bab 1

802 30 4
                                    

"Sekolah baharu... entah macam manalah agaknya nanti... takut ada,excited pun ada.." kata Nur Izzatul Safwah didalam hatinya.

NurIzzatul Safwah... itulah nama aku... tapi aku lebih suka kawan aku panggil aku ijat. Aku tahu. Bunyi macam lelaki tapi nak buat macam mana.. dah itu diri aku..

Aku merupakan anak ke-2 dari 3 orang adik beradik.. adik beradik aku semua perempuan... oleh sebab itulah aku rasa perangai aku macam lelaki sikit...ah sudah..membebel pulak aku..

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

"Okay kelas sila buka buku latihan kamu. Saya ingin menyemak kerja rumah yang saya berikan semalam. Dah siap ke belum? " kata cikgu Norha, guru matematik di Sekolah Menengah Temenggong Ibrahim merangkap guru tingkatan 3 Baiduri.

"Dah cikgu!" Murid-murid kelas 3 Baiduri jawab dan membuka buku latihan masing-masing.

"Khairi ! Kenapa tak siapkan kerja saya?! Sudah berkali-kali kamu tak siapkan kerja rumah yang saya beri. Saya lihat kerja kamu dengan guru lain boleh kamu siapkan! Kenapa dengan saya tidak?! Saya tidak mahu dengar alasan kamu... Selepas ini ikut saya ke bilik guru... okay kelas sila kumpulkan buku latihan dan ketua tingkatan sila hantar di meja saya" wajah cikgu Norha kelihatan agak merah menahan amarahnya.

"Bangun kelas.... terima kasih puan Norha" Azmizan selaku ketua tingkatan bangun dan diikuti pelajar lain.

"Ayok khai... habislah kau kene denda dengan cikgu.. kau ni pun satu...asal kelas dia je kau tak siapkan kerja.. dia tu dah lah lembut,baik... bila tahu asyik kau je tak siap kerja sapa je tak marah weh.. " Iqbal yang duduk di hadapan khairi membebel..

"Diamlah kau.." khairi bergegas keluar dari kelas dan mengikuti cikgu Norha ke bilik guru yang berada jauh dari situ. "Aduh..jauh betul bilik guru ni.." bisik hati khairi .

Dari situ dia dapat melihat seorang gadis sebaya nya kelihatan sesat. "Ah biarlah.. bukan hal aku.. kesian.. tulah... bangunan sekolah kat sini pun banyak.. padan muka dia.."

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

" Aduh... leceh betulla sekolah baru ni.. sesat aku.. nak tanya orang segan.. aku dah lah jenis tak pandai bergaul sangat " ijat membebel sendirian.

" Assalamualaikum cik. Tumpang tanya.. bilik guru dimana?"

Makcik cleaner yang sedang mencuci lantai di depan stor itu tersenyum menjawab "waalaikumsalam. Anak ni pelajar baru ye? Bilik guru di bangunan yang cuma 2 tingkat je. Atas pejabat sekolah, bawah bilik guru." Sambil menunjuk ke arah bangunan tersebut"

"Ohh. Ya saya pelajar baru. Terima kasih ye cik. Saya pergi dulu" ijat senyum dan menundukkan badannya sedikit sebagai tanda hormat dan terima kasih.

Sudah menjadi kebiasaan bagi ijat membongkokkan badannya apabila berjumpa dengan orang yg lebih tua. Dahulu dia bersekolah dia sebuah sekolah perempuan jadi dia sudah terbiasa dengan adat di sekolah lamanya itu.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

'' Apa nak jadi dengan awak ni khairi ? Saya sudah lali dengan alasan kamu. Saya beri kamu kerja supaya kamu lebih faham. Bagaimana kamu hendak memperoleh A dalam matematik kalau kamu tidak membuat kerja saya?!"

"Maafkan saya cikgu.. ermmm saya..." sebelum sempat khairi menghabiskan ayatnya Cikgu Zakwan memotong ayatnya.

"Cikgu Norha, cikgu guru tingkatan kelas 3 baiduri kan? Ni ada pelajar baru. Pelajar ini akan menjadi pelajar kelas cikgu"

"Oh begitukah? Baiklah terima kasih cikgu zakwan"

Khairi mengintai pelajar yang berada di belakang cikgu zakwan itu. "Oh, budak tadi rupanya. Lawa jugak walaupun kulitnya hitam manis. Ahh. Tidak.. farha aku lagi lawa..." khairi membayangkan muka Farha yang merupakan gadis yang disukainya sejak sekolah rendah.

"Khairi ! Awak dengar tak apa yang saya kata ni?"

"Hah? Apadia cikgu?"

"Ya Allah.. apa nak jadi dengan budak ni..saya cakap boleh berangan pulak.. saya minta awak bawa pelajar baru ini ke kelas awak. Dia akan duduk di tempat kosong di sebelah awak.. dan ingat.. urusan kamu dengan saya belum selesai lagi...nanti waktu selepas rehat saya akan masuk kelas menggantikan cikgu geografi kamu yang tidak hadir." Cikgu Norha terpaksa mengulang semula arahannya..

" ohh. Baiklah cikgu... " khairi membalas lalu keluar dari bilik guru dan diikuti ijat.

Kau Bintang AkuWhere stories live. Discover now