bab 2

457 25 4
                                    

"Wehh... Kau tahu tak si farha kelas 3 Delima yang lawa tu dah ada pakwe baru lagi..." Daus tiba-tiba pusing ke belakang dan memberitahu Azmizan.

"Yang mana ek? Ahhh.. kau macam tak kenal aku.. aku manalah ambik tahu pasal budak perempuan ni.. buang masa je. "

"Alah...dia yang berlakon drama bi yang kat sekolah tu laa yang kurus-kurus, putih....... " belum sempat daus membalas kelas menjadi senyap untuk berapa ketika.

Hairannya. Mereka memandang ke hadapan. Terlihat kelibat khairi dan seorang budak perempuan.

Nampak seperti pelajar baharu. Berkaca mata bingkai hitam. Menggalas beg berwarna hitam merah. Bermuka seperti tiada perasaan. "Wah.. jarang aku melihat perempuan seperti dia.." getus hati azmizan lalu dia tersenyum sendiri.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

10 minit sebelumnya....

'Aih mamat ni. Dari tadi senyap je. Aduh. Segan aku. Aku manalah biasa dengan sekolah campur ni sejak aku masuk sekolah perempuan masa form 1 .'

Ijat memandang kawasan disekelingnya. Cantik juga. Penuh dengan pokok bunga yang sedang mekar. Kemudian ijat menuruti budak lelaki dihadapannya menaiki tangga.

'Lama lagi ke nak sampai. Aduh takkan lah tingkat 4.. aisey.. kurus aku macam ni... habis terbakar lemak aku ni.'

Budak lelaki itu tiba-tiba bersuara dan memandang ijat apabila mereka tiba di aras 4.

"Umm depan ni kelas 3B , yang lain tu kelas 3D , 3N , 3Z . Form 3 ada 4 kelas je. Nama?"

"Ohh. Nama aku izzatul tapi panggil aku ijat"

"Ijat? Apa ke pelik nama macam lelaki? Err apapun aku khairi panggil khai atau ri" ujar khairi.

Ijat malas menjawab dan hanya senyum. Dia malas memberi alasannya kerana tak selesa bercakap dengan lelaki dan ingin cepat masuk ke kelas.

"Jomlah masuk kelas. Diorang kepoh sikit jadi biasakanlah diri kau"

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

"Hi! Nama siapa? "

"Err hi, aku NurIzzatul Safwah tapi panggil ijat je"

"Ohh. Aku Nur Zahida. Panggil ida" Ida tersenyum dan bersalaman dengan ijat.

"Ijat, jom pergi ke kantin, tak mahu rehat ke?"

"Okay. Tunggu kejap ye."

Di kantin ijat menunggu ida membelikan makanan untuknya. Dia ingin membeli sendiri tapi Ida bertegas untuk membelanjanya. Sebagai tanda perkenalan katanya.

Ijat termenung.. dia teringat ketika dia memasuki kelasnya tadi. Mereka semua memandangnya pelik. 'Mungkin aku nampak nerd kot. Tak kisahlah. Janji takde yang jeling-jeling tadi.'

Nasib baik diorang semua seperti menerima ijat dengan baik. Dia bermonolog sendiri.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Di satu sudut di kantin terlihat sekumpulan pelajar lelaki.

"Untung kau khai. Keluar kelas kene marah, masuk kelas bawak budak baru pulak. Duduk sebelah kau pulak tu." Iqbal bersuara.

"Apa yang untungnya bal. Dah kebetulan tadi budak tu ada kat bilik guru. Cikgu pun suruhlah dia duduk sebelah aku."

"Eh, siapa nama dia? Senyap je aku tengok tadi. Nak tegur pun seram"

"Izzatul. Tapi dia suruh panggil ijat. Pelik betul minah tu"

"Wah. Susah nak cari budak macam tu sekarang. Kat sekolah ni pun ramai yang terkinja-kinja, tergedik-gedik" ujar daus.

"Eleh kau. Poyo je. Tapi yang terkinja-kinja tulah yang kau suka" daus malu sendiri dan ketawa bersama gengnya.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

"Khairi, kamu bantu izzatul jika dia tidak faham dan tolong dia sesuaikan diri di kelas ini ya. Saya berharap semua pelajar kelas ini memberi kerjasama dan memberi tunjuk ajar kepada izzatul ya."

"Baik cikgu" sahut mereka semua.

"Baik kelas. Sekian sahaja pada hari ini. Terima kasih."

"Terimaaaa kaasih cikgu"

Izzatul dikerumun oleh pelajar-pelajar kelas itu. Mereka saling bersalam dan berkenalan.

Jauh di satu sudut kelihatan seseorang tersenyum melihat ijat. "She's interesting" dia berbisik sendiri .

Kau Bintang AkuWhere stories live. Discover now