"Ahh sedapnya dapat baring... nasib baik harini kat sekolah ok.. it seems like they can accept me... lucky me to have classmates like them."
Penat berjalan balik masih belum reda lagi.. ijat akan dihantar oleh ibunya pada waktu pagi.. balik dia perlu menaiki bas dan perlu berjalan dari jalan besar ke rumahnya. Ijat tak kisah. Dia okay asalkan ibunya tidak kesusahan.
' dari buang masa baik aku siapkan keje sekolah.' 'Haih apa punya nasib lah. Dapat sekolah yang banyak homework ni'
Dia tahu itu untuk kebaikannya tapi entahlah. Dia malas. Itu sifatnya dari dulu. Bila rajin, rajin sangat. Bila malas, jangan cakaplah.. satu hapa pun dia takkan buat.
Ijat mengeluarkan zenfone 4 nya. Agak kecik tetapi baginya itu paling ideal. Nak beli iphone tak mampu.. beli yang patut jela.. ikut kemampuan. Lagipun handphone nya jarang buat hal. Tercampak banyak kali pun masih ok.
Ijat menghidupkan handphonenya. Dibuka galeri. Ditatap satu per satu gambar.. tanpa disedari.. air matanya jatuh. Ijat tak mampu menahan lagi. Sudah lama dia tidak menangis sebegini.
Walau luaran nya keras, hati nya lembut. Senang tersentuh. Ijat takkan tunjukkan di hadapan orang lain. Baginya masalahnya biarlah dia sendiri yang menanggungnya.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Di padang, kelihatan murid rumah enggang (rumah merah) sedang membuat streching. Hari ini giliran mereka membuat latihan rumah sukan.
"Tengok budak kat sana tu.. dengar kata budak tingkatan satu.. lawo doh.. taknak usha?" Iqbal menunjuk ke pelajar perempuan yang agak rendah tapi muka kacukan.
"Alah kau bal.. apa je yang kau tak dengar... pantang ada budak lawa je kau stalk habisan.. kau minat sangat kau usha lah dia.. aku tak minat "
"Alah khai.. bukan selalu.. haaa ni mesti kau ada minat seseorang? Entah2 si minah kelas 3z yang ehem ehem tak?" Kata iqbal sambil mengepakkan tangannya ((nak tunjukkan yg budak tu tembam laa))
"Eh kau ni.. tak kuasa aku nak minat dia..eww. aku tak main ah minat minat ni. Buang masa je''
"Kau ni bukannya boleh caya. Diam diam ubi berisi"
"Ah malas aku layan kau " khairi mengalihkan pandangannya ke arah lain.
'Mana si farha ni. Dari tadi aku tunggu tak muncul2..mungkin belum sampai kut' khairi berbisik didalam hatinya.
Rindu dan rasa yang dia simpan untuk gadis bernama farha tidak diluahkan pada sesiapa. Gadis itu baik dan sopan santun pada pandangannya. Dia jatuh hati pandang pertama pada gadis itu ketika bertemu dahulu.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Prangg!
'Mengapa ni?' Ijat merasa tidak sedap hati. Dia keluar dari biliknya dan melihat di tingkat bawah. Kelihatan ayahnya.
"kau masukkan kucing-kucing ni dalam sangkar! Nak jaga, jaga betul betul lah!"
Kakak, ijat dan adiknya segera memasukkan mereka ke dalam sangkar.
Ijat terus naik ke atas. Dan masuk ke dalam biliknya. Dia ingat keadaan akan jadi seperti biasa.. tetapi sangkaannya meleset..
"Kau bangun! Kucing-kucing kau tak terurus kat bawah kau boleh tidur?! " ayahnya membuka lampu bilik ibunya dan mencapai bakul baju dan membaling ke arah ibunya.
Ibu nya yg kepenatan kerana bekerja dan baru terjaga terpinga pinga.
"Izzati dengan izzah masuk dalam bilik, tidur!" Ayahnya bersuara.
Ijat tidak dapat melakukan apa-apa. Dia masuk, menutup lampu dan mengunci pintu. Tetapi dia tidak tidur. Dia duduk dibalik pintu.
Dia mendengar kata-kata cacian yang dilemparkan ayahnya kepada ibunya..
'Aku akan benci kau sampai bila-bila. Kau takde makna dalam hidup aku' bisik hati ijat .
Ijat meraut wajahnya. Kejadian yang berlaku 2 bulan lalu masih bermain di fikirannya. Sikapnya berubah 180 darjah. Dia tidak lagi seperti dulu.
YOU ARE READING
Kau Bintang Aku
Novela Juvenil"aku tak boleh lupakan weh. aku dah terlalu sayangkan dia. aku tahu walaupun time tu aku masih mentah, tak tahu apa2... aku tak pernah rasa macam tu dekat orang lain" ijat. ------------------------------------------- "dah bertahun aku tunggu farha...