Kawasan kelas sudah diterokai oleh ahli2 dorm b tetapi kelibat dua rakan mereka yang hilang tetap juga tidak kelihatan. Baru sahaja mereka mahu beredar daripada situ, chanyeol terperasan kelibat seseorang yang berjalan begitu pantas di bahagian hujung bangunan kelas.
Chanyeol : wehh, kejap, nampak cam ada orang arghh kat hujung tuh dekat dengan tandas.
Baekhyun : mana chanyeol? Xnmpk papepon.
L : kejap, aku rasa macam ada dengar derap kaki juga tadi. Tapi xtahu arah mana.
Sung jong : hoya, dongwoo korang ke tuh? Cikgu ke tuh?
Chen : ehhh, aku rasa dorang xkan sahut klu panggil mcm tuh, apa kata kita pergi tengok. Mana tahu ada orang perlukan bantuan kita ke. Jom.
Sunggyeol : okay, tempat dahlah gelap, scary mcm apa jep, berani pulak dorang pergi tetengah malam ni. Adoii, aku memang pasrah klu nmpk something yang xterduga.
Chen : wehh, mulut ko. Klu nampak apa2 ni memang aku slhkan kecabulan kelantangan kata2 ko sunggyeol.
Mereka berenam dengan chanyeol di hadapan segera menuju ke bahagian belakang bangunan kelas tersebut. Semakin hampir, semakin kuat kedengaran suara seorang lelaki seperti bercakap sesuatu tetapi setiap butir bicaranya tidak difahami oleh mereka berenam.
Chanyeol : okay cun, sapa nak ikut aku masuk tandas ni, aku rasa suara tuh dalam ni.
L : biar aku ikut ko. Yang lain tengok kwsn sekitar.
"Apa yang aku dah buat ni? Nadiah xsalah pape pon. Arghhh, persetankan semua ni, dia tahu semuanya, klu aku xbuat semua ni, kelak aku yang susah. Aku kena selesaikan mayat ni."
Chanyeol & l : hah? Apa tu doh? *mendengar kesemuanya*
L : ada sapa2 ke dalam ni? Hello? Hoya, dongwoo?
Chanyeol : wehh, aku rasa arah kolah belakang lah. Tengok jom.
Setiba mereka di sana, sayangnya tidak ada apa yang ada, cuma kolah kosong tidak berair, berlumut dan kotor seperti tidak pernah dicuci sejak tempat itu dibuka.
L : xdek papepon chanyeol, blah lah weh, semua tandas kita dah tengok, tapi jgn kata kelibat manusia, tapak kaki pon xdek.
Chanyeol : tapi ko dengar kan suara tuh?
L : iye aku dengar, kat belakang tandas kot.
Keadaan di luar tandas pula berbeza, baekhyun yang berjalan ke kwsn depan tandas terkaku apabila terlihat jelas susuk tubuh seorang wanita berpakaian baju biru muda usang, wajah yang pucat lesi menyeringai menampakkan gigi taringnya yang panjang memandang tepat ke arahnya. Baekhyun menggosok2 matanya meminta kepastian.
Sung jong : baekhyun, ko okay x ni? *menepuk lembut bahu baekhyun setelah di panggil berkali2 tetapi tiada jwpn*
Chen : ya byun baekhyun, wehhh baekki, ko apasal?
Muka baekhyun pucat lesi tidak berdarah, tangan kanannya diangkat menunjuk ke arah tempat perempuan itu berdiri. Sayangnya, mereka tidak nampak apa yang baekhyun nampak. Baekhyun rebah kerana ketakutan.
Sunggyeol : chen, jom gi sana.
Chen : okay. Hahahihi
Sunggyeol : ko kenapa xpayah nak gelak mcm tu, tempat gelap cam ni, scary taw.
Chen : scary? Ko takut hantu ke? Hihihi
Sunggyeol : tebiat apa ko ni tanya soalan macam tuh kat aku. Mana ada hantu dalam dunia ni, klu ada pon kau lah hantunya.. Hahaha
Chen : ko yakin xada hantu? Hihihi
Belum sempat sunggyeol meneruskan kata2nya, chen berubah rupa. Mukanya yang ngeri, keadaan dirinya berlumuran darah dan matanya yang merah galak membuatkan sunggyeol ketakutan, dia lari selaju yang boleh menuju ke bahagian hdpn tandas. Sampai disana, kelihatan chen sedang duduk merangkul tubuh lembik baekhyun. Lalu, persoalannya siapa yang dilihatnya tadi.
YOU ARE READING
Horror Hostel
FanfictionKhas untuk Inspirit, exo l dan peminat2 drama korea Mengisahkan hostel lama yang terletak di hujung bandar, jauh ke dalam hutan. Kisah perjalanan pelajar2 nakal dalam menempuh suasana kem dan cara mereka menyelesaikan pelbagai misteri yang dialami o...