A big thanks to @MatImran ...who inspired me to write this piece.. tak pernah terlintas aku akan menulis.. ((sbb aku jenis pemalas dan hanya baca karya orang lain)) terima kasih kepada sesiapa yang voted this story and sudi comment my mistakes.. enjoyy
________________
"Hai safwah. Datang pun. Ingatkan tak datang.."
"Habistu takkan nak biarkan kau sorang-sorang. Hah apadia yang kau nak bincang?" sengaja aku besarkan suara. aku suka bila ada dekat dengan senior ni. hati aku rasa tenang (sikit jela.. tak banyak mana pun) ah sudah. fokus ijat... fokus... jangan mudah terpedaya dengan lelaki. luar nampak je baik. Kat dalam kau tak tahu apa. ishh.
"Safwah! hello~ ada orang tak?"
"hah? apadia?"
Dia pandang aku dengan muka macho dia sambil gelak gelak kecil. Aduh. Malunyaa.
"saya cakap saya sebenarnya nak bincang dengan awak pasal mural tu... tu laa. berangan lagi. Yang hensem lagi kacak yang kat depan awak ni awak tak pandang tiang buruk tu jugak yang awak pandang "
"erkk. hensem ke? (kasi sentap sikit)"
"hensem lah jugak berbanding classmates awak" makin lebar senyuman dia. ishhh. Tak makan saman betul dia ni. nampaknya makin lama makin suka dia sakat aku. terasa senang hati bila aku lihat senyuman dia. Bakri Qusyairi. nama dia pun aku suka.
"hah. apa yang kau nak cakap pasal mural tu?"
"sebab awak sorang je pembantu saya, saya akan dera awak. suruh awak cuci longkang, sapu lantai, bersihkan tikar... tu tak termasuk lagi kerja2 nak buat mural"
"jangan lah kejam sangat senior."
"senior.. hahah.. tak payah lah panggil saya senior.. panggil lah bakri ke qusyairi ke. yelah saya bukan kejam sangat sampai nak dera awak.. saya cuma nak awak tolong sketch beberapa design untuk mural tu."
"ohh boleh je takde masalah. nak design nya bila?"
"by tomorrow or the day after tomorrow. nak terus pilih design untuk mural. Hujung minggu ni dah kene start kerja melakar" aku mengeluh... sempat ke nak buat design nya? aku dahlah lama tak pegang buku sketch..
"jangan risau. saya pasti awak boleh buat" pujuk dia. mungkin dia hanya nak kurangkan rasa resah dalam hati aku ni.
"sebelum saya terlupa, ambik ni"
dia menghulurkan sebuah sampul bersaiz A4 kepada aku. aku teragak-agak untuk mengambilnya. dia tersenyum. aku buka sampul tersebut dan mengeluarkan apa yang terkandung didalamnya.. sebuah potret..gambar aku..sangat teliti seni nya. aku kagum dan terharu..
"baiklah sudah pukul 5.45. saya perlu pulang dahulu. jaga lukisan itu ya."
"ummm sekejap. aku taknak panggil kau bakri atau qusyairi...."
"tapi.. kalau aku nak panggil kau bak(sebutannya 'buck') boleh?"
dia senyum seraya menganggukkan kepalanya dan berlalu pergi. aku mengambil potret tersebut dan memegangnya dengan kemas dan terus pulang ke rumah.
-----------------------------------------------------------------------------
PONTIAN, 9 MALAM.
Dia berjalan kehulu kehilir didalam biliknya. apa yang patut dia buat? adakah dia yang bersalah?
Dia baru sahaja mendapat tahu tentang apa yang dilalui oleh seseorang yang dahulu sentiasa ada untuk membantu nya. sentiasa menggembirakannya dan menjaganya selama ini. tapi apa yang dia beri sebagai balasan?
hanya derita dan sengsara.
hanya duka dan lara.
sungguh kini rasa bersalah membelenggu dirinya. tapi bagaimana? bagaimana harus dia betulkan kesilapan nya yang dahulu agar seseorang tersebut dapat memaafkannya?
selama ini dia hanya tahu menunjuk.
menunjuk kepalsuan semata mata.
sungguh dia menyesal.
tapi bagaimana ?
manusia tidak boleh lari dari kenyataan, makin kita lari, makin kerap ia 'hantui' kita.
masihkan ada maaf dari seseorang itu?
mungkin ada. mungkin tidak.
dia pun duduk dibirai katilnya dan meneruskan aktiviti yang kini menjadi rutin hariannya.
TERMENUNG
-----------------------------------------------------------------------------------
// HAIII! 4 BULAN TAK UPDATE HIHIHIHI. lol maaf. tak tahu nak update apa. maaf sebab gantung cerita ni lama sangat. a lot of things happens sepanjang masa tu. ni pun cuti jerebu. jerebunya tebal sangat sampai otak pun blank tak tahu nak tulis apa. hewhew, selamat membaca. komen komen kalau ada apa apa. arigatougozaimasu!
YOU ARE READING
Kau Bintang Aku
Novela Juvenil"aku tak boleh lupakan weh. aku dah terlalu sayangkan dia. aku tahu walaupun time tu aku masih mentah, tak tahu apa2... aku tak pernah rasa macam tu dekat orang lain" ijat. ------------------------------------------- "dah bertahun aku tunggu farha...