Dalam dewan makan
Tao : Chennnnnnnn
Chen : (tersedak) huk huk,, Dah kenapa kau nie, jahat lah kau ni tao, aduh perit tekak aku, dah lah air nescafe ni panas, kau dah kenapa sengal? Berbulu je aku tengok kau ni.
Tao : Eleh, sudah tahu buat2 tanya, xyah buat muka poyo kau kat sini, xcair pon hati aku ni. Kau buat apa kat aku tadi masa aku mandi, ha? Cakap cepat. Ko sebenarnya xsiap mandi lagikan tadi? Saja kau kan, busuk hati, xboleh tengok aku senang.
Chen : Kepala lutut kau, aku memang dah siap mandi lah tadi. Aku xdek pergi tandas pon lepas tuh, kenapa kena kacau ek? Hahahahaha
Tao : Weh, chen, ko jangan main2, jangan nak takutkan aku pulak, suruh mengaku pon susah ke? Kalau bukan kau tadi, abih siapa? Hantu? Roommate ko?
Chen : Aku xtipulah weh, mmg bukan aku, mungkin roommate kau kot, roommate aku semua duduk dalam dorm selepas mandi tadi. Hantu lah kot, dia berkenan kat kau.
Tao : Ah, mengarut lah kau chen, malaslah aku nak fikir lagi. Humm, manis pulak nescafe ni, letak gula seguni ke apa?
Sungyeol : Weh, borak apa? Rancak nampak.
Chen : Entah si tao ni, mengarut aje.
Tao : Dah lah malas nak cerita lebih.
Tanpa mereka sedari, tidak jauh dari dewan makan mereka ada seorang perempuan yang sedang memerhatikan tingkah laku mereka sambil tersenyum penuh misteri. Yang pasti dia bukan fasilitator di situ tetapi dia adalah salah satu penghuni lama.
Tingkat 3 Dorm C
Selesai sahaja berkumpul pada malam itu, para pelajar di arahkan pulang ke dorm masing2 untuk beristirehat dan diminta untuk bangun awal pada pagi esok untuk senaman pagi. Kelihatan ahli2 dorm c berjalan menuju ke dorm mereka.
Suho : Wei, ko terfikir x apa yang aku fikir.
Dongwoo : Fikir lah juga, xseronok kan duduk sini? Apa boleh buat dah nasib badan.
Suho : Bukan itulah dongwoo, yg pasal cikgu kwangsoo cakap tadi, ko xseram ke?
Hoya : Entahlah weh, xtahu nak cakap, nak xnak kena ikut jugaklah.
Dongwoo : Aku xfikirkan sangat tapi tipu lah kalau aku xpelik dengan peraturan tu, kau pon tahu kan katil kosong tuh katil 1b depan katil aku, kau tahu perasaan dia macam mana, tapi aku rasa takda apa kot, mungkin katil tuh reput, that why, cikgu fasi xbagi guna.
Xiumin : Untung lah depan, aku tepi belah kiri, tertidur menghadap kalau ternampak sesuatu, aduhai, xtahu nak cerita.
Suho : Takut ke kau Min, relaxlah, mana ada hantu, kalau ada pon kau lah hantunya.
Xiumin : Aku benci lah ngan kau ni, suka cakap besar, esok2 kau yang kena dulu, jangan nak menyesal pulak.
Lay : Biarlah dia Min, xguna pon bertekak, habis air liur kau je, suho mmg takda hati. Hahaha
Suho : Cis kau, sempat lagi. Tak heran lah aku.
Mereka semua terus masuk ke dalam bilik mereka. Jam sudah menunjukkan ke angka 10.50 minit malam sebentar lagi mereka harus menutup lampu dan bersedia untuk tidur. Masing2 mempersiapkan diri untuk beristirehat pada malam itu. Tiada sesiapa yang mahu mengambil tahu pasal perihal katil yang kosong itu.
Hoya : Weh, esok pagi, kalau aku tak sedar, tolonglah kejutkan aku. Jasamu dikenang. Good night world, good night, beta mahu beradu.
Dongwoo : Good night wahai tuanku, hoya yaho hoya yaho,, haha
........................................................................................
Suasana sepi sekali, hanya kedengaran suara2 cengkerik di Kem itu. Lampu di setiap bilik para pelajar sudah tutup menandakan sudah lewat pukul 11 malam. Pada malam itu, tidak seperti malam2 sebelumnya, kedinginan yang dirasai oleh penghuni2 kem tidak boleh diluah dengan kata2. Masing2 kesejukkan.
