Huarghhh.. sedapnya tidur... hilang penat aku...
ijat menggosok matanya takut ada tahi mata pulak. Hehe. ijat bingkas bangun dari katilnya. Dia melihat jam dinding berwarna hitam putih yang sesuai dengan tema biliknya. Hitam putih merah.
'Apa?! Dah pukul 4.45?! Aduhai..apalah kau ni jat. Nak tidur pun agak agaklah. Dahlah lepasni nak jumpa budak surat tu' dia membebel sendirian dan menepuk dahinya.
Masalah betul. Malas rasanya hendak keluar rumah. Tapi takkanlah nak biar budak tu tunggu sampai malam. Lagipun tak salah. Dari aku duduk melangok kat rumah, better aku jumpa dia.
Ijat membersihkan dirinya, mengambil whuduk, membentangkan sejadah berwarna biru putih itu. Telekung putih bersulam bunga dibahagian bawah pemberian ibunya disarungkan.
Dia segera menunaikan solat Asar. Setelah selesai, dia duduk bersimpuh. Dengan menadah tangannya, dia pohon doa kepada Allah. Sungguh, walaupun dia membenci lelaki yang bergelar ayah itu, hatinya masih sayangkannya. Tak pernah dia lupa mendoakan kesejahteraannya.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Khairi POV
' dari dulu aku suka dia. She's kind. Tak kisah lah apa orang kata. I know how she really is.'
Sambil memejamkan matanya, khairi bersandar pada kerusi dibiliknya.
Teringat kembali zaman sekolah rendahnya dahulu...
'Aku yang dulu bukanlah yang sekarang'
Tergiang giang lagu tegar ditelinganya. Dahulu dia bukanlah tinggi lampai dan boleh dikatakan hensem seperti sekarang.
'Dulu aku gemuk, rupa takde. Pandai pun tak. Aku dulu selalu dibuli, diejek,dihina kerana rupa paras aku. Semua seakan-akan menjauhkan diri dari aku. Mungkin mereka malu dengan badan aku yang gemuk.'
'Tapi... dalam ramai-ramai tu. Ada seorang yang sudi menjadi kawan aku. Yang sudi membantu aku. Dia lah farha.'
Khairi tersenyum sendiri.
Dahulu semasa khairi darjah 3, farha seorang yang sudi menjadi temannya. Perkenalan singkat antara mereka membawa kepada satu persahabatan yang tulus. Walaupun mereka berbeza, farha terima khairi yang gemuk dengan seadanya.
Sejak kehadiran farha sebagai teman barunya, hidup khairi menjadi lebih bahagia. Semuanya baik sehinggalah...
Peristiwa dia dibelasah beramai-ramai oleh sekumpulan budak lelaki. Sungguh dia tidak mengenali mereka.
Yang pasti mereka memukulnya sebab farha.
Khairi cedera parah. Dia dimasukkan ke hospital selama sebulan. Ibu bapanya kemudian membawa dia pergi ke Australia.
Sejak itu, dia tidak lagi bertemu farha...
Sehinggalah dia dipindahkan semula ke Malaysia ketika tingkatan 2.
Khairi bangun dari tempat duduknya. Sungguh dia rindukan persahabatan dia dan farha. Sejak kembali ke Malaysia dia tidak sekali pun bercakap dengan farha.
Dia mahu, tapi malu. 'Ah, mungkin belum tiba masanya lagi. Aku taknak nampak terburu-buru.'
'Aku pasti satu hari nanti kita akan bersahabat semula. Kalau dah jodoh tak kemana'
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
"Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam. Eh. Hai safwah."
"Err hi. Ha kenapa kau nak jumpa aku? "
" Ni saya ada nak pulang sesuatu..." sambil tangannya mengeluarkan sesuatu.
" eh macam mana buku ni ada pada kau?" Pelik rasanya. Dia kehilangan buku itu ketika awal-awal dia berpindah ke rumahnya disini.
"Mungkin awak tak ingat. Saya pernah terserempak dengan awak dekat area sini masa awak pindah. Awak tercicir buku ni."
"Oh. Maaflah menyusahkan kau. Terima kasih ya. Nama kau siapa? Kau duduk dekat area sini jugak ye?"
"Saya Bakri Qusyairi. Panggil Bakri boleh, Qusyairi pun boleh.. Saya duduk baris depan rumah awak. Lagipun kita satu sekolah."
"Ohh. Nice too meet you"
"Me too. Friends? "
"Yep.. for sure" ijat tersenyum ikhlas. Baginya lelaki di hadapannya ini seorang yang jujur dan baik.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Di kawasan berhampiran...
"Weh tengok tu si bakri.. dating dengan sapa lah tu.. tersenyum senyum.."
"Yeje kau ni. Mana si bakri tu pernah dating... layan perempuan pun tidak.."
"Ish budak ni aku cakap tak percaya..cuba kau tengok sendiri" kata iqbal sambil menunjukkan ke arah Bakri dan seorang perempuan.
"Eh?! Weh. Tu bukan ke si ijat budak baru tu?"
"Ha'ah lah. Lain doh muka tak pakai spec. Bukan main lagi. Baru masuk dah ada affair dengan jejaka terhangat dipasaran"
"Kau ni bal. Jangan main nuduh je. Manalah tahu dorang just jumpa sebab ada hal.. bersangka baik lah sikit.."
"Ha yelah ustaz.. dah takyah nak ceramah lagi dekat aku.. baik kita main bola.. budak-budak lain pun dah sampai dah"
"Ha jomlah"
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Malam itu, di bilik ijat.
'Baik jugak kan budak bakri tadi. Tak sangka pulak dia pun satu sekolah'
Ijat mengeluarkan handphone nya. Dia membuka apps youtube.
Segera dia menaip "peterpan semua tentang kita". Ijat menyanyikan lagu itu dengan sepenuh hatinya.
Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hatiAda cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawaTeringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kitaAda cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawaAh.. lagu ini.. melodinya sangat deep bagi nya. Walaupun lagu nya sudah lama. Akan tetapi masih segar dalam otaknya.
Tiba-tiba handphone ijat berbunyi menandakan mesej ws baru masuk. 'Ah siapa pulak ni. Kacau daun betullah. Baru nak layan perasaan.'
// heyyoo.. sorry lama beno nak update.. last week exam.. addmath susah gila haih. Harap je tak fail. Apapun dengarlah lagu peterpan tu.. kadang2 aku nangis tak tentu pasal bila dengar lagu tu hahaha.. okaylah sayounara. Will update again bila idea datang haha pisyo.
YOU ARE READING
Kau Bintang Aku
Roman pour Adolescents"aku tak boleh lupakan weh. aku dah terlalu sayangkan dia. aku tahu walaupun time tu aku masih mentah, tak tahu apa2... aku tak pernah rasa macam tu dekat orang lain" ijat. ------------------------------------------- "dah bertahun aku tunggu farha...