sendiri.

Dia sudahpun berada di hadapan pintu pada pagi itu dan hanya perlu ketuk sahaja pintu untuk memaklumkan kedatangannya tetapi hampir sahaja tangannya di pintu, dia terhenti. Niatnya tadi dibatalkan sahaja dan dia mengeluh.

Tangannya diturunkan dan kepalanya ditundukkan.

Tangisan berlinangan deras, tetapi esakannya di tahan semampu olehnya. Dia tidak mahu orang sedar yang dia sedang menangis di hadapan pintu mereka.

Dengan sekali hela nafas, dia menenangkan diri. Matanya diesat dengan tangannya. "Tak apalah..." Monolognya sendiri, terukir senyuman malap di bibirnya. "Jumpa kelak, Azrul, bila engkau sudah bersedia." Dan dengan itu, Mukminin meneruskan perjalanannya.

"Selamat tinggal, Azrul."

Si Pengasuh dan Si PengasihWhere stories live. Discover now