Di dorm a, kelihatan tao tercangak2 sendiri, memikirkan kejadian yang berlaku ke atas dirinya pada senja tadi. Pelik. Kalau bukan Chen, maka siapa yang mengacaunya semasa dia mandi tadi. Tao tidak dapat melelapkan mata pada malam itu kerana terasa terganggu.
Manakala di dorm b, chanyeol yang sedang lena tidur, terjaga kerana terdengar bunyi seperti suara orang berbual di luar. Matanya terpisat2 memandang sekeliling, tidak di ketahui daripada mana datangnya bunyi tersebut dan tidak difahami butir2 percakapan daripada suara tersebut. Dia duduk dan memandang sekeliling, dia melihat semua ahli dormnya semua sedang nyenyak diulit mimpi. Firasatnya, mungkin guru fasilitator kem yang sedang berbual kosong atau sedang memarahi rakan2 di dorm a. Malas mengambil tahu, dia mula menyambung tidurnya tetapi tiba2 dia terdengar suara jeritan yang sangat kuat dari aras bawah. Suaranya seperti mendayu atau lebih kepada merayu, chanyeol ketakutan, dia mengambil keputusan untuk membiarkan sahaja dan memaksa matanya untuk terus lena dan mahu memikirkan hal itu esoknya. Akhirnya, dia terlena sendiri.
Jam sudah menunjukkan pukul 3.15 minit pagi, xiumin tersedar daripada tidurnya, dia mengerling ke arah jam loceng di sisi katilnya. Terasa mahu membuang air. Lantas dikejutnya Lay untuk menemaninya ke tandas. Puas dikejut lay tetapi lay seperti tidak menunjukkan mahu tersedar dari lenanya. Akibat tidak tahan, xiumin mengambil keputusan untuk pergi sendirian. Tanpa menghiraukan perasaan takut, perlahan-lahan dia melangkahkan kaki ke tandas yang terletak bersebelahan dengan gim di hujung bangunan hostel tingkat tiga itu.
Seusai menunaikan hajatnya, dia bergegas semula ke dormnya. Semasa melewati gim, dia baru terperasan yang gim itu terang-benderang, cerah seperti ada orang menggunakannya. Belum sempat xiumin mengetuk pintu, dia terdengar suara seorang perempuan dan lelaki sedang berbicara sesuatu yang sangat serius. Xiumin menghayati setiap tutur kata mereka.
Nishah : Cikgu, saya takut lah. Diorang dah tahu. Cikgu, tolong lepaskan saya. Cikgu, saya xboleh.
Jung Il Woo : Dah terlambat semuanya, kita dah terlanjur buat semuanya. Kita tak boleh berhenti.
Nishah : Saya minta maaf. Saya xsengaja. Cikgu, marilah kita bertanggungjawab atas semua ni.
Jung Il Woo : Tak semudah itu Nishah. Saya xboleh, lagipun bukan salah saya, awak2 yang buat semuanya. Orang xdek bukti yang saya buat.
Nishah : Cikgu, tolong, saya takut.
Tiba2 xiumin terdengar bunyi perempuan menangis mendayu, meminta tolong dan serentak dengan itu dia terdengar jeritan yang kuat dari atas bumbung. Xiumin menoleh semula ke gim, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati gim yang terang tadi, gelap seperti tiada orang. Xiumin berlari sekuat hati dan tidak menoleh lagi. Sampai di dormnya, dia terus meluru ke katilnya. Kali ini pula dia terdengar orang menangis datang dari sebelahnya. Dia menoleh dan melihat katil kosong tadi mendayung digoncang kuat. Dia terus menjerit ketakutan, air mata lelakinya mengalir laju.
Xiumin : Arghhhhhhhh, tolong!
Suho : (Tersedar dan terkejut) Kenapa xiumin?
Xiumin : Hantu.. Hantu.. Aku takut.
Dongwoo : Kau mengigau ni, relax2 dulu, bertenang. Nah, ambil air ni minum.
Xiumin : Aku tak mimpi. Aku tak mimpi. Aku nampak katil ni gerak. Tadi ada orang nangis.
Suho : Kau fikirkan sangat ni. Dahlah, tidur. Kau tenang okay.
Xiumin : Lay, aku takut, aku tidur dengan kau ya. Tolong aku, lay.
Lay : Marilah xiumin. Kesian kau.
Xiumin pon tanpa berlengah lagi terus ke katil lay dan tidur di situ.
............................................. END PART 5 ....................................,,,,
YOU ARE READING
Horror Hostel
FanfictionKhas untuk Inspirit, exo l dan peminat2 drama korea Mengisahkan hostel lama yang terletak di hujung bandar, jauh ke dalam hutan. Kisah perjalanan pelajar2 nakal dalam menempuh suasana kem dan cara mereka menyelesaikan pelbagai misteri yang dialami o...