3「Graduasi」

201 11 2
                                    

"Abang Minin..." Mukminin yang dari tadi khusyuk membaca buku rujukan pun mengangkat kepala. Kelihatan Azrul yang memuncungkan bibirnya sedang memandang ke arahnya, menandakan Azrul sedang menghadapi masalah.

Mukminin menepuk-nepuk tempat bersebelahannya, meminta Azrul untuk duduk, lalu menutup bukunya dan meletakkan ia di atas meja. Kata orang, tak baik biar buku terbuka.

Azrul mengambil tempat yang diajukan oleh Mukminin. Lantas, Azrul mendakap erat Mukminin, tangannya melilit badan Mukminin lalu dia menyembunyikan wajahnya dalam bahu si pengasuhnya itu. Kalau kelakuan si Azrul sudah manja-manja sebegini, memang ada sesuatu yang dia ingin katakan.

Mukminin tidak menolak Azrul, sebaliknya membalas pelukkannya itu. Tangan kirinya lembut mengusap rambut Azrul yang sudah panjang manakala tangan kanannya menepuk-tepuk belakang Azrul dalam ritma. Apalah budak ni, fikir Mukminin sambil mengukir senyuman di bibirnya. Manja tiba-tiba ni dah kenapa?

"Abang Minin..." Azrul memanggil pengasuhnya, masih tidak tergerak untuk melihat tepat wajah pengasuhnya itu.

"Iya." Balas Mukminin, masih menepuk-tepuk belakangnya dan mengusap rambutnya.

"Tahun ni, tahun terakhir Abang Minin kan?" Azrul bertanya sayu, suaranya bergetar seakan-akan menahan tangisan. Pasal ni je ke, Mukminin tersenyum lagi dengan gelagat manja adik angkatnya. Mukminin cuba menolak Azrul agar pelukan mereka terlepas tetapi Azrul enggan melepaskan Mukminin. "Azrul tak nak berjauhan dengan Abang Minin!"

"Alahai, budak ni." Mukminin berhenti menolak Azrul, tahu yang budak itu tidak akan melepaskannya selagi hatinya masih diselebungi kesedihan. Mukminin terfikir akan sesuatu. "Abang Minin takkan jauh dari Azrul lah." Dengan itu, Azrul tiba-tiba melepaskan Mukminin.

Dari riak wajah Azrul, Mukminin sedar yang beberapa titisan air mata sudahpun membasahi wajahnya malahan meninggalkan kesan pada bahunya. Matanya sudahpun kemerahan. Aish, budak ni. Mukminin mencapai wajah orang asuhannya lalu mengesat lembut. "Abang berjanji, yang abang akan sentiasa menghantar mesej kepada Azrul, memberitahu cerita yang berlaku kepada abang, dan abang akan bagitahu Azrul bila abang balik, okay?"

Mendengar kata-kata Mukminin, Azrul pun reda. Wajahnya yang penuh kesedihan tadi diganti dengan senyuman yang bersinar-sinar. Mukminin lalu mengusap rambutnya lagi, senyuman yang sama terukir di bibirnya.

"Tapi dengan satu syarat tau, Azrul." Sambung Mukminin lagi manakala Azrul menatap wajah Abang Mininnya dengan teliti. Mukminin mendekati Azrul sehingga jarak antara mereka hanya tinggal sekepala. Jari kelingkingnya diangkat sambil senyuman yang lebar hingga mata Mukminin tertutup diukir. "Teman abang masa graduasi kelak."

"A-apa!" Azrul menolak Mukminin dan meletakkan jarak antara mereka. Pipinya merona kemerahan manakala pandangannya yang khusyuk menatap Mukminin dialihkan kepada benda lain. 

"Ala, temanlah abang masa graduasi kelak, mesti bosan menunggu majlis tu tamat." Keluh Mukminin, jari kelingkingnya masih diangkat. "Marilah!" Pujuknya lagi, kini terdapat kemanjaan dalam nadanya.

Azrul melihat jari kelingking Mukminin dengan teliti.

"Apa-apalah!" Ujarnya lalu menyambut jari kelingking Mukminin dengan jari yang sama daripadanya. "Azrul janji!"

"Dan abang janji agar tidak tinggalkan Azrul!"

Begitulah kisah mereka yang dulu. Kini, Mukminin sedang duduk di kerusi yang dikhasnya untuknya sambil menunggu masa untuk dia bergraduasi. Majlis graduasi tingkatan lima disambut bersama dengan majlis apresiasi akademik dan kokurikulum untuk tingkatan yang lain dan memandangkan majlis graduasi mereka diletakkan pada masa terakhir, maka masih lama lagi untuk majlis itu bermula.

Tengah-tengah menunggu, Mukminin tercari-cari akan seseorang, sambil-sambil menggenggam tangannya erat. Bukannya dia berharap sangat, tapi sekurang-kurangnya Azrul menunaikan janjinya. Ataupun, sekurang-kurangnya Azrul hadir di matanya sebelum dia benar-benar pergi.

