Helo teman-teman sekalian!
Jadi, ini merupakan penulisan pertama daripada akaun Wattpad ini tetapi sebenarnya aku sudah lama menulis di Wattpad. Bezanya, aku dah lama nyahaktifkan akaun lama dan mula dengan akaun baru.
Sebelum anda teruskan untuk membaca kisah ini, ingin saya maklumkan bahawa tema yang diketengahkan dalam cerita ini ialah berbaur homoseksual, gay, atau LGBT+. Oleh itu, saya meminta kepada sesiapa yang kurang senang dengan tema ini untuk pergi ke tempat lain.
Selain itu juga, ingin saya bagitahu yang saya hanya mengemas kini (update) cerita ini seminggu sekali dan mungkin akan masuk hiatus bergantung dengan keadaan kehidupan semasa. Usah risau kerana selalunya aku dah lama siapkan beberapa bab kehadapan untuk dimuat naik kelak.
Akhir sekali, keluasan kosa kata saya sememangnya terhad. Hal ini bermakna mungkin saya akan berhadapan dengan penulisan yang mengelirukan atau menggunakan perkataan dengan tidak betul.
Tambahan, latar tempat dan masa cerita ini kurang diberi penekanan tetapi secara amnya, kisah ini berlaku di suatu tempat di Sarawak (oleh sebab itu mengapa ada perkataan-perkataan Sarawak).
Tanpa melengahkan masa lagi, dipersilakan.
YOU ARE READING
Si Pengasuh dan Si Pengasih
General FictionAkibat mengotakan perasaan sebenar kepada pengasuhnya, keakraban antara Azrul dan Mukminin (yang Azrul sentiasa panggil 'Abang Minin') berubah tegang. Mereka mula jarang bertemu dan akhirnya Mukminin meninggalkan Azrul untuk menyambung pengajian ke...