"Apa kau buat?"
Khairi menarik semula tangannya. Terbantut niatnya hendak mengambil surat dibawah meja ijat.
"Takde pape...saje ni haa excersice.." kata khairi sambil menunjukkan aksi bersenam walaupun duduk.
"Eh kau ni. Nak tipu tak agak. Ha petang ni aku nak ajak kau futsal."
"Futsal dengan sape? Dah lama geng kita senyap. Kat mana? Bila? "
"Dengan budak lain. Geng kita semua nak jadi puteri lilin. Hahahahaha. Kat tempat biasa pukul 5.30 "
Khairi senyap. 'Malas rasanya nak keluar... tapi kalau tolak kang merajuk pulak kawan aku sorang ni.'
"Haa kau boleh join tak?" Iqbal bertanya lagi mendapatkan kepastian. Sudah lama mereka tidak bermain futsal. Sejak peritiwa yang berlaku dulu.
"Aku tengok dulu lah. Kalau takde pape hal aku datang"
"Okay. Aku chau dulu.. kau sambung lah balik excercise tadi. Hahahahah"
"Diam kau"
Baru sahaja dia ingin mengambil semula surat tadi ijat sudah berjalan kearahnya.
'Cis, tak dapat aku nak tengok. Iqbal punya pasal lah ni.'
Ijat hanya tersenyum hambar. Dia menarik kerusinya lalu duduk di tempatnya. Walaupun agak tidak selesa duduk bersebelahan lelaki, ijat diamkan sahaja. Budak baharu... nanti bila cakap dikata banyak songeh pulak.
Khairi melihat saja tingkah ijat. Pelik betul budak ni. Ijat hendak mengambil buku di dalam mejanya. Dia terlihat surat berwarna biru itu.
Dia mengambil surat itu lalu membacanya. Raut wajahnya terus berubah. Khairi tidak dapat membaca riak wajah ijat. 'Siapa yang bagi surat tu? Apa yang ditulis?' Khairi mahu tahu. Tapi di diamkan saja.
Ijat menutup kembali surat itu lalu meletakkan kepalanya di atas meja. 'Dia tidur mungkin. Ah biarlah dia'
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Di tempat yang lain... di sebuah taman permainan di pontian.
"Izzatul.. kenapa kau pergi tak bagitahu aku... kenapa kau sanggup buat aku macam ni... aku tahu aku salah.. aku tak mintak maaf lagi dari kau.. maafkan aku.." rintih seorang lelaki sebaya ijat yang sedang duduk dibangku.
Mukanya diraup. Air mata dipipinya di lap. Sungguh dia menyesal dengan perbuatan dirinya. Tindakan bodohnya telah membuat kan dia jauh dengan seseorang yang selama ini menyokong dirinya.
'Apa perlu aku buat. Aku berdosa pada kau izzatul.. aku tak maksudkannya.'
Hampir setiap petang dia akan duduk di bangku itu. Bangku di bawah pokok yang menghadap taman permainan. Tempat dia dan ijat bertemu dahulu.
Hampir tiap-tiap hari sejak ijat berpindah jugalah dia menyesali perbuatannya .
"Weh sudah sudahlah tu. Aku risau tengok kau macam ni. Izzatul dah takde. Dia dah pindah. Kau pun kene lah teruskan hidup."
"Tapi aku bersalah pada dia. Aku lukakan dia"
"Apa yang lepas tu lepaslah. Yang penting kau doakan dia bahagia dan selamat kat mana pun dia pergi."
"Tapi aku sayang dia. "
"Kalau kau sayang dia kau redha lah. Mungkin dia perlu masa. Apa yang kau buat dulu bukan mudah untuk dia Tapi kalau dah jodoh tak kemana. Dah jom balik. "
Lelaki itu terdiam lalu bangun dan pulang ke rumahnya.
'Aku harap kau maafkan aku NurIzzatul Safwah. Aku betul-betul menyesal..aku baru sedar. Kau lah orang yang aku sayang.'
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Hari itu hambar baginya seperti hari-hari lain. Sejak dia pindah ke sekolah baru ini tiada lagi gelak tawa dan senyuman yang dulu menjadi rutin harian baginya.
Semua ini terlalu sukar untuk dia hadapi. Dia telah putuskan hubungan dengan rakan lamanya. Walaupun rindu, dia tetap dengan egonya.
Di sekolah baru ini ijat bertekad. Untuk tidak menonjolkan diri. Sudah cukup apa yang dilalui dulu menoreh hatinya.
Dia menghempaskan dirinya ke katil. 'Ahh... penat sungguh.' Selepas balik sekolah tadi dia perlu menolong ibunya. Baru dia hendak melelapkan mata.. tiba tiba
"Ah! Surat tadi tu! " mukanya berkerut seribu. Dia mencapai begnya lalu mencari surat itu..
''Mana pulak surat tu." "Hah jumpa pun" surat yang terselit diantara bukunya dibuka. surat itu diletakkan haruman oleh pengirimnya. Baunya sangat wangi.
×××××××××××××××××××××
Assalamualaikum...
Hai safwah.. boleh kan saya panggil awak safwah? Sedap nama awak..
Saya ingin berjumpa dengan awak.. petang ini pukul 5 di pondok di taman. Saya harap awak sudi jadi kawan saya.. selamat berkenalan.. XD Btw awak comel kalau tak pakai spec.
-secret-
×××××××××××××××××××××
Dia menutup semula surat itu.. "haih..nak pergi ke tak eh?" Ijat melihat jam ditangannya. Sudah pukul 2.30.
Ijat bangun lantas mengambil whuduk dan menunaikan solat zohor.
Dia baring dan melelapkan matanya.. ah.. kejap lagi nanti2 jela aku fikir nak pergi ke tidak.. bukannya penting pun..
Tanpa disangka dia terlelap...
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Di sebuah pondok kelihatan susuk tubuh yang sedang berdiri.. dia melihat kekiri dan kekanannya.. kemudian dia melihat pula jam ditangannya.. masih awal lagi..
Jauh disudut hatinya.. dia berharap akan kehadiran insan tersebut..
//sorry update lambat..malas.. cuti dah nak habis... sedih wooo T.T next week aku ada pk1.. wish me luck! Love from me muah muah
YOU ARE READING
Kau Bintang Aku
Fiksi Remaja"aku tak boleh lupakan weh. aku dah terlalu sayangkan dia. aku tahu walaupun time tu aku masih mentah, tak tahu apa2... aku tak pernah rasa macam tu dekat orang lain" ijat. ------------------------------------------- "dah bertahun aku tunggu farha...