"Madam Mary, may I ask you something?" Mukminin menyapa Cikgu Mary, atau lebih mesra dipanggil Madam Mary dalam kalangan pelajar, yang bertanggungjawab mengurus pelajar untuk menyampaikan hadiah. "Cikgu ada tak tentatif program yang ada nama pelajar-pelajar yang ambil hadiah tu?"

"Eh, yes!" Madam Mary lalu menghulurkan kertas tentatif program kepada Mukminin tanpa banyak soal. Tidak seperti pelajar tingkatan lima yang lain, Mukminin memang orang yang boleh dipercayai. "Kenapa Minin nak lihat tentatif program, nak tengok hadiah apa yang kau ambik eh?"

"Eh, tak cikgu." Mukminin ketawa janggal. "Minin nak cari nama pelajar ni ha, rasanya dia pun ada ambik hadiah tapi tak nampak pula wajahnya." Jelasnya, masih membelek-belek kertas tentatif program itu.

Memang benar yang dirasa oleh Mukminin, ada nama Azrul. Azrul bakal mengambil hadiah untuk tempat pertama penggal 1, pertengahan, akhir dan keseluruhan. Ada jugak lah hadiah untuk matapelajaran, banyak pula tu. 

Melihat pecapaian Azrul, terukir senyuman di bibir Mukminin. Teringat dia akan malam-malam di mana Azrul akan bersama dengannya sepanjang minggu ujian semata-mata meminta ajar dan panduan daripadanya. "Azrul ni dah pandai sangat ni, lebih tinggi markah Azrul daripada markah abang!" Pipi Mukminin kemerahan, malu kerana dikalahkan oleh adiknya sendiri.

"Ala, abang ni. Mana ada, abang lagi pandai daripada Azrul la!" Azrul cuba meyakinkan Mukminin tetapi gelakan kecil yang mengikuti kata-katanya itu menyebabkan Mukminin menumbuk lembut pipi Azrul. "Apa ni bang, sakitlah!" Aduh Azrul.

"Mana ada sakit, tak kuat lah abang tumbuk!"

Mukminin tersedar daripada lamunannya apabila melihat wajah Madam Mary yang memandang bimbang terhadapnya. Tanpa dia sedari, air matanya berlinangan deras. Mungkin dia rindu akan detik-detik bersama Azrul ataupun rasa bersalah kerana Azrul tidak dapat menikmati majlis apresiasi kerananya.

"Aih, kenapa Minin?" Tegur Madam Mary tetapi Mukminin balas dengan menggelengkan kepalanya, seakan-akan cuba mengatakan yang dia tidak apa-apa.

"Eh, tak da apa-apa Madam." Mukminin cuba menipu, biarpun penipuannya itu tidak termakan oleh Madam Mary. Sungguhpun begitu, Madam Mary tidak menyoal apa-apa lagi dan hanya menggelengkan kepalanya. 

"Madam harap engkau enjoy majlis ni." Katanya lalu mengambil tentatif program daripada tangan Mukminin. "Dah, dah! Tak lama lagi majlis bermula!" Lalu Madam mengarahkan Mukminin untuk kembali ke tempat duduknya.

Majlis berlangsung seperti biasa, tetapi tanpa Azrul untuk mengotakan janjinya.

Selepas majlis bersurai, Mukminin hampir sahaja balik ke rumah sebelum bahunya dicuit. Dia menoleh ke belakang dan Ummi sedang tersenyum melihat Mukminin. Tangannya dipenuhi dengan hadiah-hadiah milik Azrul.

"Ummi!" Mukminin lalu menolong Ummi mengurangkan beban, membahagikan hadiah Azrul kepadanya untuk di bawa. "Ah, Ummi yang tolong ambil hadiah Azrul."

"Ya, Azrul tiba-tiba demam." Jelas Ummi. "Marilah kita balik sama!" Ajak Ummi.

"Ah, tak apalah Ummi." Dia tahu yang Azrul tidak mahu dia bersama Umminya. "Minin boleh je balik sendiri."

"Ala, tak boleh Minin, Minin perlu ekot Ummi jugak!" Lalu tangannya ditarik dan Ummi membawanya ke kereta Wali. "Wali pun ekot, tapi entah dia ke mana tengah Majlis."

"Aieh, Minin, lama tak berjumpa." Wali kata sejurus kelibat Mukminin memasuki keretanya. "Tahniah, dah besar ya kamu!"

"Haah." Mukminin hanya menganggukkan kepalanya. "Terima kasih kerana tumpangkan Minin."

"Minin, apa kata Minin ikut kami ke rumah. Bolehlah kita sama-sama sediakan makan malam." Pinta Ummi. Mukminin mahu sahaja menolak ajakan Ummi itu, tetapi tidak sampai hati. Ummi dan Wali biarpun merupakan majikannya, menganggap Mukminin sebagai anak mereka sendiri.

Mukminin hanya menganggukkan kepalanya, menandakan dia bersetuju.

Sepanjang perjalanan, Mukminin hanya mendiamkan diri manakala Ummi dan Wali rancak berborak.

Si Pengasuh dan Si PengasihWhere stories live. Discover now