Mungkinkah...

10 1 4
                                    

3 tahun berlalu.

"Ibu!"

Mahanum yang sedang menyapu di beranda, menoleh. Mastura berjalan laju mendapatkan emaknya. Wajah anaknya sembab, matanya merah dan sewaktu tubuhnya dirangkul, Mastura menangis sungguh - sungguh!

"Kenapa ni, Mas? Anak - anak mana? Hadi?"

Tiada jawapan. Esakan keras saja yang berterusan. Mahanum mengurut - urut belakang anaknya.

"Jom, duduk. Cerita dengan ibu, kenapa tiba - tiba datang menangis - nangis macam ni." Ajak Mahanum bila esakan Mastura mulai kendur.

Mastura tersedu - sedu. Sejenak wajah ibunya dipandang sayu.

"Hadi nak kahwin satu lagi, ibu."

Mahanum tercengang!

****

"Tak ada orang lain dah ke, nak? Kenapa dia jugak? Kan laki orang tu! Allahuakbar!"

Mahmud kehabisan akal. Tidak tahu mahu berkata apa dan macam mana. Habsah berwajah sugul. Dia pun tidak mampu berkata apa.

Kamariah duduk tegak seumpama tugu.

"Mar, fikirlah balik, nak. Fikir masak - masak. Ini bukan benda main - main ni. Salah buat keputusan, banyak hati yang merana nanti."

Kamariah pandang ayahnya. Kata - kata itu ditepis agar tidak singgah ditelinga. Dia sudah nekad. Hadi juga sudah sanggup.

"Mar." Panggil Habsah. Bergetar nadanya seperti menahan tangis. Kamariah alih pula pandangannya kepada si emak.

"Kalaulah kau dah cari orang bujang tapi jodoh tak menjadi, mak tak terkilan sangat. Ini tak... Kau memang sengaja cari laki orang. Kau tak kesian ke dengan bini Hadi tu?"

Kamariah memandang ke lain. Sekali lagi dia menepis teguran itu jauh dari telinganya.

"Hadi akan datang jumpa mak dan ayah nanti. Kami harap, mak dengan ayah, tak ada halangan. Kami bukan nak buat dosa cuma... Jodoh kami... Lambat aje." Kamariah bamgkit lalu ke bilik.

Mahmud dengan Habsah berpandangan.

****

"Kau nak jugak anak si Mahmud tu?" Bakri melenting. Pekikannya menepukan tahi telinga Hadi. Bakri mundar - mandir. "Kau dah tak ada orang lain ke, Di? Kenapa budak tu jugak yang kau nak?" Jerkah Bakri.

Amnah terhinjut bahunya dek terkejut sedangkan Hadi memekakkan telinga. Membatu dikerusi. Wajah Hadi dilirik Amnah. Selamba saja dia.

"Aku tau, kau boleh berbini dua. Kau mampu. Aku tau... Tapi... Tak ada orang lain ke, hah? Dah habis ke anak dara ke janda ke, dalam kampung ni yang boleh kau buat bini? Kenapa mesti anak si Mahmud tu?" Bakri menekan suara pada ayat terakhir.

"Saya dah penuhi kehendak ayah. Sekarang, saya nak penuhi kehendak saya."

Bakri mencerlung memandang Hadi. Rasa mahu ditelan anaknya itu! Anaknya itu tidak tahukah betapa sakit hatinya mendendami Mahmud? Dia tidak fahamkah ayahnya ini, sampai saat ini, masih terhiris mengenang Habsah yang dirampas darinya? Sebab itu dia halang sungguh - sungguh hubungan Hadi dengan Kamariah. Dia tidak mahu ada kaitan dengan keluarga Mahmud demi menjaga hatinya yang tidak pernah pulih!

"Sama ada kau tunggu aku mati atau kau nak aku mati disebabkan kau... Kau pilih!" Jerkah Bakri lagi.

