"Warhhhh.... Lari cepat choii!!! Rimau tu dah ada kat belakang!" Jerit Vince sambil berlari dengan laju bagi menyelamatkan dirinya dari dimakan. Binatang ni tak nak berhenti rehat ke? Letih duhh nak lari lari macam ni.
"Tengah lari dah ni, gila! Kauuu buta ke rabunn!!!" Laung Evan yang berada di belakang Vince. 'Penat betul! Aku dah tak larat dah ni!! Huaaaa... Hahha, kalau dia ada kuasa dia, tak perlu dia lari tak cukup tanah macam ni!' Getus Evan. Dia berpaling kebelakang dan dia dapat lihat bahawa harimau tersebut telah berada betul betul dibelakangnya. Taguna betul lah! Dah laa binatang ni lari sambil lompat. Tengok aku macam tengok makanan pulak tu!
"Aku bukan makanan kau laa, kucing besar! Pergi kejar vince laaaa!!!" Laung Evan sekali lagi yang ditujukan kepada harimau dibelakangnya.
"Hoi! Apa aku pulak?! Kejar kau laa!" Kata Vince. Dia memanjat pokok yang besar di hadapannya dengan sepenuh tenaga. Harimau tak boleh panjat pokok kan? Mintak mintak benda alah ni tak boleh panjat pokok. Wkwkwkw
Aduh, dah lama dia tak buat exercise macam ni. Habis lenguh seluruh badannya. Nak panjat pokok pun susah sebab kaki sakit. Vince memaut dahan pokok yang rendang lalu berdiri diatas nya dan menggapai dahan yang berada di tempat yang lebih tinggi. Dia melihat dari atas keadaan dua rakannya yang dikejar harimau.
"Fuh, letih giler!" Kata Vince. Dia menarik nafas dalam dalam. Cuba untuk mendapatkan oksigen yang mencukupi daripada alam semula jadi.
"Eii! Bising la korang ni! Nak lari, lari lah betul betul!!" Jerit Oceana pula. Dia membuka besar besar langkahnya. Namun, keadaan lantai hutan yang licin menyebabkan dia sukar untuk berlari dengan laju. Silap hari bulan, boleh terjatuh dia sebab tersepak akar pokok.
Tak kait kan?
I know. Tapi antara akar pokok dan lantai hutan yang licin pun boleh dikaitkan jugak kan? Ke tak boleh?
Err... Entah.
Hutan yang tebal itu diredah mereka sehingga menyebabkan luka kerana terkena ranting atau duri duri tajam semasa melarikan diri dari harimau. Gaun yang dipakai Oceana pula koyak rabak di bahagian bawah kerana dia terjatuh semasa lari menuruni bukit.
Tu pun sebab Evan tersepak kakinya sendiri semasa lari dari harimau dan pada masa yang sama, Oceana berada di depannya. Masa Evan jatuh tu, dia terlanggar sekali dengan Oceana laa. Mereka berdua berguling guling dari puncak bukit. Nasib baik hanya ada rumput aje, kalau ada pokok kat aras bukit tu mesti naya diorang.
Ye laa kan, nanti tergolek golek pastu langgar pokok. Tak sempat bak belok sikit dah terlanggar. Lama lama boleh mati Oceana dengan Evan kalau jadi macam ni.
Vince yang dah lari paling laju pun ketinggalan kat belakang.
Nasib baik masa Oceana dan Evan jatuh tu, diorang tak kena makan dengan harimau. Sebab masa tu, harimau tu tengah kejar si Vince.
Vince memegang satu akar yang terjuntai dihadapannya kerana dahan yang dipijak olehnya agak nipis dan tak boleh nak tampung beratnya lama lama.
Baru sahaja memegang akar tersebut, tiba tiba bahagian bawah nya bergerak naik dan merenung Vince dengan matanya yang menakutkan.
Vince sangat terkejut sehingga dia tak mampu bergerak untuk seketika. Tidak lama kemudian, dia cuba mengalihkan tangannya dari makhluk tersebut. Ia merenung Vince. Semakin lama semakin dekat kepalanya dengan muka Vince
'Alamak! U-ular!!' Getus Vince. Dia berada dalam ketakutan yang amat. Dijeling kearah bawah, tempat dimana Oceana dan Evan sedang bergelut dengan seekor harimau. Dialihkan pula pandangan kearah ular yang berwana coklat dihadapannya.

ANDA SEDANG MEMBACA
RISE OF ANGEL [DISCONTINUE]
FantasyAlam Pari pari merupakan satu dunia yang dihuni oleh bangsa Fairy. Semasa pemerintahan King Cecil Hillea, berlaku satu peperangan besar antara Alam Pari pari dan Alam Syaitan. Perang tersebut dinamakan FairyDemon War I. Beberapa ratus tahun selepas...