Haih. Matanya masih mengantuk. Tidak cukup tidur punya pasal lah. Terasa malas hendak ke sekolah. Kalau boleh ingin sekali dia berhenti sekolah dah membuat kerja sesuka hatinya. Namun apakan daya. Realiti tidak sama dengan apa yang kita impikan.
Baru sahaja hendak menarik semula selimutnya ibunya menyuruhnya lekas mandi. Risau jika tersekat didalam jam.
Dengan langkah yang berat dia lekas menyiapkan dirinya. Setelah bersarapan dia kemudian memakai kasut dan menaiki kereta ibunya.
'Wahai sekolah. Mu tunggu aku datang'
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Di sekolah...
"Hah azmizan . Sini kejap."
Azmizan menghentikan langkahnya. Dia memalingkan kepalanya ke belakang. 'Oh Cikgu Norha rupanya'. Dia segera kearah cikgu itu.
"Ya cikgu? Saya ada buat apa-apa masalah ke? "
"Ehh bukan. Ni saya nak mintak tolong. Borang ni awak tolong beri kepada pelajar baru kelas awak. Kemudian suruh dia dan khairi datang ke meja saya. Saya tidak masuk waktu matematik. Saya ada hal hendak diuruskan."
"Oh.baik cikgu"
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
"Wehh "
Lamunan ijat terhenti.Terkejut dia dibuatnya. Bingung dan keliru dapat dibaca dari raut wajahnya. Khairi yang memerhati dari tadi membuka bicara.
"Kau berangan apa? Dari tadi terpinga-pinga. Waktu sejarah dah habis. Sekarang waktu Matematik tapi cikgu ada hal. ."
"Oh yeke. Habis nak buat apa? Cikgu ada bagi kerja ke? Hmm.. boleh tak aku mintak tolong? "
"Takde kerja. Cikgu suruh ulangkaji sendiri je. Hah. Tolong apa? "
"Tolong senaraikan buku apa yang perlu aku sediakan boleh? Aku segan nak mintak tolong orang lain"
"Oh. Boleh. Mintak number phone kau. Senang aku nak whatsapp."
Ijat terdiam. Lalu dia mengoyakkan sehelai kertas dari buku notanya dan menulis nombor telefonnya. Dia menghulurkan kepada khairi.
"Kau jangan berani jual aku punya nombor eh" ugut ijat. Ugut ke?
"Yelah. Kau ingat kau tu popular sangat ke sampai orang nak mintak nombor kau?"
Ijat tersentap sendiri. Dia membiarkan saja khairi tanpa memandangnya lagi.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
"Izzatul,, kertas ni awak tolong isi dan lepastu awak dan khairi kene pergi meja cikgu Norha." Azmizan memberitahu ijat seraya tersenyum.
"Aku pun kene pergi ke? Aduh...malas betulah. Bila? Sekarang ke?" Khairi mengeluh dan menunjukkan rasa tidak puas hatinya.
"Yelah. Cikgu suruh kau pergi. Hurm.agaknyalah kut. Alah pergi jelah khai."
"Hmm. Okay terima kasih ye azmizan" ijat senyum dan segera bangun untuk ke bilik guru.
'Dia tahu nama aku.' Kegembiraan jelas terpancar di wajah azmizan. Dia senyum hingga menampakkan lesung pipitnya dan beredar dari situ.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
"Ida, is it just me or Chanyeol is truely handsome?" Ain yang merupakan teman rapat ida menunjukkan gambar yang dipegangnya.
"Ain... kau ni... macam lah aku ni minat pasal kpop kpop ni... i tak minat okeh.. i minat adam levine je.. "
"Heh.aku tak tanya pun kau minat siapa. Aku tanya henseem ke tak? Adoi kau ni. Lain orang tanya lain yang kau jawab."
"Hahahah.yeke? LOL. apa-apa jelah. Harini rehat kat tempat biasa yok. Nanti aku ajak ijat."
"Boleh je.. hah? Ijat? Siapa tu?"
"Aih kau tak perasan ke ada budak baru? Tulah semalam ponteng lagi. Nama dia izzatul. Tapi panggil dia ijat"
"Ohh. Manaada aku ponteng. Aku cumaaaa...hah sakit perut"
"Ah dahlah kau. Macam lah aku kenal kau baru dua tiga hari. Aku kenal lah kau macam mana."
"Hahahahahah" mereka tergelak sendiri.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Di bilik guru, khairi dan ijat berjumpa dengan cikgu norha. Mereka sedang berbincang mengenai sesuatu.
"Khairi... urusan saya dengan awak dah selesai.. awak boleh balik ke kelas semula.."
"Ok.. terima kasih cikgu"
"Jangan lupa memberitahu azmizan dan meminta kebenaran ibu bapa kamu ye.."
Setelah meminta diri, khairi melangkah ke pintu keluar. Dia sempat memaling ke arah seseorang. Seseorang yang amat dikenalinya. Yang telah mencuri hati nya sekian lama. Dia tersenyum sendiri.
Dia berjalan ke kelasnya. Kertas ditangannya ditatap. Surat kebenaran. ' nampaknya masuk melukis lagilah aku tahun ni'
Sesampainya dia di kelasnya dia terus meluru ke tempat duduknya. Dia mencari botol airnya. Diteguk air masak itu dengan laju. Haus benar rasanya.
Tiba-tiba dia ternampak sebuah surat didalam meja ijat. Surat yang berwarna biru muda...
Dia tertarik untuk melihatnya.. dia ingin mencapainya.. namun...
// writer's update : heyy. Im so out of ideas. It seems that writing is not suitable for me bcs writing a book needs a creative and imaginative mind. And i dont have any of it. Hahahha.About that chanyeol... Well im not a fan of kpop. But i do know some of them.. when my friend kept on saying the same name..we automatically save it in our brains right? Hahah. Hope u enjoy this story.do comment! Much love from me :*
YOU ARE READING
Kau Bintang Aku
Teen Fiction"aku tak boleh lupakan weh. aku dah terlalu sayangkan dia. aku tahu walaupun time tu aku masih mentah, tak tahu apa2... aku tak pernah rasa macam tu dekat orang lain" ijat. ------------------------------------------- "dah bertahun aku tunggu farha...