bab 7

293 14 2
                                    

'Assalamualaikum, ni ijat ke?'

' waalaikumsalam. Ye. Ni siapa?'

'Ni akulah. Deskmate kau yang paling hensem..khai'

'Ohh. Kau mamat sombong yg suka angkat bakul sendiri tu kan? LOL.'

'Ah kau. Pandai nak ngata aku.'

'Biasa lah. Hati kena sado'

'Best tadi dating?'

'Mana ada aku dating'

'Yelah. Dating dengan jejaka idaman malaya. High taste sungguh.'

'Aku baru kenal lah. Tu pun kebetulan'

'Iyelah jat. Weh aku kene pergi dulu..ada hal. Jumpa esok pendek'

'Diamlah. Pendek tu comel ok?'

'Bye'

Aku ingat budak ni sombong. Peramah jugak rupanya.

Dia mematikan handphone nya dan membuka buku untuk menyiapkan kerja sekolahnya.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

[Bakri POV]

hari ni aku jumpa dengan seseorang. Akhirnya. Dapat jugak aku berjumpa semula dengan si dia. Lama aku cari dia. Baru sekarang dapat jumpa. Aku harap apa yang aku rasakan ni betul. Aku tak pernah rasa seyakin ini.

bakri menyandarkan badannya pada dinding. Puas dia tersenyum sendiri. Tidak sangka dia dapat bertemu semula dengan gadis itu.

Gadis yang dia temui dahulu. Gadis yang begitu tulus dan lembut hatinya.

Bakri tahu. Walaupun luarannya tampak kasar, hatinya tidak sebegitu.

Kali pertama dia ternampak gadis itu di taman permainan, gadis itu sedang menangis. Gadis yang sedang duduk di bangku di sebuah sudut yang agak terpinggir itu menangis semahunya.

Timbul satu rasa didalam hati. Rasa yang dia sendiri tidak mengerti. Jika boleh bakri mahu ada disisi gadis itu. Menenangkannya.

Walau dia langsung tak kenal gadis itu, hatinya kuat mengatakan dia perlu mempertahankan gadis itu daripada dilukai.

Hatinya terasa lain apabila melihat si dia menangis. Setelah lama memerhatikan dari jauh, harith nekad untuk menegurnya.

Ketika berjalan menghampiri gadis itu bangun secara tiba-tiba dan berjalan laju kearahnya.

Hatinya berdegup kencang apabila si gadis itu berjalan kearahnya.

Gadis itu berjalan pantas tetapi dia memandang lantai dan menyeka air mata dipipinya.

Tidak semena dia terlanggar bakri. Bakri jatuh kebelakang dan gadis itu tertiarap disebelahnya. Seketika mata mereka bertaut.

Bakri agak terkejut. Cuba untuk bertindak normal, dia segera bangkit menepuk-nepuk tangannya yang kotor.

Bakri kemudian cangkung semula disebelah gadis itu. Gadis itu masih tidak bangun tetapi terduduk di situ.

Bakri bingung. Apa yang harus dia lakukan? Bakri bertanyakan adakah dia ok tetapi hanya dibalas dengan sedu-sedan yang masih berbaki.

Bakri mengeluarkan sehelai sapu tangan dari koceknya lalu menghulurkan pada dia.

"Awak, saya tak tahu kenapa awak menangis.. kalau sebab sakit terjatuh tadi, saya mintak maaf sangat-sangat. Saya tak perasan tadi. Tapi, kalau awak menangis sebab lain, saya cuma nak cakap awak janganlah menangis lagi. Awak nampak cantik bila tak menangis. Awak tak sepatutnya sedih macamni. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Awak jangan menangis lagi ya? Ni ambik ni lap air mata awak. Sekali lagi saya mintak maaf sebab terlanggar awak."

Gadis itu memandangnya lalu mengambil sapu tangan itu lalu berkata "terima kasih"

Bakri senyum lalu beredar dari situ. Dia meletakkan tangannya didada. Hatinya cukup berdebar.

Bakri sendiri bingung bagaimana dia boleh mengungkapkan kata sebegitu.

Dia cuma boleh berharap kata-katanya itu mampu sedikit sebanyak menenangkan perasaan si dia.

Bakri toleh kebelakang tetapi gadis itu sudah tiada. Lalu dia berjalan kearah bangku yang gadis itu duduk.

Bakri terlihat sebuah buku dan gambar berterabur di atas lantai dibawah bangku tersebut.

Gambar-gambar gadis itu. Pada wajahnya kelihatan sebuah senyuman yang tidak pernah dia lihat.

Senyuman itu cukup manis buatnya. Dia berharap suatu hari nanti dia berpeluang melihat gadis itu senyum.

Buku yang berkemungkinan diari gadis itu dipegang erat. Walaupun dia ada terbaca sedikit namun dia harus memulangkannya kembali.

Dan tidak disangka bakri dapat bertemu gadis itu. Bakri ternampak gadis itu disekolah. Lalu dia menyiasat tentangnya. Malah dia juga yang meletakkan surat dibawah meja gadis itu.

Gadis itu kelihatan sangat tidak berperasaan dan tidak peduli dengan keadaan sekelilingnya.

Mungkin dia hanya berpura-pura begitu. Tidak mahu menunjukkan dirinya yang sebenar.

Bakri yang bersandar itu bangun dan merebahkan dirinya pada katil. Dia ingin merehatkan badannya. Pertemuan dan perkenalan dengan gadis itu walaupun singkat tetapi sangat bermakna buatnya.

Si dia kelihatan masih tidak dapat mengecam dirinya. Bakri tidak kisah. Suatu hari nanti pastinya dia akan tahu juga.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

'Ahh siap pun kerja sekolah ni..'

Penat sungguh. Buat kerja sekolah pun dah penat sebegini.

Ijat memerhati keadaan di biliknya. Bersepah macam tongkang karam.

Ijat teringat kembali pertemuannya dengan lelaki bernama bakri itu tadi. Seperti pernah nampak, tapi dimana yaa?

Dia mengambil diarinya yang dipulangkan oleh bakri tadi.

Ijat cuba mengimbas kembali kali terakhir dia membawa diari itu dan muka bakri yang seperti dia pernah lihat.

Masih. Ijat tidak dapat meneka lagi. Badan pun sudah letih. Lebih baik dia tidur. Esok sekolah pula.

Memikirkan pertemuannya bersama bakri tadi membuatkan dia gembira. Dia tak tahu mengapa.

Ijat merapatkan matanya yang semakin mengantuk itu lalu tertidur...







//sorry sbb update lambat. Malas+banyak homework+ masa tak teratur + tak cukup tidur. Hahahah ni lah akibatnya bila main handphone je banyak. Hehe apapun this maybe my fav chapter. Imagining bakri is sooooo xxxxxx hahah love you muah.

Kau Bintang AkuWhere stories live. Discover now