Bakri POV
Aku baru je bagi dia potret yang aku lukis haritu. Aku harap sangat dia suka.
Selama aku ada kat sekolah ni, aku tak pernah rasa something thrilling about perempuan. Tapi dia.. dia lain. Aku tak tahu nak describe macam mana. Kawan-kawan perempuan yang aku kenal kebanyakannya terkinja-kinja sana sini. Tapi dia lain. Dia macam dengan dunia dia sendiri.
sejak pertama kali aku jumpa dia, aku tekad . tekad untuk buat dia gembira. tekad untuk buat dia ketawa. dan tekad untuk lindungi dia.
cehh. jiwang kan aku ni ? hahah tapi serius. aku memang bertekad. suka? memang ada. cinta ? entahlah. aku tak berani berkata cinta. pengalaman orang disekeliling aku buat aku tekad untuk menjauhi cinta.
back to the topic. aku nak dekat dengan safwah. aku nak dia ada dengan aku. aku nak jadi kawan rapat dengan dia. buat sementara ni.
aku masih lagi seorang student. dan tahun depan aku spm jadi aku kene fokus.
petang ni aku dapat berjumpa dengan dia. baik aku cari baju dulu.
..........................................................
'Mana pulak si daus ni? Tadi janji pukul 2. Ni dah pukul 3 dah.' Getus hari khai.
'Kalau aku tahu jadi macamni baik aku pergi lepak kat bilik ke buat benda lain yang lagi berfaedah'
Khai memandang sekelilingnya. Terjenguk-jenguk mencari kelibat sahabat sejatinya itu. Heh. Sejatilah sangat. Masa aku susah dia tak pernah ada.
Dia cuma tahu gelakkan aku ja. Haih biasalah. Lelaki cara gurau lain ye dak?
Khai menggerakkan kakinya kebelakang tanpa menoleh.
Debukkk. Khai tiba-tiba jatuh tertiarap disitu. Dia kebelakang tanpa melihat dan menyebabkan dia terlanggar seseorang tanpa sengaja.
'Maafkan saya. Saya tak perasan tadi' ucap khai. Dia terus bangun untuk meminta maaf. Ketika dia memalingkan badannya untuk meminta maaf, alangkah terkejutnya dia.
Gadis yang sekian lama dia minati. Farha Arisya.
'Maafkan saya sekali lagi. Awak okay tak? Maaf kan saya' ucap khai kepada farha yang masih terduduk.
'Tak mengapa" ucapnya sambil membersihkan tangannya. Dia memandang ke atas. Suatu wajah yang dikenalinya. Khairi.
Sungguh segak. Dengan gaya rambut sebegitu. Dia nampak begitu smart. Dia memakai kemeja berwarna biru cair yang tidak dibutangkan dan t-shirt berwarna putih. Sungguh dia terkejut melihat kehadiran khai disitu.
"Maafkan saya err farha. Saya tak toleh kebelakang tadi. Awak okay? Boleh bangun tak?" Khai menghulurkan tangan.
"Saya okay" farha tidak menyambut tangan khai dan dia cuba untuk bangun. namun kaki nya terasa sakit. Dia mengaduh kesakitan. Farha mengalah dan dia akhirnya menyambut tangan khai.
Khai menjadi panik apabila farha mengaduh kesakitan. Dia segera memapah farha. Dia meletakkan tangan kanan farha dibahunya dan dia cuba untuk membantu farha berjalan.
Dia segera membawa farha duduk di tempat duduk yang berdekatan di sebuah cafe hipstur.
"Terima kasih khai" ucap khai. Berdebar rasa hati farha. Sudah lama dia mengelak dari bertemu khai. Namun harini mereka bertemu juga.
Khai sekadar mengangguk sahaja. Apabila waitress tiba, khai memesan dua vanilla chocholate. Farha hanya mendiamkan diri sahaja. Waitress itu beredar. Suasana menjadi sepi seketika.
"Kaki awak ok? Sakit lagi tak?" Ujar khai.
"Okay cuma masih sakit sedikit" kata farha sambil memandang lantai.
Khai bangun dan dia pergi ke tempat farha yang duduk bertentangan dengannya.
Dia segera memegang buku lali farha dan dia memicitnya perlahan. Farha mengaduh.
"Awak tadi terseliuh sedikit. Tunggu sekejap ya. Saya pergi beli sesuatu"
Farha hanya mengiyakan. Hatinya berdegup laju saat khai memegang buku lalinya.
Dia berharap hatinya tidak kekal begitu. Hatinya yang selama ini berdegup kencang apabila dia terlihat khai disisi. Hatinya yang meronta-ronta apabila khai bicara.
//yey. Baru ada masa nak update bab 10! First time aku tulis banyak about khai and farha. What happened to farha sampai dia nerves and cuba mengelak dari khai? Stay tuned for updates for KBA
Much love from me
YOU ARE READING
Kau Bintang Aku
Teen Fiction"aku tak boleh lupakan weh. aku dah terlalu sayangkan dia. aku tahu walaupun time tu aku masih mentah, tak tahu apa2... aku tak pernah rasa macam tu dekat orang lain" ijat. ------------------------------------------- "dah bertahun aku tunggu farha...