Hadi tersentak. Garang dalam mata Bakri bertembung keliru dalam mata Hadi.

****

Amnah mengusap kekura tangan Hadi. Sedih hatinya melihat anaknya libang - libu dek ulah siayah. Dia sudah lama menduga kisah dirinya bakal berulang cuma jalan cerita kalu ini, sedikit beda. Dia, selama menjadi isteri Bakri, selalu rasa tersisih dari kasih sayang dan belaian mesra seorang suami tapi tidak pernah Bakri menduakannya. Berlainan dengan Hadi, yang meletakkan Kamariah diantaranya dengan Mastura!

Memikirkan betapa dirinya mencemburui Habsah yang cuma pernah didengar namanya saja, dia yakin Mastura sangat menderita apabila mengetahui Kamariah tidak pernah pergi dari hidup Hadi. Namun untuk menyalahkan Kamariah sepenuhnya, Amnah tidak mampu. Dia sangat sedar apa sebenarnya yang berlaku. Anaknya sendiri memikul sebahagian dari kesalahan ini.

"Kenapa ayah sampai hati sangat, ibu? Hadi bukan budak kecil lagi. Hadi tau apa Hadi buat."

"Anggaplah halangan ayah tu, semua untuk kebaikan."

"Tapi ibu, tak boleh ke Hadi nak bahagia?"

Amnah terkedu. Dia menelan air liur tapi semakin cuba ditelan, semakin perit pula tekaknya. Ditepuk perlahan bahu anaknya sebelum dia bangkit meninggalkan Hadi terpuruk sendiri.

****

"Abang tak boleh pentingkan diri. Ini bukan hal kita lagi. Ini hal anak - anak. Biarlah budak - budak tu yang buat keputusan sendiri." Amnah membela Hadi.

"Ini masalah aku jugak, Amnah! Kau tak payah nak membela anak bertuah tu membuta - tuli!"

"Masalah abang? Jadi betullah firasat saya ni... Abang masih gilakan bekas buah hati abang tu?" Bakri diam. Menjeling. "Jawablah! Mengakulah yang abang tu sakit hati tak dapat kahwin dengan Habsah, jadi abang tak nak berbesan dengan dia orang tu! Kan?" Terluah juga isi hati Amnah akhirnya.

Bakri bingkas menghadap Amnah. Sakit hatinya menjadi - jadi bila perempuan itu mengungkit nama Habsah.

"Kau nak ke kalau aku madukan pulak engkau dengan si Habsah tu? Hah? Nak ke?" Suara Bakri mendatar tapi penuh dengan ancaman.

Amnah terkebil - kebil.

****

Rumah teres itu tidak seceria dulu sejak induknya asyik berduka.

"Dah makan?"

Mastura angguk. Tipu sunat. Dia sudah berhari - hari tidak lalu makan. Memikirkan suami yang masih mengejar kekasih lama.

"Anak - anak?"

"Sebelum mak ambil tadi, dah makan dah."

Tanpa banyak bicara, Hadi mencedok nasi dan lauk, lalu makan sendiri tanpa mempelawa Mastura yang terconggok dikerusi didepannya. Mastura pula serba - salah mahu meninggalkan meja makan. Dia cuma mahu duduk - duduk saja tadi dan sekarang tidak manis pula kalau meninggalkan suaminya begitu saja! Mahu tidak mahu dia terus berada disitu lalu berlagak biasa dengan membancuhkan suaminya sejag sirap ais.

"Terima kasih." Sebaris kata Hadi bila gelas berisi sirap ais disua kepadanya.

Suasana kembali hening. Raut Hadi direnung Mastura, sayu... aku tidak mahukan payung emas itu...

Aku pasrah ya ALLAH, andai dia langsung tidak mencintai aku tapi biarlah selamanya cuma aku saja dengan dia. Aku tak sanggup ya ALLAH kalau dimadukan!

Menanti Gerhana BerlaluWhere stories live. Discover now