bab 11

76 5 0
                                    

Khai segera ke watsons yang berdekatan. setelah dia dapat apa yang dicarinya, dia ke kaunter dan segera membayarnya. Dia bergegas ke arah farha.

"Maaf saya lambat." pinta khai

"tak mengapa" balas farha. gugup.

khai mengeluarkan patch yang dibelinya tadi dari beg plastik. dia memegang buku lali farha dan cuba menampal patch tersebut. Farha yang terkejut dengan tindakan khai cuba menarik kakinya namun khai berkeras dan menyuruhnya agar tidak bergerak. khai melekatkan patch tersebut dengan berhati-hati agar dia tidak menyakiti farha.

farha diam dan hanya mampu merenung khai. fikirannya melayang. khai yang telah selesai menampal patch tersebut masih berada di posisinya. dia memandang farha. pandangan mereka bertaut. khai terkedu. terkedu melihat farha. terkedu dengan kedudukan mereka yang begitu hampir.

khai terus bangun. dia cuba untuk mengawal kemachoannya. farha tersedar dari lamunannya.

"terima kasih khairi.. ummm duduklah"

khai sekadar mengangguk dan dia segera mengambil tempat duduk berhadapan dengan farha. khai mengeluarkan handphone nya. dia melihat dan sekadar 'mengscroll' instagramnya tanpa rasa minat. 

seorang pelayan tiba di meja mereka untuk mengambil order. khai hanya memesan iced lemon tea dan french fries. dia tidak suka kopi atau manisan termasuklah kek. tekaknya seakan tidak dapat menerima kopi. terlalu pahit.. fikirnya.

farha sekadar memerhatikan khai. sudah lama dia tidak duduk semeja dengan lelaki itu. yang dahulu menjadi teman rapatnya. yang dahulu menjadi cinta pertamanya. 

farha terjaga dari lamunannya apabila khai menegurnya. dia segera memesan apa-apa yang terlintas difikirannya.

setelah pelayan tersebut beredar, keadaan menjadi senyap semula. farha membelek handphonenya. khai juga sama. inilah manusia zaman sekarang aktif bersosial di alam maya, tapi lemah bersosial di alam nyata.

khai menyimpan telefon yang kononnya pintar sangat itu kedalam poket seluarnya. dia melipat lengan bajunya keatas sedikit. dia meletakkan tangannya diatas meja dan dia memandang farha.

"farha.."

farha memandangnya dengan wajah pelik. 

"kenapa?"

"saya nak tanya awak satu soalan. saya harap awak jawab dengan jujur... awak ingat tak siapa saya?"

Farha mengerlingkan matanya. Dia menghela nafasnya baru sahaja dia hendak membuka mulut telefonnya berbunyi.

Farha meminta diri untuk menjawab panggilan tersebut. Beberapa ketika selepas itu pelayan cafe itu membawa pesanan mereka tadi.

"Maaf. Tadi kawan saya call. Dorang baru bagitahu yang dorang tak dapat datang" katanya dengan riak kecewa.

"Oh yeke. Harini biar saya jelah yang temankan awak. Saya belanja apa-apa yang awak nak. Sebagai tanda maaf sebab langgar awak." Khai tersenyum. Cuba untuk mengurangkan rasa kecewa farha.

Mereka terdiam seketika. Farha memandang khai dihadapannya. Dia tersenyum.

"Tak minum kopi? Kat sini kopi dia sedap. Saya suka latte" tanya farha.

"Err... saya tak pandai minum kopi... rasanya pahit."

Farha tergelak kecil.

"Khairi. Awak masih seperti dahulu. Tak pandai minum kopi... mesti awak masih tak suka makanan manis kan?"

Khai terkejut.

"Farha.. awak ingat saya?"

Farha sekadar mengangguk sahaja. 

"tapi kenapa selama ni awak diamkan sahaja? awak malu ke pernah berkawan dengan saya?"

"khai, bukan macamtu.. lepas ini saya bagitahu awak apa sebabnya saya tak tegur awak. lepas ni okay? awak janji nak teman saya kan harini?" 

"emm okay. baiklah."

perbualan mereka sepanjang mereka di cafe itu agak kekok. yelah. sudah lama tak bertegur, takkan nak terus main pukul-pukul kan? kenalah tegur slow slow dulu.

khai menemani farha ke shopping mall yang berhampiran. farha hendak membeli baju. untuk kawan. katanya.

dari kedai ke kedai. satu baju pun tak beli lagi. sudah hampir satu jam mereka berjalan. kaki khai sudah lenguh. ni lah nasib kaum adam apabila teman kaum hawa membeli sesuatu. khai membuat keputusan untuk mencari tempat duduk. farha pula masuk ke kedai baju disitu.   

'hah..ada pun kerusi..' bisik hati khai. dia mengeluarkan telefonnya. main game la. apa lagi. buat hilang bosan... 

10 minit...

20 minit... 

30 minit...

khai pun makin bosan dan dia pun berhuhuhuhu. heheh taklah. 

khai berhenti bermain game. nak online apa-apa media sosialnya pun tiada guna. notification satu pun tiada masuk. haih.

khai memandang sekelilingnya..

matanya terpaku. 

khai terlihat sepasang blouse. berwarna biru muda. cantik baginya. khai bangun dan dia menuju terus ke kedai itu. 


===================

30 minit kemudian..

"khai! maafkan saya sebab lambat..susah la nak cari baju kat sini.. takde baju yang lawa.." farha berlari-lari anak ke arah khai. rasa bersalah sebab cari baju lama sangat.

"tak mengapalah.. awak ada nak beli apa-apa lagi ke?"

"tak. tapi.. saya nak bawak awak ke satu tempat.. tempat yang sangat istimewa buat saya.."

"dekat mana?"

"adalah... awak akan tahu bila kita sampai sana.."

farha tersenyum kambing kerbau lembu. farha menyambung semula percakapannya..

"tapi... sebelum tu awak belanja saya makan boleh? laparlaa. jom makan burger. i'm craving for that"

khai tersenyum manis. dan mereka pun berjalan bersama-sama.





// naik sekolah lagi dua minggu ? HAHAHHAHA kbye 


 




Kau Bintang AkuWhere stories live. Discover now